Thursday 9 April 2015

Proses Pendaftaran Taska


Nama: Nor Azura Ismail
Rujukan : Proses Pendaftaran Taska oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Entri 13

Anda bercadang untuk memulakan perniagaan Taska? Antara perkara penting yang anda perlu ketahui ialah bagaimanakah proses pendaftaran Taska? Bolehkah sesebuah Taska beroperasi tanpa didaftarkan dan dimanakah perlu didaftarkan? Jawapannya,  sesebuah Taska adalah dikira beroperasi secara haram jika tidak didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jadi, jika anda benar-benar berminat dan berhasrat untuk mengusahakan sebuah Taska, saya kongsikan sedikit mengenai proses pendaftaran Taska untuk makluman anda.
       

PROSES PENDAFTARAN TASKA OLEH JKM

1.    Premis atau tapak yang diberi pertimbangan untuk Taska beroperasi adalah
       seperti berikut :

i.             Tapak Khas yang telah didirikan bangunan
ii.            Tapak khas yang belum didirikan bangunan
iii.           Bangunan tempat kerja/ Institut/ bangunan Perniagaan / bangunan berintegrasi dengan
               kemudahan masyarakat dan
iv.           Kawasan kediaman (tetakluk kepada syarat PBT)

2.    Proses Pendaftaran Taska dilaksanakan melalui PKMD/J/B berdasarkan lokasi premis Taska. Kelulusan dan Sijil Perakuan Perakuan Pendaftaran dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri  yang berkenaan. Piagam pelanggan bagi proses permohonan pendaftaran Taska yang lengkap ialah selama 9 hari bekerja pada peringkat daerah dan 5 hari bekerja pada peringkat negeri.

Carta alir proses pendaftaran Taska oleh JKM

Pra- Pendaftaran


  • Pengusaha mengenalpasti premis ( sewa atau beli ) dan mendaftarkan nama Taska di SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

  • Konsultansi dengan PDBK Taska Daerah tentang keperluan dan tatacara pendaftaran Taska

  • Pengusaha diberi surat rujukan kepada agensi teknikal, borang permohonan pendaftaran Taska dan senarai semak pendaftaran.

  • Pengusaha melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran di Taska.

Proses Pendaftaran


  • Pengusaha mengemukankan borang permohonan pendaftaran Taska dan dokumen berkaitan kepada PKMD/J/B. Dokumen permohonan yang lengkapa akan diberikan slip penerimaan.

  • Pemeriksaan ke premis oleh PDBK Taska Daerah.

  • Pemohonan yang memenuhi syarat standard minimum JKM dikemukan kepada PKMN untuk kelulusan.

  • Sijil Perakuan Pendaftaran Taska dikeluarkan kepada Pemohon.

  • Pengusaha perlu menyemak Sijil Perakuam pendaftaran dan sekiranya ada pembetulan hendaklah mengembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh sijil dikeluarkan.


SSM – Suruhanjaya Syarikat Malaysia
PDBK – Pegawai diberi Kuasa
PKMD/J/B – Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah/Jajahan/bahagian
PKMN – Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA




1
Melengkapkan borang permohonan Pendaftaran Taska

2
Melampirkan Sijil Pendaftaran Perniagaan ( SSM)

3
Menyediakan pelan ruang lantai dan pengiraan keluasan ruang dengan kanak-kanak ( dalam meter persegi)

4
Melampirkan Jadual Aktiviti  harian kanak-kanak mengikut peringkat umur




5
Melampirkan Jadual menu Harian kanak-kanak mengikut peringkat umur

6
Melampirkan Jadual Aktiviti Penglibatan Ibubapa

7
Menyenaraikan senarai nama kanak-kanak

8
Menyediakan pelan Lokasi Taska

9
Menyediakan dokumen sokongan lain seperti


Sijil KAAK/Kusus Asuhan PERMATA


Resit bayaran penuh untuk menghadiri Kursusu Asuhan PERMATA


Salinan Suntikan Tyhpoid

10
Menyediakan Fi Pendaftaran RM250.00 ( Taska di Rumah – RM 50.00)

11
Mengemukakan surat keluusan daripada agensi teknikal ( Jika ada)


Pihak Berkuasa tempatan


Jabatan Bomba dan Penyelamat


Jabatan Kesihatan Daerah/ bahagian kesihatan


Jabatan Tanah dan Survey bagi Negeri Sarawak



Sekian, semuga dapat memanfaatkan anda.

*Bimbingan penubuhan Taska/ebook perniagaan Taska

No comments:

Post a Comment