Thursday 2 April 2015

Pengabaian emosi kanak-kanak


Teks : Nor Azura Ismail
Foto: Carian Google
Entri 6



Salam sejahtera semua. Ingat tak anda dalam  beberapa bulan lepas , heboh sebentar di media semasa tentang penguatkuasaan hukuman untuk kes merotan anak. Banyaklah pro & kontra yang kedengaran. Semua orang ada pandangan masing-masing. Untuk saya yang terlibat dalam dunia asuhan dan didikan awal kanak-kanak ni, pada saya , kalau nak merotan ikutlah SOP yang betul, Jika merotan bukanlah kerana mengikut perasaan dan emosi tapi merotanlah  kerana mendidik dan paling penting kena tahu dan faham akan hadnya. Kalau tidak, jadilah merotan itu bukan sekadar boleh mendatangkan kecederaan fizikal terhadap anak bahkan boleh menyebabkan pengabaian emosi anak. Merotan anak perlu ada peraturan dan garispanduan. Merotan pun ada SOP ke? Ya, kalau kita sebagai orang Islam telah diajar bagaimana untuk mendidik anak dengan rotan. Ikutlah apa yang telah disarankan agama. Jangan biarkan merotan menjadi antara sebab pengabaian emosi terhadapa anak-anak anda. Tahukah anda, apa itu  yang dikatakan dengan pengabaian emosi?

Sebelum itu, baru-baru ini juga,  saya pernah  terdengar di radio berceloteh  tentang ramai ibubapa yang masih tidak tahu bahawa ibubapa boleh dipersalahkan atas sebab kecuaian yang boleh mendatangkan kemalangan, kecederaan atau gangguan emosi kepada anak. Bukan sekadar dipersalahkan bahkan pula boleh didakwa.

Jadi, hari ni sebenarnya saya tergerak untuk menulis dan berkongsi maklumat  mengenai pengabaian emosi  terhadap kanak-kanak dimana saya fokus kepada kanak-kanak dibawah umur  6 tahun.  Di peringkat umur ini, perkembangan kanak-kanak sangat menggalakkan dan kanak-kanak sangat memerlukan perhatian dan tumpuan dari ibubapa. Justeru itu ibubapa perlu memahami keperluan kanak-kanak dari segala aspek dalam kehidupannya.



Apakah sebenarnya pengabaian emosi itu?  Pakar kanak-kanak menyatakan bahawa pengabaian emosi berlaku apabila ibubapa atau penjaga gagal bertindak  untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu. (Contoh meninggalkan kana-kanak di rumah tanpa penjaga). Pengabaian emosi juga boleh berlaku atas sebab memukul@merotan anak tanpa sebab yang munasabah dimana anak itu sendiri tidak diberi peluang untuk membela dirinya.


Terdapat banyak sebab lagi mengapa pengabaian emosi  terhadap kanak-kanak  boleh berlaku. Saya kongsikan sedikit di sini:

i.   Ibubapa yang sibuk - tidak mempunyai masa untuk bermain atau bercakap dengan kanak-kanak. Tahukah anda, ibubapa yang kepenatan bekerja mungkin tanpa disedari telah mengabaikan emosi dan keinginan kanak -kanak untuk bermesra dengan ibubapa setelah seharian ditinggalkan bersama penjaga@pengasuh. Justeru itu adalah penting untuk mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan keluarga bagi mengelakkan anak anda daripada terabai.
Saya rasa sebab yang ini adalah yang paling banyak berlaku di kalangan kita sebagai ibubapa termasuk diri saya sendiri. Rasanya beban kehidupan yang begitu menghimpit hari ini tanpa kita sedari anak -anak turut menjadi  mangsa tempias kepada emosi kita yang tidak menentu.

ii. Isu-isu kesihatan mental boleh juga menjejaskan cara ibubapa bertindak terhadap keperluan anak mereka. Mereka mungkin tidak dapat berinteraksi dangan anak anak sekaligus mengabaikan keperluan emosi mereka.

Sejarah diri ibubapa , dimana ibubapa sendiri yang pernah mengalami pengabaian emosi ketika kecil cenderung untuk kurang empati dan lebih mudah mengabaikan emosi anak anak mereka sendiri. Kekurangan kasih sayang dan kurang kerakraban semasa zaman kanak-kanak boleh membuatkan mereka tidak mampu atau tidak mahu memberikan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi untuk anak anak mereka.


iii. Ibubapa kerap memarahi anak serta kurang berkomunikasi dengan anak.
Ini pun boleh dikategorikan sebagai pengabaian emosi anak-anak apatah lagi anak-anak tersebut masih kecil dan sangat memerlukan perhatian dari ibubapa. Kenakalan dan kerenah kanak-kanak di awal usia tidaklah boleh dianggap sebagai satu kesalahan atau dibalas dengan kemarahan yang melulu. Sebaliknya ibubapa perlu belajar memahami tahap perkembangan kanak-kanak sebagai langkah untuk menanggani kerenah mereka. Bukan mengambil jalan mudah memarahi atau menghukum anak sehingga melibatkan kecalaran pada jiwa dan emosi anak tersebut.

Banyak lagi perkara yang kita sebagai ibubapa telah lakukan sehingga menyebabkan kepada pengabaian emosi anak ini. Cuba ingat dan imbas kembali bagaimana kita mendidik anak-anak kita di bawah usia 6 tahun ini. Hakikatnya masih ramai antara kita yang kurang arif atau tidak tahu mengenai tahap-tahap perkembangan kanak-kanak. Justeru itu masih banyak tindakan yang kita lakukan adalah tidak betul dalam mendidik anak-anak.

Justeru itu saya sangat sarankan anda para ibubapa semua untuk mendapatkan ebook saya yang bertajuk  Panduan memahami tahap perkembangan anak-anak. Dalam ebook ini saya kongsikan secara terperinci mengenai setiap tahap perkembangan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Saya kongsikan juga beberapa aktiviti yang boleh dijalankan di rumah bagi menggalakkan perkembangan anak-anak anda. Jangan lupakan lengkapkan ilmu keibubapaan anda. Anda boleh emel saya di pnnorazuraismail@gmail.com untuk mendapatkan ebook percuma tahap perkembangan emosi kanak-kanak.
Sekian dulu dari saya.


1 comment:

  1. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete