Tuesday 7 April 2015

Aktiviti-aktiviti untuk anak-anak di bawah 6 tahun

Teks: Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi peribadi
Entri 9

Assalmualaikum dan salam sejahtera pembaca yang budiman.
Bertemu lagi kita di ruangan ilmu ini. Jom perkasakan lagi ilmu keibubapaan dan ilmu pengasuhan kita. Kita perlu terus belajar dan belajar lagi demi untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif di masa depan, itulah generasi anak-anak kita semua. Tak kiralah samada anak-anak kita sendiri ataupun anak-anak asuhan serta anak-anak didik kita, semuanya memerlukan perhatian dari kita sebagai ibubapa dan penjaga atau pengasuhnya.
Masih ingatkah tulisan saya yang lalu dimana saya tekankan bahawa bermain adalah sifat semulajadi dan tugas  hakiki seorang yang bernama  kanak-kanak apatah lagi kanak-kanak itu masih dibawah 6 tahun. Dengan bermain mereka belajar banyak perkara, meneroka pelbagai persekitaran dan  merasai pelbagai pengalaman yang menyeronokkan. Tugas utama kita pula ialah  sediakan ruang dan kemudahan untuk anak-anak ini bermain.
Jadi hari ini saya nak kongsi lagi, antara aktiviti-aktiviti untuk anak-anak di bawah 6 tahun  yang patut anda beri mereka merasai pengalamannya.  Berikut adalahantara  aktiviti@permainan  yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan di  antara  jenis perkembangan pembelajaran  yang boleh digalakkan melalui permainan ini.



Contoh aktiviti main
Perkembangan pembelajaran
1
Kejar dan tiup buih sabun
Deria & pemahaman  dunia persekitaran
2
Sediakan rumah untuk pelbagai jenis serangga di dalam botol
Deria&  pemahaman dunia persekitaran
3
Makan  bersama keluarga atau kawan-kawan di bawah pokok
 Sahsiah, sosioemosi,  dan kerohanian
4
Beri ayam atau itik makan
 Sahsiah, sosioemosi  dan kerohanian
5
Main doh dari tepung
Perkembangan fizikal
6
Main dalam khemah
Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
7
Buat kapalterbang daripada kertas
Moto halus - fizikal
8
Main masak-masak
Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
9
Main doktor - doktor
Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
10
Main teng teng
Moto kasar - fizikal
11
Main pukul berapa datok harimau
Awal matematik dan pemikiran logik
12
Berkelah di tepi pantai bersama keluarga
Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
13
Melawat ke zoo
Deria & pemahaman dan dunia persekitaran
14
Tanam pokok
Fizikal
15
Main pasir
Fizikal
16
Main air
Deria & pemahaman  dunia persekitaran
17
Main rumah kotak
Awal matematik dan pemikiran logik
18
Main anak patung
Perkembangan bahasa dan komunikasi
19
Kejar rama-rama di taman
 Sosioemosi, sahsiah  dan kerohanian
20
Siram pokok bunga
sahsiah sosioemosi  dan kerohanian
21
Kutip kulit kerang di tepi pantaii
Awal matematik dan pemikiran logic
22
Pelihara ikan
Deria & pemahaman  dunia persekitaran
23
Menconteng bebas
Fizikal – moto halus
24
Mengoyak kertas
Moto halus
25
Main basikal
Moto kasar
26
Membelek helaian buku
Perkembangan fizikal – moto halus
27
Main bola
Perkembangan fizikal – moto kasar
28
Main di taman permainan
Perkembanagn Fizikal
29
menyanyi
Perkembangan bahasa
30
Berbual dan bercerita
Perkembangan bahasa
31
Membina istana pasir
Kreativiti  dan estetika
32
Origami dan lukisan
Kreativiti dan estetika


Anda boleh cuba aktiviti di atas atas samada di rumah ataupun di Taska.  Ada banyak lagi aktiviti yang patut anda beri kepada anak-anak anda. Penuhi masa anak-anak ini dengan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda serta perkembangan mereka. Membiarkan anak-anak kecil berjam-jam di depan gajet ataupun televisyen bukanlah satu aktiviti yang sesuai ye. Pilihan di tangan anda.

Kalau anda ingin mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan kanak-kanak di bawah 6 tahun, jangan lupa dapatkan ebook percuma daripada saya, Pm saya ye.


9 comments:

  1. salam sis. sy berminat dgn ebook puan. blh pn email sy. solehabakar86@gmail.com.terima kasih

    ReplyDelete
  2. menarik. Boleh email detail. ueyma9099@gmail.com

    ReplyDelete
  3. menarik. Boleh email detail. ueyma9099@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalam saya berminat juga sis..boleh email saya Lyssaza89@yahoo.com. terima kasih..

    ReplyDelete
  5. salam..sy berminat untuk dapatkan e-book puan..masih ada lagi ke?email sy : lailaalhabshi@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Puan Norazura. Saya juga berminat utk mendapatkan ilmu daripada ebook Puan. Mohon emel ke norbizanordin@gmail.com

    ReplyDelete
  7. salam. saya juga berminat ebook puan. tqvm. sirosa77@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam, saya berminat dengan ebook puan. Mohon email saya ya. Terima kasih.

    farizahsaberi@yahoo.com

    ReplyDelete