Wednesday 29 April 2015

Rahsia perniagaan TASKA

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri : 24

Adakah anda sedang tercari-cari bisnes yang sesuai untuk anda? Adakah anda seorang ibu yang mempunyai anak yang masih kecil atau mungkin anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Apakah perniagaan yang sesuai anda jalankan dan dalam masa yang sama anak-anak dapat anda jaga sendiri? Saya cadangkan bisnes  yang mudah untuk anda iaitu perniagaan TASKA  dimana ia boleh bermula di rumah anda sendiri. Ketahui rahsia perniagaan TASKA ini.

Realiti semasa

Semua orang sedia maklum bahawa mencari rezeki dan menafkahkan keluarga adalah tanggungjawab utama seorang suami dalam sesebuah keluarga. Kalau pada suatu waktu dahulu, hanya suami yang akan keluar bekerja menyara keluarga, tetapi di zaman semua harga barangan adalah tinggi, untuk menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih sempurna, semuanya memerlukan duit. Justeru itu para isteri juga telah turut sama keluar untuk membantu suami mencari rezeki. Bila suami keluar bekerja, isteri juga turut keluar demi membantu meringankan beban suami, jadi bagaimana pula dengan si anak?

Siapa yang akan menjaga anak? Hantar kepada kedua ibubapa ke ? Kesian pada ibubapa yang telah banyak berkorban untuk kita selama ini, hanya  menyusahkan orang tua. Ambil pembantu rumah?  Aduh, macam-macam dah yang kita dengar tentang pembantu rumah ini, apatah lagi kos mendapatkan khidmat pembantu rumah dewasa ini adalah tinggi. Jadi, pilihan ibubapa  ialah samada hantar ke rumah pengasuh atau pun hantar ke Taska.

Kini timbul pula persoalan lain, di TASKA yang bagaimanakah yang perlu dipilih oleh  ibubapa untuk anak-anak mereka? Kalau hantar di rumah pengasuh, apakah ciri-ciri pengasuh rumah tersebut? Para ibubapa tentu inginkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Inilah antara rahsia perniagaan TASKA ini kerana atas alasan inilah   munculnya peluang kepada usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan TASKA ini. Peluang yang ada ini perlu diisi segera tetapi bukan hanya membuka TASKA membuta tuli tanpa mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sebaliknya seorang bakal usahawan TASKA perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan TASKA ini. Perlu diingat perniagaan TASKA berlainan dari perniagaan biasa yang lain kerana produk perniagaan ini bukan barangan tetapi adalah nyawa kanak-kanak. PerniagaanTASKA memerlukan komitment, keikhlasan dan rasa kebertanggungjawapan terhapap diri kanak-kanak dan dunia persekitarannya.

Sekiranya anda serius untuk menubuhkan sebuah TASKA, tubuhkanlah TASKA  yang benar-benar berkualiti serta menepati peraturan yang telah ditetapkan. Apa lagi rahsia perniagaan TASKA yang perlu anda ketahui ?

Ya, cuba lihat potensi perniagaan TASKA di Malaysia.

Jika dilihat sekarang ini persaingan untuk menubuhkan sebuah TASKA  ibarat cendawan tumbuh. Mana-mana kita pergi, kita akan dengar  ada sahaja  TASKA  yang baru buka dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari pihak ibubapa. Paling penting adakah  TASKA  tersebut  ditubuhkan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan?

Kerajaan sendiri sekarang  ini, sangat menggalakkan penubuhan TASKA di tempat-tempat samada di sektor awam maupun sektor swasta. Pelbagai dana telah disediakan bagi membantu mereka yang berminat untuk mengusahakan perniagaan TASKA ini. Antaranya pada beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarat telah memperuntukan geran pembukaan TASKA baru   sebanyak antara Rm10k hingga Rm20k kepada mana-mana pengusaha TASKA yang layak. Selain itu, ada  juga  pemberian subsidi pengasuhan kepada kanak-kanak yang dihantar ke TASKA berdaftar di Malaysia.

Begitu juga mereka yang membuka TASKA di Rumah, juga mendapat keistimewaan seperti TASKA Institusi. Kini, kebanyakan pengasuh di rumah telah  mula sedar akan kepentingan mendaftarkan anak  yang di jaga di rumah mereka sendiri. Oh ya, untuk makluman bagi anda yang berminat memulakan TASKA di rumah anda sendiri, anda boleh mula mengambil upah menjaga anak orang dan anda boleh jaga sehingga sepuluh. Dah boleh buat bisnes, yang penting perlulah TASKA di Rumah anda itu didaftarkan di JKM.

Potensi dan masa depan Perniagaan TASKA memang sangat luas memandangkan terdapatnya keperluan yang tinggi di kalangan ibubapa yang bekerja untuk mendapatkan khidmat asuhan dan didikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Ramai orang ingin membuka TASKA dan ramai juga yang telah pun mengusahkannya. Persoalannya, semudah itukah membuka TASKA dan benarkah  sesiapa sahaja boleh menubuhkannya, pada bila-bila masa dan di mana-mana premis. Jawapan dari saya ialah tidak.

Berkemungkinan mereka yang  begitu mudah dan cepat menubuhkan TASKA, telah menubuhkan TASKA  tersebut tanpa sebarang kelulusan atau permit dari agensi penguatkuasaan.
Dari segi pekerja ,mereka mungkin mengaji pekerja yang tidak diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar oleh agensi penguatkuasan.  Mereka mungkin belum cukup ilmu dan pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak . Justeru itu tidak hairanlah saban waktu kita didedahkan dengan berita kemalangan di TASKA  akibat kecuaian pekerja tidak bepengalaman atau akibat ceteknya ilmu para pengusaha tersebut.

Lebih tepat lagi TASKA tersebut tidak berdaftar menyebabkan mereka menjalankan operasi TASKA  tanpa berpandukan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan. Dengan kata lain TASKA yang beroperasi tanpa didaftarkan tidak kira dari mana keteogori TASKA sekalipun boleh disebut sebagai TASKA HARAM. Menjalankan operasi TASKA tanpa didaftarkan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan penalti oleh agensi penguatkuasaan berkaitan.

Jadi, kepada bakal usahawan TASKA pastikan anda tahu semua langkah permulaan dalam penubuhan TASKA ini. Bukan itu sahaja, anda perlu ada semua pengetahuan dan kemahiran mengenai kanak-kanak di bawah 4 tahun. Anda juga sangat perlu untuk tahu semua rahsia perniagaan TASKA ini.

Pada saya, potensi perniagaan TASKA ini memang sentiasa ada justeru kerana sentiasa terdapatnya permintaan yang tinggi di kalangan ibubapa. Sokongan dari kerajaan juga sangat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang perlu disediakan di TASKA untuk kanak-kanak. Penggunaan kurikulum seperti kurikulum PERMATA juga serta pelbagai inisiatif dari JKM terus membuka ruang untuk menaikan lagi potensi perniagaan dalam bidang ini. 
Dengan kata lain, jika anda masih terfikir utuk mencari idea memulakan perniagaan sendiri, mungkin perniagaan TASKA boleh menjadi pilihan anda.

KEPADA YANG INGIN TAHU LEBIH  TIP ATAU RAHSIA BISNES TASKA INI, BOLEH DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA INI.
Harga Ebook : RM30

Untuk tempahan ebook, sila isi klik pada borang tempahan  di bawah

Pembayarn boleh dibuat ke acc berikut:
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 7612806903



1 comment:

  1. Dalam permainan poker dan domino 99 online membutuhkan banyak strategi untuk menang,
    memanfaatkan kartu bagus, ronde, waktu, taktik mengertak dan menipu lawan anda.
    seperti dalam semua varian poker, setiap individu bersaing untuk sejumlah uang atau chip yang diberikan oleh para pemain,
    dengan proses pembagian kartu secara acak. (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete