Wednesday 6 May 2015

Idea bahan permainan anak

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri :  28



Bermain adalah tugas hakiki kanak-kanak.  Dunia kanak-kanak adalah bermain dan terus bermain.
Dengan kata lain, dalam kehidupan rutin seharian kanak-kanak sedari  bangun dari tidur, apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah bermain. Kanak-kanak akan  menggunakan apa sahaja di persekitaran untuk dijadikan bahan permainan mereka.  Kanak-kanak memang kreatif dan mempunyai daya imiginasi yang tinggi. Walaupan hanya ada sehelai kertas di depan mereka, kanak-kanak masih boleh berimiginasi untuk menjadikan kertas tersebut sebagai bahan permainannya. Begitu juga dengan seorang bayi akan mengambil apa sahaja yang berada di sisinya sebagai bahan permainannya.Ada sahaja idea bahan permainan anak. Bila bermain, kanak-kanak memang fokus sehingga kadang-kadang tak ingat untuk rehat dan makan. 

Sebenarnya bermain memang sangat perlu untuk kanak- kanak kerana dengan bermain kanak-kanak akan meningkatkan kebolehan dan tahap perkembangannya  dari pelbagai aspek samada dari aspek fizikal, bahasa, pemikiran dan sebagainya. Sekiranaya ada seorang kanak-kanak yang hanya duduk diam dan tidak mahu bermain, ini merupakan tingkahlaku yang tidak normal, pasti ada  sesuatu telah berlaku kepada kanak-kanak tersebut, mungkin dia demam.

Saya teringat sebuah kisah jiran saya dulu. Walaupun dia mempunyai anak kecil yang berusia 3 tahun akan tetapi  keadaan dalam  rumahnya sentiasa tersusun kemas dengan pelbagai peralatan hiasan seperti pasu-pasu kecil dan juga bunga-bungaan. Memang agak pelik dan saya tertanya ,mengapa anaknya yang berusia 3 tahun itu, sedikit pun tidak mengusik barang-barang hiasan ibunya. Memang begitu baik sekali nampaknya. Pada waktu itu, saya yang masih belajar memahami kanak-kanak rasa sangat teruja akan sikap anak itu memandangkan di rumah saya sendiri memang tak boleh ada hiasan. Anak-anak yang masih kecil di rumah, pantang  nampak benda pelik sikit habis semua di buatnya main. Kekadang bekas dan cawan plastik di dapur pun hilang dibawa anak main masak-masak. Aduhai memang pening.

Pada suatu hari saya sempat bertanya  pada jiran itu apa rahsianya sehinga anaknya begitu baik sekali, Kalau bertandang ke rumah saya pun, hanya duduk diam disebelah ibunya.  Jiran saya telah bercerita dengan bangganya bahawa sebenarnya  sedari anaknya baru pandai berjalan lagi, jiran saya telah memukul tangan anak keciinya itu sekiranya anak itu cuba utuk mencapai barangan hiasan di dalam rumah. Setiap kali dicuba akan ditepuk tangannya berkali-kali  sehingga anak itu faham bahawa barang hiasan dalam rumah memang tidak boleh disentuh apatah lagi dibawa main. Bila anak dah mula  faham arahan, jiran saya akan marah anaknya dan pesan berkali-kali pada anak jangan usik barang hiasan di dalam rumah. Apa yang dilakukan oleh jiran saya itu berterusan hinggalah kini anak itu berusa 3 tahun.  Kesannya memang anak itu kelihatan sungguh baik, duduk diam dan tak usik apa-apa pun.

Wahai para pembaca ibubapa, pendidik maupun pengasuh semua, cuba tanya pada diri anda sendiri, adakah itu yang dikehendaki oleh kanak-kanak? Betulkah cara jiran saya itu mengajar anaknya? Walaupun dari satu sudut anak itu kelihatan baik dan berdisplin, tetapi dari satu sudut lain, ibunya telah menafikan hak anaknya untuk membelek, memegang, meneroka, merasa, mencari pengalaman, menguji  dan akhirnya bermain apa yang disukainya. Kesian bukan.

Justeru itu, salah sama sekali jika anda  tidak membenarkan dan menggalakkan anak untuk bermain. Kalau agak-agak  anda takut pasu-pasu di rumah pecah dan membahayakan anak, jangan sesekali hiaskan rumah dengan pasu-pasu  tersebut. Tunggulah anak dah besar dan dah bersekolah dan mereka memang dah faham. Sementara anak masih kecil, mereka memang perlukan bermain dan sangat berkehendak kepada bahan@alat permainan yang menyeronokkan untuk mereka.

Peranan anda sebagai ibubapa, pengasuh atau pendidik ialah menyediakan persekitaran bermain yang kondusif ( sesuai, selesa dan selamat untuk kanak-kanak). Dalam konteks ini , peranan orang dewasa juga ialah untuk menyediakan bahan@alat permainan  untuk kanak-kanak.Anda juga perlu sentiasa ada idea bahan permainan anak.  Maknanya kenalah membeli permainan untuk kanak-kanak. Tetapi ini tidak bermaksud anda perlu beli apa sahaja yang diminta oleh anak. Nanti anak akan naik lemak pula.  Pilihan di tangan anda, jadi belilah permainan yang anda rasa sesuai untuk dimain oleh anak-nak dan tentulah permainan tersebut mampu dibeli oleh anda.

Oleh kerana anda perlu kena beli permainan untuk anak, apakata anda survey sebentar harga barangan permainan di kedai@ di pasaraya.  Amboi!  ada yang sampai mencecah ratusan ringgit. Kalau permainan biasa pun dan berkualiti sikit  harganya berpuluh-puluh ringgit. Kalau anak anda hanya seorang dua, mungkin anda tidak kisah membelinya. Tetapi kekadang, anda membeli sudahlah mahal, namun sebaik sahaja permainan itu tiba ke tangan anak anda,  tak sampai seminggu habis diteroka dan di eksperimennya sehingga kekadang tidak berupa permainan lagi. Anak-anak kan kreatif?  Tak percaya? Cuba tanya ibubapa yang ada anak kecil di rumah? Atau cuba tanya pada para pendidik@pengasuh di TASKA?  Berapa lama ketahanan permainan yang anda beli? Sebab itulah kekadang di TASKA TADIKA, pengusaha  hanya display je barang permainan, tapi jarang beri kebebasan anak pilih permainan yang ada. Betul tak?  Kalau tak disimpan, alamatnya berkali-kali lah pihak TASKA TADIKA terpaksa beli permainan baru memandang ianya merupkan pra syarat di TASKA TADIKA.  Saya tahu sebab saya sendiri pernah  melalui pengalaman bersama pengasuh@pendidik  di TASKA TADIKA dalam mengendali barang permainan kanak-kanak ini. Sebenarnay salah kalau pihak TASKA TADIAK tidak membenarkan anak main dengan peralatan permainan yang ada.

Bayangkan, kalau anda ada anak kecil 3 atau 4 orang, bagaimana pula? Daripada asyik beli permainan,  lebih baik beli  makanan. Itu selalu yang saya katakan memandangkan saya sendiri mempunyai anak yang ramai.
Pada hari ini saya sudah faham dan sudah tahu. Saya boleh jimatkan wang saya  dari asyik membeli permainan di kedai tetapi dalam masa  yang sama,  saya tetap masih boleh  sediakan bahan permainan sendiri di rumah untuk anak-anak saya. Bagaiman caranya? Sekali lagi, anda perlu ada  pelbagai idea bahan permainan anak yang sepatutnya anda boleh sediakan sendiri. Macamana pula nak sediakan? 

Cuba lihat di persekitaran anda,  ada pelbagai bahan atau peralatan yang anda ingin buang tetapi sebenarnya boleh digunakan semula untuk mencipta peralatan permainan untuk anak-anak.Permainan yang disediakan sendiri ini bukan sahaja perlu disediakan oleh ibubapa di rumah bahkan sangat digalakkan supaya di sediakan oleh para pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA masing-masing.  Untuk pengusaha TASKA TADIKA, ini adalah  satu cara mengurangkan kos perniagaan anda, tak perlu asyik beli barang permainan sahaja.

Jom saya tunjukkan apakah antara  barang yang anda jangan buang lepas ni, tapi anda kumpul dan anda gunakan bahan tersebut untuk dijadikan idea bahab  permainan  anak.



 sepit baju                                                                       Bekas tisu roll


Bekas telur

kotak ubat gigi

Tin minuman



majalah lama

Botol minuman plastik

Straw terpakai

Pelbagai saiz kotak

kotak minuman

suratkhabar lama

bekas sabun cecair pencuci pakaian


Semua bahan ini adalah bahan yang biasa kita pakai@guna @yang ingin kita buang sehari-hari.

Saya kongsikan pula beberapa idea bahan permainan anak  yang boleh kita sediakan sendiri dengan menggunakan bahan yang terpakai in. Permainan boleh disediakan untuk kegunaan anak  samada di rumah atau di TASKA TADIKA. Semuanya mudah dibuat cuma anda perlu kreatif dan rajin.

Lori dari kotak minuman

Boleh main masukkan kad keras bulat dalam kotak kasut

Mari susun nombor daripada bekas tisu

Main bowling daripada botol plastik. Bola dibuat guna kertas


Hmm...senangkan ? Jadi, apa lagi, jom kita berjimat sekarang.
Nak dapatkan banyak lagi idea kreatif mengenai permainan kanak-kanak yang boleh kita sediakan, anda boleh dapatkan lagi dalam ebook 

 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK.

Dalam ebook ini terdapat 50 pelbagai idea kreatif permainan kanak-kanak yang saya himpunkan daripada pelbagai sumber yang telah cari melalui samada melalui buku atau internet. Saya himpunkan semua dalam satu ebook bagi memberi panduan kepada ibubapa amnya , pengusaha, penyelia, pengasuh dan pendidik di TASKA TADIKA khasnya. 
Semuga dengan ebook ini anda semua akan jadi lebih kreatif dan lebih rajin lagi. Yang penting, ianya sangat menjimatkan anda.



Untuk tempahan, sila klik pada BORANG TEMPAHAN ini.

Harga Ebook cuma RM 25.00 sahaja. Terdapat tambahan percuma 10 idea lagi menjadikan terdapat 60 idea kreatif permainan kanak-kanak. Tempah segera.

Acc Pembayaran :
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 761806903

Siapa yang perlu dapatkan ebook ini?

Ibubapa yang memahami anak-anak

Pengasuh TASKA yang kreatif

Pendidik TADIKA yang peka


No comments:

Post a Comment