Wednesday, 15 April 2015

Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

Nama: Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Imej : Koleksi peribadi
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Whatsapp/ Tel: 016 7235080 / 011 21149552

Entri 23

Contoh sijil SKM PPT - *sijil format lama

Salam sejahtera. Adakah anda pernah terdengar mengenai Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ( Pengiktirafan  Pencapaian Terdahulu)

Apa itu Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) ?

Ia merupakan satu sijil yang memperakui  kemahiran dan keterampilan  seseorang dalam sesuatu bidang kemahiran dimana kemahiran yang dimiliki seseorang itu perlu  memenuhi standard kemahiran pekerjaan dalam sesuatu bidang tertentu. Dengan memiliki SKM seseorang itu dikira sebagai individu yang telah mahir dan berketerampilan dalam sesuatu  bidang.

Di Malaysia terdapat banyak bidang kemahiran seperti bidang jahitan, otomotif, bakeri, kecantikan, fesyen dan sebagainya.Saya mengambil contoh yang sangat mudah. Mungkin sebelum ini anda biasa terdengar SKM dalam bidang jahitan atau bakeri. Seseorang yang mempunyai SKM dalam kedua-dua bidang ini merupakan mereka yang mahir menjahit pakaian  @ tahu membuat pelbagai jenis roti dan kek.

Agensi manakah yang mengeluarkan sijil SKM ini?

Sijil Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia setelah pelajar lulus dalam sesi penilaian akhir yang dijalankan  setelah tamat temph latihan pembelajaran teori dan amali. Di dalam program kemahiran ini, pelatih@pelajar didedahkan dengan 70% latihan amali manakala hanya 30% kelas teori sahaja.

Bagaimanakah untuk mendapatkan SKM?

Untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia ini, seseorang perlu mengikuti kursus sepenuh masa untuk tempoh tertentu yang dijalankan samada di Institut Latihan Kemahiran  Awam seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ataupun dimana-mana Pusat Bertauliah swasta yang telah diperakui dan diluluskan oleh JPK  untuk melaksanakan kursus SKM ini. Kaedah@ cara latihan sepenuh masa ini biasanya diikuti oleh golongan muda @ lepasan sekolah yang belum mempunyai apa-apa pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang ingin diceburinya.


Adakah cara lain untuk mendapatkan SKM ini?

Bagaimana pula jika seseorang telah mempunyai pengalaman bertahun dalam sesuatu bidang tetapi dia ingin mendapatkan SKM dalam bidang yang diceburinya. Adakah dia perlu mengikuti kelas sepenuh masa juga? Jawapannya, tidak perlu mengikuti kelas sepenuh masa kerana SKM juga boleh diperolehi melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Apa itu PPT?

Cuba lihat situasi Pn. Ain di bawah:

Pn Ain merupakan seorang pengusaha Taska yang sangat berjaya. Beliau mempunyai Ijazah dalam Pendidikan Awal kanak-Kanak dan telah mengusahakan perniagaan TASKA sendiri selama 5 tahun. Melalui Ijazah yang diperolehinya memang terbukti Pn. Ain mempunyai pengetahuan akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Berbekalkan pengetahuan akademik yang diperolehinya,  Pn Ain telah memulakan perniagaan TASKA  ini. Pada awal perniagaan banyak kesilapan yang telah dilakukannya. Rupanya  melalui pengetahuan sahaja belum boleh membuatkan seseorang itu menjadi mahir. Makin lama menjalankan perniagaan TASKA,  Pn Ain berhadapan dengan pelbagai situasi dan kerenah perniagaan. Dia belajar banyak perkara, pendedahan dan melalui pengalaman sebenar dalam mengendalikan kanak-kanak. Barulah Pn Ain sendiri sedar dengan akademik sahaja belum cukup untuk memahirkan dirinya, tetapi melalui pengalaman yang dilalui selama  5 tahun ini,  Pn Ain semakin mahir menjalankan perniagaannya.

Secara umumnya, pengetahuan akademik Pn Ain telah diiktiraf melalui segulung ijazah yang diperolehinya. Akan tetapi pengalaman berharga yang diperolehi oleh Pn. Ain selama 5 tahun mengendalikan kanak-kanak dan mengusahakan TASKA ini belum diiktiraf lagi secara rasminya. Akhirnya Pn Ain mendapat maklumat mengenai SKM dan tidak teragak-agak untuk membuat permohonan pendaftaran SKM ini.  Hanya mengambil masa dalam 3 – 4 bulan, setelah melalui proses pendaftaran dan mengikuti semua syarat yang diperlukan akhirnya Pn Ain telah berjaya memiliki Sijil  Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal kanak-Kanak ini. Pn. Ain telah memperolehi SKM melalui kaedah Pengiktirafan PencapaianTerdahulu (PPT).


Jadi, jika anda tanya pada saya samada perlu atau tidak memiliki SKM  jika anda memang berpengalaman dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ini, jawapannya ialah sangat perlu. Saya sendiri mempunyai kelulusan akademik tetapi saya juga mempunyai SKM yang telah saya perolehi melalui kaedah PPT tersebut. Kini, dengan pengalaman saya selama 15 tahun dalam bidang ini saya telah diiktiraf sebagai seorang pakar pengajar dalam Direktori pakar Industri Negara (DPIN) dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.


Apa istimewanya SKM melalui kaedah PPT dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ini?

Secara huraiannya SKM melalui kaedah PPT dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  ini mengiktiraf pengalaman dan kemahiran seseorang individu yang telah lama berkecimpung dalam industri ini. Kaedah ini memberi peluang kepada mereka yang berada dalam industri pendidikan awal kanak-kanak  di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Selain itu dengan SKM ini juga menjadi salah satu syarat seseorang itu layak untuk dilantik menjadi pengajar kemahiran dalam bidang yang dipilihnya.

Mereka yang  mahir dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini, sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil kemahiran  tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal. Apa yang perlu dibuat cuma mereka perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan.


Berikut adalah syarat yang perlu ada :

1.      Berumur 18 tahun ke atas.
2.      Mempunyai pengalaman 3 tahun ke atas dalam bidang Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak. Contoh;

-       Anda merupakan seorang pengusaha TASKA  dan TASKA  anda telah beroperasi selama lebih 3 tahun.
-       Anda merupakan seorang jurulatih kursus atau pengajar akademik  dalam bidang Pendidikan  Awal Kanak-Kanak  dan mempunyai pengalaman bekerja berkaitan bidang melebihi 3 tahun.
-       Anda telah bekerja di industri Taska samada Taska Institusi ataupun Taska di Rumah  lebih daripada 3 tahun samada anda seorang pengasuh, pendidik atau penyelia di TASKA.
-       Anda mahir mengasuh dan mendidik kanak-kanak seperti yang terdapat di dalam standard kemahiran pekerjaan yang dikehendaki di dalam industri Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.

Dengan kata lain, apa yang paling penting ialah  semua pengalaman anda perlu memenuhi kehendak dan kemahiran  pekerjaan dalam bidang ini.

3.      Anda mestilah telah mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan  Kanak-Kanak (KAAK) atau mempunyai Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal kanak-Kanak PERMATA.(KAP)
Kalau belum ada sijil KAAK @KAP, kenalah pergi berkursus terlebih dahulu.


Perkara di atas adalah syarat asas yang perlu dipatuhi sebelum seseorang boleh membuat permohonan untuk Persijilan Kemahiran Malaysia ini.

Apakah yang perlu dilakukan oleh calon SKM PPT ini?

  • 1.      Membuat permohonan ke JPK
  • 2.      Setelah permohonan diluluskan, calon perlu menyediakan portfolio yang mengandungi               semua bukti pengalaman mengikut standard pekerjaan sebenar.
  • 3.      Portfolio yang disediakan perlu disahkan dan disemak bagi memastikan semua bukti yang dikemukakan  adalah bukti yang benar.
  • 4.      Menghadiri sesi temuduga bagi menilai kemahiran yang ada.

5.      Jika lulus, anda akan dianugerahkan Sijil kemahiran Malaysia dalam bidang yang anda ceburi.

Anda yang berminat mungkin tertanya-tanya dan masih kurang faham untuk melalui proses persijilan ini. Jangan risau kerana saya boleh membantu anda sehingga anda mendapat SKM tersebut.

Jadi, tunggu apa lagi. Kemahiran dan keterampilan anda dalam industri Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ini perlu diiktiraf supaya industri asuhan dan didikan awal menjadi satu bidang kemahiran yang professional dan dipandang tinggi pada suatu hari nanti. 


**Persijilan Kemahiran Malaysia ini juga boleh diperolehi untuk bidang TADIKA, Pra-Sekolah dan juga Pusat jagaan.

***Hubungi atau Whatapp saya 016 7235080 untuk proses pendaftaran permohonan SKM ini. Anda juga boleh emel saya untuk mendapatkan keterangan perkhidmatan yang akan saya berikan.

atau anda boleh klik pada BORANG TEMPAHAN ini.

Pembayarn boleh dibuat ke acc berikut:
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 7612806903


Cepat! daftar segera untuk memperolehi sijil ini.




6 comments:

  1. Salam, saya nk tanye, kalau saya akan bekeja sebagai pengasuh dengan tadika swasta, boleh x saya mohon kursus ni? Saya ingat nk tambah skill sblum kerja di tadika tu. Tapi saya cuma ade sijil spm je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Cahaya diana. Maaf kerana lambat reply. Sekiranya sis berminat untuk bekerja di TADIKA, sis boleh ambil kursus SKM dalam bidang preschool. Dan juga sis perlu ambil kursus KSPK dibawah kementerian pelajaran. Tulisan saya di atas fokus kepada mereka yg berminat bekerja di TASKA. Sijil SPM memadai untuk sis mengikuti kursus tersebut. TK

      Delete
  2. salam.berapa bayarn ye.utk ygingin bekerja di taska dan membuka taska

    ReplyDelete
  3. salam.berapa kosnya puan..mohon detailkan ke email saya anuar@upsi.edu.my

    ReplyDelete
  4. Mohon wasap 0104040822 atau email asmidarkppm@Gmail.Com
    BERAPA KOS UK SKM

    ReplyDelete
  5. Adik saya dalam bidang ini.Dan sekarang belajar Di KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH,dan bila habis belajar di akan dapat DIPLOMA VOCATIONAL MALAYSIA OF EARLY EDUCATION and bla...(sorry saya dah tak ingat).so saya mahu tanya,berapa cost untuk dapat SIJIL PERMATA ini dan dimana saya perlu dapat kan dan bagaimana untuk dapatkannya?adakah adik saya perlu melalui kursus.Mohon pencerahan di nariqaramin@gmail.com

    ReplyDelete