Friday 5 June 2015

Idea dan pandangan tokoh pendidikan awal kanak-kanak

Nama: Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi & Carian Google
Sumber Teks : Kandungan Kurikulukm Pendidikan Prasekolah Kebangsaan

#42



Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak  ialah merupakan asuhan dan didikan yang diberi kepada anak-anak bermula sejak lahir sehingga berumur 8 tahun. Tempoh-tempoh ini adalah masa yang kritikal bagi proses pembesaran dan perkembangan kanak-kanak  terutamanya anak dibawah 4 tahun.

Tahukah anda, apakah bentuk kaedah@cara@ pendekatan pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak di usia-usia awal ini.

Tahukah anda juga bahawa konsep pendidikan awal di Negara kita Malaysia terdiri dari 2 peringkat iaitu :


1.       Taman Asuhan Kanak-Kanak @ TASKA – berfungsi sebagai tempat pengasuhan, penjagaan dan tempat untuk mengembangkan potensi diri anak dalam pelbagai aspek perkembangan sementra ibubapa keluar bekerja.



2.       Tadika @ Prasekolah – berfungsi sebagai tempat yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.


Saya mengambil inisiatif di sini untuk kongsikan kepada anda  beberapa idea@falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pandangan mereka ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan dalam kita memberi pendidikan awal kepada anak-anak. Juga sangat sesuai untuk para pengusaha TASKA TADIKA bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan.


Idea@ Falsafah dari Friedrich Froebel


1.       Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Ceria dan menarik.
2.       Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak serta tidak terlalu sempit.
3.       Kelas perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai benuk yang mudah, saiz dan warna.
4.       Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
5.       Di taman kanak kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.
6.       Taman kanak-kanak meerupakan satu pendekatan terhadap  latihan kanak-kanak
7.       Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
8.       Kanak-kanak mempelajari sesuati melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
9.       Bermain adalah penting untuk kanak-kanak.
       Menekankan displin diri dan motivasi dalaman kepada kanak-kanak.
       Pembelajaran bukanlah suatu yang terpisah dan ia saling kait mengait antara satu sama lain.


Idea@ Falsafah dari Maria Montessori



1.       Ibubapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2.       Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu dan tempoh ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak itu.
3.       Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri dengan bimbingan  yang minimum dari orang dewasa.
4.       Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran  akan terus berdirkari apabila dewasa kelak.
5.       Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
6.       Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak
7.       Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
8.       Peranan guru hanya membantu bukan memaksa atau menentu arah pembelajaran kanak-kanak.


Pandangan Imam Al-Ghazali



1.       Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkahlaknya.
2.       Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adap sopan, adap makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
3.       Didik kanak-kanak supaya  memperoleh tingkahlaku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, besederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang  jahat dan tidak berbangga.
4.       Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang lenang, jangan berseronok atau bemanja-manjaan apabila bergaul.
5.       Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
6.       Memperelok fitrah dan naluri mereka.
7.       Suruh kanak-kanak bermain kerana main dapat menyeronokkan anak dan membantu pelbagai aspek perkembangan anak.


Pandangan Ibnu Khaldun



1.       Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
2.       Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat. Mengadakan latih tubi, guna benda maujud dan adakan bahan bantu mengajar.
3.       Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara di luar kemampuan mereka.
4.       Kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diberi contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
5.       Menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu yang  sesuai dengan pemikiran kanak-kanak barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
6.       Jadual pembelajaran harus disusun dnegan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang hendak disampaikan.
7.       Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan.
8.       Masa belajar jangan terlalu panjang.
9.       Bahasa adalah asas kepasa semua kanak-kanak semasa pembelajran. Mulai dengan menulis, membaca kemudian kaitkan dengan makna.


Baiklah, saya telah meletakkan di sini beberapa idea, falsafah @pandangan tokoh pendidikan awal kanak-kanak. Jadi, sekiranya ada mana-mana idea yang sesuai dengan zaman dan perkembanagn anak-anak hari ini, bolehlah kita ambil dan jadikan panduan dalam memberikan pendidikan awal yang terbaik kepada  anak-anak.

Kepada mereka yang berhasrat untuk menubuhkan TASKA sendiri , boleh dapatkan ebook saya 

PANDUAN PERNIAGAAN TASKA.

RM 30


Dan pada sesiapa yang ingin menambahkan pengetahuan dan  memperbanyakkan idea untuk permainan kanak-kanak boleh dapatkan ebook saya  

50 Koleksi Idea Kreatif Permiainan Kanak-Kanak





CEPAT, DAPATKAN SEKARANG ! Klik pada BORANG TEMPAHAN ini.

1 comment: