Thursday 18 June 2015

Petua komunikasi berkesan dengan anak

Teks : Nor Azura Ismail



Komunikasi yang berkesan dapat mewujudkan hubungan dua hala yang positif dan berkesan juga antara sesama  individu. Bagaimana pula dengan komunikasi yang sesuai dengan anak-anak?

Komunikasi antara anda dan anak-anak bukanlah hanya dalam bentuk lisan tetapi komunikasi boleh dizahirkan dalam pelbagai keadaan dan bentuk.
Bagaimanakah anda boleh wujudkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak , tak kira samada anak awal usia atau anak-anak anda yang sedang meningkat remaja. Jom ikuti petua berikut,

Petua komunikasi berkesan dengan anak.


  1. Zahirkan kemesraan  antara anda dengan anak-anak sejak anak masih kecil lagi. Perhatian dan kepekaan anda kepada anak-anak akan ditakrif sebagai satu bentuk kemesraan oleh anak-anak.
  2. Berikan belaian secara fizikal kepada anak-anak samada dalam bentuk pelukan, sentuhan atau sekurang-kurangnya dalam bentuk senyuman.
  3. Gunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut apabila berbicara dengan anak-anak.
  4. Sesekali tunjukkan keprihatinan anda dengan mengingati tarikh kelahiran anak dan ucapkan tahniah serta penghargaan kepada anak atas apa jua kejayaan yang telah anak perolehi. Berikan penghargaan walaupun kejayaan anak cuma kecil sahaja.
  5. Belajar libatkan diri dalam aktiviti anak-anak samada di rumah, di TASKA TADIKA atau anak-anak yan telah bersekolah. Kalau di rumah, anda boleh ajak anak sama-sama membantu anda menguruskan hal ehwal di rumah.
  6. Bila anda menyatakan perkataan 'Tidak boleh" atau 'jangan", katakan  secara berhemah. Beri penerangan yang sesuai kepada anak mengapa 'Tidak boleh". Berikan@cuba cadangkan pada  anak pilihan lain yang lebih sesuai.
  7. Pandang wajah anak bila becakap dengan anak-anak. Untuk anak-anak yang kecil, duduk pada paras ketinggian anak apabila bercakap dengan anak-anak.
  8. Sentiasa menjawab setiap pertanyaan anak lebih-lebih lagi anak kecil yang memang sikap semulajadinya banyak bertanya.
  9. Sentiasa bersabar dengan kerenah anak dan beri teguran serta nasihat dalam keadaan yang berhemah.
  10. Belajar menerima pandangan dari anak. Jika pandangannya kurang sesuai, jangan mencela pandangannya, sebaliknya berikan idea yang lebih bernas.
  11. Bercakap dengan anak dengan cara yang sesuai mengikut tahap umurnya.
  12. Jika anda mempunyai anak yang telah remaja, jangan sesekali memarahi anak-anak di depan adik beradiknya yang lain atau di depan orang lain.
  13. Sentiasalah mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kehidupan anak-anak anda di dunia dan di akhirat.
  14. Layan anak dengan cara yang sesuai mengikut  tahap umurnya, contoh bila anak meningkat remaja, anda harus belajar menjadi kawan dan sahabat kepada anak-anak.
  15. Jika anak berbuat kesalahan, jangan terus marah-marah, sebaliknya beri ank peluang untuk berterus terang. Nasihatkan anak tetapi  bukan berleter, itulah yang sebaiknya.


Anak-anak zaman kini, hakikatnya tidak sama bentuk dan cara pendidikan dan komunikasinya berbanding dengan kita dahulu semasa kecil. Adakalanya kita sebagai ibubapa, perlu menurunkan ego kitasebagai ibubapa sebaliknya banyak mengajak anak berbincang bersama jika ingin mengambil sesuatu keputusan.
Sebagai ibubapa, bersikap tegas adalah perlu, terlalu memanjakan anak pula akan memudaratkannya, jadi ambillah cara terbaik dalam memberi asuhan dan didikan kepada anak-anak di zaman ini.

Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki lagi bentuk komunikasi dan hubungan kita dengan anak-anak.  Mudah-mudahan anak-anak kita membesar menjadi insan yang soleh solehah buat penerang dan penyejuk hati kita sebagai ibubapanya. INSYALLAH.

Sekian.

No comments:

Post a Comment