Tuesday 26 May 2015

Cara elak anak mengamuk di pasaraya

Nama &Teks :Nor Azura Ismail
Foto : Carian google & koleksi peribadi

Entri 37


Kanak-kanak terutamanya di bawah 4 tahun memang pantang melihat barang permainan samada di pasaraya atau yang dimiliki oleh anak-anak lain. Kalau boleh apa sahaja dilihat adalah dia punya dan pasti mahu dimilikinya dengan segera. Anak-anak akan mula merengek meminta  permainan yang diingininya dan seterusnya akan memberontak @ mengamuk  sekiranya keinginannya itu tidak dipenuhi oleh ibubapa.Dengan kata lain mereka akan mula menunjukkan ‘trantrum'. 

Satu situasi di pasaraya
Rania sedang mengamuk sambil berguling di lantai kerana nakkan sebuah anak patung besar yang berharga RM 100 di sebuah pasaraya.  Puaslah ibunya memujuk sambil menunjukkan anak patung lain yang lebih murah harganya tetapi Rania masih memberontak sambil membaling anak patung yang diberi oleh ibunya. Penatlah si ibu memujuk apatah lagi melihat orang sekeliling telah mula memandang situasi tersebut.

Pernahkah situasi seperti ini berlaku pada anda yang mempunyai anak di bawah 4 tahun terutamanya. Kadang- kadang anak-anak berusia  5 dan 6   tahun juga masih suka memberontak@mangamuk inginkan sesuatu di pasaraya. Mengapa anak-anak berbuat demikian? Selain dari anak-anak tak faham apa yang mereka buat adalah tak betul, anak-anak juga sebenarnya sedang cuba sedaya upaya menarik dan mencuri perhatian dan simpati  dari ibubapa. Hasilnya bila anak-anak menmberontak@mengamuk dengan sepenuh hati, sedikit sebanyak akan tersentuh juga hati ibu terutamnaya lalu  ibubapa akan menuruti kehendak mereka.  Lalu anak-anak telah berjaya mempengaruhi ibubapa dengan kerenah  mereka yang memeningkan kepala. Jangat terkejut, anak-anak yang cerdik ini akan melakukannya berulang kali hinggalah sampai  satu tahap mereka tak perlu mengamuk lagi  tetapi minta sahaja, ibubapa tetap akan  membelikannya. Hinggalah kesannya mereka akan  jadi anak yang terlalu dimanjakan. Apa saja nak semuanya dapat.

Bagaimana nak ke pasaraya dan bawa anak-anak? Kalau mereka mengamuk nakkan permainan, bagaimana pula cara nak kendalikan anak-anak ini? Sebenarnya salah satu tingkahlaku semulajadi kanak-kanak ialah mereka belum mampu membezakan  antara yang betul dan yang salah. Maksudnya pemikiran mereka belum mampu menaakul sesuatu yang berasaskan logik dan juga masih belum memahami sesuatu yang abstrak. Mareka tidak tahu yang permainan yang ada di pasaraya tersebut adalah untuk dijual dan perlu dibayar jika mahu mendapatkannya. Mereka juga tidak boleh fikir bahawa bukan semua barangan yang dijual perlu dibeli sesuka hati tanpa memiikirkan keperluan maupun harganya. Mereka juga tak nampak adakah barangan yang hendak dibeli itu baik@perlu atau tidak untuk mereka. Mereka tidak boleh berfikir yang apa yang bukan di tangan mereka adalah bukan milik mereka.  Tentulah tugas mereka bukan berfikir tetapi meminta.

Kanak-kanak cuma ada sikap kepunyaan dimana apa yang mereka nampak sebolehnya itulah yang akan menjadi kepunyaan mereka. Tak usahlah dikatakan  barang permainan di pasaraya, barang permainan yang dimiliki oleh rakan sebaya pun kalau boleh mereka juga ingin memiliki. Memanglah begitu  perangai anak-anak.

Jadi, sebagai ibubapa apa seharusnya yang anda lakukan? Adakah anda perlu menuruti semua keinginan anak? Adakah anda yang harus mengalah kepada anak? Atau anda  juga perlu mengamuk sama seperti anak? Bagaimana? Apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Tentu anda sendiri telah banyak membaca idea dan tip samada yang peroleh dari buku atau blog lain. Tulisan saya hari ini bukan untuk memberi idea tambahan  kepada anda bagaimana untuk kendali anak mengamuk di pasaraya tetapi saya ingin mengajak anda berfikir dan berkongsi dengan pengalaman yang telah saya lalui bersama anak saya. Cara saya dan suami elak anak mengamuk di pasaraya. 

Aqil ialah anak saya yang paling bongsu . Mungkin kerana kelebihannya  sebagai anak bongsu Aqil banyak belajar perkara-perkara baru yang telah menjadikan Aqil sebagai anak yang cepat faham sesuatu. Hmmm, terbalik bukan, selalunya kalau anak bongsu tentulah manjanya bukan main, tentulah yang bongsu inilah yang paling banyak kerenah dan ragam serta banyak pula permintaannya. Betul tak?


Inilah Aqil Al Aziz. Hari ini telah berusia 6 tahun, Seorang anak yang tak banyak ragam dari kecil lagi dan sangat berdikari, selalu ingin mencuba sendiri, kreatif, penuh dengan imiginasi , aktif dan mempunyai emosi yang positif.  Apa yang nak saya ceritakan ialah bagaimana saya dan suami mengendalikan Aqil bila berhadapan dengan situasi di pasaraya di bahagian peralatan  permainan kanak-kanak. 

 Pada usia Aqil 1 tahun – 2 tahun, saya sebolehnya cuba mengelak untuk lalu di bahagian alat permainan. Kalau terpaksa lalu juga, saya akan cuba untuk menarik perhatian Aqil kepada perkara lain . Cara  ini telah saya amalkan sejak Aqil mula pandai berjalan lagi. Sebabnya, anak-anak di usia ini belum begitu memahami arahan jadi memang sukar kalau kita nak bagi tahu pada anak JANGAN @ TIDAK BOLEH, jadi sebenarnaya saya yang saya buat ialah saya  telah mengurangkan Aqil kepada risiko mengamuk @ trantrum tadi.  Seboleh-bolehnya saya akan cuba elak situasi yang memberi peluang kepada Aqil untuk mengamuk. Untuk  berlaku adil pada Aqil, saya belikan  juga Aqil permainan tetapi di belakang Aqil, maksudnya pada waktu lain. Kalau tidak, macamana kalau Aqil nakkan barangan permainan yang berharga ratus ringgit dan dia mengamuk di situ, haruskah saya membelikannya, Inilah yang saya elakkan dari Aqil sedari umurnya 1 tahun , iaitu elakkan peluang untuk dia mengamuk.

Selain dari itu, disebabkan Aqil mempunyai beberapa abang dan kakak di atasnya, memang sangat membantu Aqil dari berfikir bila ke pasaraya mesti kena beli mainan. Abang dan kakaklah yang rajin melayan Aqil.
Hal ini berlarutan hingga bila Aqil berumur 2 – 3tahun saya dan suami mula mendidik Aqil bahawa bukan semua yang dia nak perlu saya belikan. Saya mengaku dalam hal ini, peranan dan ketegasan seorang ayah  sangat memainkan peranan. Kenapa? Hmm kalau saya, kaum ibu yang mana emosi kita lebih cepat tersentuh, kalau boleh apa saja yang anak tunjuk tentu kita akan belikan . Betul tak? Alasan yang sangat mudah untuk kaum ibu seperti saya, kesian pada  anak.

Jadi, kali ini bila bawa Aqil  ke pasaraya ( masa tu, Aqil dah pandai bercakap) Aqil sendiri  akan ajak abang dan kakak ke bahagian permainan. Jadi, abang dan kakak yang dah faham akan pesan begini pada Aqil. “ Boleh pergi tapi  kita tengok je tau, tak boleh beli   sebab barang kat situ semua mahal”.  Selalu cakap begitu sehingga Aqil faham memang tak boleh beli tapi cuma boleh tengok saja. Seperti biasa,  saya cover balik situasi ini dengan belikan juga dia permainan yang lain pada waktu lain tetapi bukan di hadapan Aqil.
Kaedah ini saya terus amalkan iaitu sebelum  ke pasaraya atau kedai saya akan pesan pada Aqil, “ kalau Aqil nak ikut, Aqil tak boleh mintak macam-macam, kalau tak, Aqil tinggal dengan abang@kakak di rumah” Pesan saya ini Aqil akan ingat dan memang beri kesan yang positif pada Aqil.

Sememangnya harga permainan di pasaraya memang sangat mahal berbanding kualiti. Terus terang saya katakan kalau asyik nak beli permainan memang tak mampu rasanya. Jadi pilihan yang kedua, bila di rumah saya selalu beri Aqil peluang untuk buat aktiviti dari imiginasi dan kereativitinya sendiri. Banyaklah permainan yang Aqil cipta sendiri ikut imiginasinya di rumah. Biasanya kalau permainan yang dibeli pun, sekejap saja tahannya lepas tu hancur tak dapat dikesan lagi.

 Sebagai ibubapa yang peka kepada perkembangan anak-anak awal usia, bahan permainan (tak kiralah dibeli atau buat sendiri) sangat perlu dan penting untuk membantu menggalakkan perkembangan anak-anak dari pelbagai aspek perkembangan. Dunia anak-anak ialah bermain, oleh itu mereka perlukan bahan @peralatan permainan sebagai alat bantu. Samada beli@ buat sendiri, pilihan di tangan anda sebagai ibubapa.

Sambung lagi kisah Aqil, memasuki usia 3 – 4 tahun, Aqil telah mula pandai berfikir. Jadi setiap kali ke pasaraya ., Aqil akan test@uji saya dan ayahnya. Macamana? Bila ke bahagian permainan dia akan ambil apa yang dia suka lalu tunjukkan kepada saya dan dia akan bertanya,” Yang ni, boleh beli tak, ibu.”  Biasanya suami saya yang akan jawab, “Tak boleh beli , Aqil kena  letak balik.” Hmm... pembaca nak tahu, tanpa mengamuk atau merengek , Aqil akan letak balik seraya berkata sendiri.  “Ooo yang ni mahal ye, tak boleh beli”  Lepas tu dia akan tunjukkan beberapa lagi permainan dan perkara yang sama berlaku. Akhirnya Aqil sendiri yang membuat rumusan, nanti ibu@bapa beli mainan lain yer. Begitulah.  Tetapi, ada masanya juga kami akan belikan permainan yang Aqil mahukan di situ juga. Maknanya kami cuba didik Aqil bahawa ada permainan boleh dibeli dan ada juga tidak boleh dibeli kerana tidak perlu@tidak sesuai.

Aqil sebenarnya telah meletakkan kuasa  dan keputusan membeli itu di tangan ibu dan ayahnya , bukan di tangannya sendiri. Dan kita sebagai ibubapa pula perlu beri peluang kepada anak untuk turut menyatakan hasrat hatinya. Memang betullah kita membeli bila kita rasa sesuatu itu diperlu kan. Seperti yang saya tulis tadi, alat permainan anak-anak memang perlu dibeli untuk anak tapi membeli biarlah ikut logik dan kemampuan serta keharusannya. Banyak cara lain boleh sediakan bahan permainan anak jika anda seorang yang kreatif.

Kesimpulannya saya tak didik anak untuk mengamuk. Saya tak biarkan anak fikir bahawa bila mengamuk mereka akan dapat sesuatu. Kalau mengamuk memang tingkahaku semulajadi anak, kita perlu cuba untuk bentukkan dan  bimbing tingkahlaku ini menjadi   sesuatu yang positif bukan hanya menurutinya sahaja malah seperti kita mengalakkan pula anak untuk mengamuk.

Anak-anak kita adalah diri kita sebenarnya. Kita yang mencorakkannya. Kita yang memberi setiap peluang kepadanya. Jadi,  berilah dia ruang dan peluang untuk berfikir lebih kreatif.  Kadang-kadang anak mengamuk kerana mereka merasakan bila di rumah banyak sangat pantang larang ibubapa iaitu banyak sangat yang tidak boleh dilakukan. Lari tak boleh, selerakkan barang tak boleh, menconteng kena marah, baru nak langkah kaki keluar, ibu dah menjerit, baru nak usik dah disergah.  Kita banyak sangat mencantas keinginan anak. Jadi, antara cara nak tarik perhatian anak dan nak tunjuk pada ibubapa bahawa dunia mereka adalah bermain, maka anak-anak akan suka mengamuk bila di luar rumah disekeliling orang-orang yang tidak dikenali.   

Jadi, kita sebagai ibubapa, jom sama-sama fikirkan. Apakah sumbangan kita kepada perkembangan aktif anak-anak awal usia ini?

Jom, antaranya kita sama-sama sediakan bahan permainan buat sendiri untuk anak-anak. Ajak anak-anak buat sekali bersama anda. Darpada anda menghabiskan wang membeli permainan yang sekejap saja ketahananya, apa kata  anda luangkan masa, keluarkan kreativiti anda, jom sediakan bahan permainan unuk anak.  Jimat dan yang penting anak seronok.  

Anda tak de idea, dapatkan ebook saya ini. Anda boleh membantu perkembangan anak-anak anda sendiri. Tidak payah tercari idea, saya telah kumpulkan untuk anda dalam ebook ini.

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak.  



klik di sini. BORANG TEMPAHAN 

Antara bahan permainan dalam ebook ini :












1 comment:

  1. wahh..kak habat sekarang..sngat berguna.untuk praktis dekat anak saya ...kenal saya lagi tak??..saya mashitoh..sama2 kerja kat KN thun 2010...

    ReplyDelete