Monday 8 June 2015

TIP ASUHAN DAN DIDIKAN ANAK ZAMAN MODEN



Nama & Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi peribadi & Carian Google
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com

# 44


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya himpunkan dalam blog saya kali  ini beberapa tip yang telah saya kongsikan dalam facebook fanpage saya. Mudah-mudahan dapat serba sedikit dijadikan panduan buat anda dalam memberikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak anda. Tip asuhan dan didikan anak zaman moden khas untuk ibubapa zaman moden masakini.



Tip 1

Anak anda main tanah begini.? Tentu ada ibubapa yang dah menjerit marah pada anak. Pada tanggapan kebanyakan ibubapa, main tanah itu mengotorkan. 
Kalau saya, biarkan saja anak main tanah.  Dalam pendidikan awal kanak-kanak, memberi peluang anak main tanah dapat menggalakkan lagi perkembangan Deria & pemahaman dunia persekitaran anak. 

Sifat semulajadi anak ialah mempuntyai perasaan ingin tahu. Anak sebenarnya nak tahu rasa tekstur tanah tersebut dan mungkin dia sedang berfikir sesuatu tentang tanah. Anak dapat belajar sesuatu mengenai bahan semulajadi alam.  Biarkan anak terus meneroka. Peranan anda cuma pastikan tiada benda yg merbahaya di persekitaran anak dan pada tanah tersebut. BERILAH ANAK ANDA PELUANG. DIA PASTI AKAN DAPAT BELAJAR SESUATU YANG BARU dalam kehidupannya.



Tip 2


Siapa yang ada baby? Tentu anda berasa seronok melihat setiap perkembangan yang dilalui oleh bayi anda. Tahukah anda bahawa tiga tahun pertama kelahiran bayi adalah tempoh yang sangat kritikal untuk perkembangan bayi dimana otak bayi@kanak-kanak ini aktif membina perhubungan antara sel-sel neuron.



Nak tahu perubahan otak bayi/kanak-kanak dari tahun pertama hingga tahun ketiga kelahirannya.
- Hujung tahun pertama: berat otak bayi meningkat kepada 70%
- Hujung tahun kedua: meningkat kepada 80%
Oleh kerana dalam tempoh tiga tahun pertama tadi, pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak sangat pesat jadi adalah penting untuk ibubapa dan juga pengasuh kepada anak-anak memahami setiap tahap perkembangan kanak-kanak. Bila dah tahu dan faham, barulah anda tahu bagaimana untuk meransang anak-anak anda dengan aktiviti yang sesuai, menarik lagi kreatif.
- Waktu lahir : berat otak bayi 25% daripada berat otak orang dewasa.
Hah, nammpak tak betapa pesatnya perubahan berat otak anak-anak ini.

Oleh itu, peranan anda, mahirkan diri dan banyakkan idea mengenai pelbagai aktiviti yang boleh menyumbang kepada perkembangan otak anak.


Tip 3:

Anak- anak adalah anugerah dan amanah daripada ALLAH yang perlu dijaga. 
ALLAH pemberi anugerah dan Dialah yg akan menentukan rezeki untuk setiap anak. Tugas kita hanyalah menjalankan amanah tersebut mengikut peraturanNya. Oleh itu, carilah ilmu dan kemahiran keibubapaan sebanyaknya  dan berilah pendidikan yang terbaik dalam membesarkan anak-anak anda. Ibubapa yang berjaya dan cemerlang adalah ibubapa yang dapat membesarkan anak dengan asuhan dan didikan yang akhirnya memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kehidupan anak di dunia maupun di akhirat kelak.




Tip 4


Tahukah anda, jika kanak-kanak yg berumur diantara 18 bulan - 3 tahun, diberi peluang yang cukup, mereka akan boleh berdikari. Sebaliknya jika kurang peluang untuk meneroka dan terlalu terkongkong, kanak-kanak akan kurang berjaya dan akan memiliki sifat malu. Oleh itu, kita sebagai ibubapa@pengasuh perlu kenalpasti dan memenuhi keperluan kanak-kanak secara berterusan. (Keperluan bukan kehendak). Contoh keperluan kanak-kanak ialah mereka perlu bermain dan terus bermain..


Kanak-kanak perlu diberi pendedahan dalam aktiviti pembelajaran secara semulajadi dengan memberi mereka peluang meneroka, mencuba dan merasai pengalaman sendiri. Beginilah antara cara kanak-kanak membina pemahaman tentang dunia, kemahiran berfikir dan proses sains.





Tip 5


Membesarkan anak-anak di zaman digital, jangan benarkan anak anak dididik oleh 'pengasuh digital ' ini.
Menurut kajain , hampir 52% kanak-kanak sekarang mendapat akses kepada samada telefon pintar, iPod@iPad atau alat tablet lain.
Harap kita semua peka kepada faedah dan padah teknologi ini. Pilihan sentiasa berada di tangan anda sebagai ibubapa. Berhati-hati dengan kebebasan menggunakan gadet di kalangan anak-anak awal usia.

Pendedahan kepada teknologi adalah perlu tetapi jika tidak dikawal dan dipantau serta dibimbing menggunakan teknologi maka banyaklah kemudaratannya.




Sedikit info mengenai generasi Y dan Z, yang juga dikenali sebagai generasi internet. Mereka makan, tidur dan bernafas dengan internet. Generasi Y lebih tua sedikit dari generasi Z. Oleh kerana generasi Z lahir di zaman teknologi alam maya, tidak hairanlah kalau generasi Z ini boleh menggunakan iPad sebelum mereka pandai memanggil 'mama'. Betul tak? 
Jadi, sebagai ibubapa kita wajib belajar memahami dan menerima hakikat bahawa mendidik generasi Y dan Z ini jauh berbeza dengan cara kita dididik dulu.


Tip 6 :

Setiap anak mempunyai potensi yang perlu dibangunkan dan dikembangkan. Jadi, cuba belajar mengenali potensi anak anda dan bantu mereka untuk menggalakkan potensi yang ada. Contoh jika anak anda pandai berbicara dengan petahnya, sentiasa berikan aktiviti untuk mengembangkan lagi potensi bahasa pada anak, mana tahu anak anda berpotensi menjadi seorang pemidato atau penceramah yang hebat nanti.





Tip 6


Hak seorang anak ialah untuk mendapat pendidikan dan asuhan terbaik daripada ibubapa atau penjaganya sejak awal usia terutama tiga tahun pertamanya iaitu umur yang paling kritikal dalam perkembangan kanak-kanak. Jadi, jangan diabai hak anak-anak ini.


Tip 7


Anda mempunyai anak yg berumur antara 3 - 6 tahun. Berikan anak ini sebatang pensil@pensil warna atau krayon. Berikan juga sehelai kertas. Biar anak lakar apa sahaja atas kertas samada mereka nak conteng atau lukis apa je. Selepas itu tanya pada anak, apa yang dia lukis. Anda pasti akan dapat jawapan yg terhasil dari imiginasi si anak melalui lakaran atau lukisannya, kekadang anda pun tak jelas apa yg tertera pad kertas tersebut. Biarkan anak berimiginasi melalui kreativitinya sendiri. Anak sememangnya sangat kreatif,  anda cuma perlu menggalakkan lagi perkembangan kreativinya. Antara salah satu sifat semulajadi kanak-kanak ialah suka berimiginasi.

Kreativiti kanak-kanak  terhasil apabila kanak-kanak diberi kebebasan utk menghasilkan sesuatu sepertu lukisan, contengan, lakaran, warna dan sebagainya mengikut apa yang kanak kanak itu fikirkan mengikut imiginasinya. Daya kreativiti yang tinggi dapat mengasah potensi kanak-kanak menjadi seorang yang inovatif. 
Biarkan anak berimiginasi dan kreatif dengan apa yang mereka lakarkan. Sediakan ruang Atau peralatan yang sesuai untuk anak melahirkan daya imiginasinya.


Tip 8

Seorang anak bertanya, Ibu., “siapa jadikan awan?” Jawab ibu,” Allah lah yang jadikan awan.””
Tanya anak lagi,.siapa jadikan bukit?”  Jawab si ibu, “Allah jugalah.” Kata ibu lagi, “yang besar besar semua Allah jadikan.”
Si anak terdiam berfikir, lalu bertanya lagi, “Kapalterbang pun Allah yang jadikan ye?”  Si ibu pula terdiam sambil dalam hati berkata,  “aduh , camne nak jawab ye?”
Suka bertanya soalan adalah antara ciri semulajadi tingkahlaku kanak-kanak awal usia, sampai kekadang memang pening untuk menjawabnya.
Disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, anak-anak akan bertanya macam-macam perkara di persekitaran mereka. Peranan kita sebagai ibubapa,  perlulah kreatif dalam menanggani perkara ini dan dalam memberikan jawapan yang sesuai.
Jangan pula dimarahi anak yang banyak bertanya ini !!


Tip 9 :
Anda risau anak awal usia 4, 5 dan 6 tahun belum boleh membaca lagi? Minat untuk belajar membaca sebelum 6 tahun akan datang sendiri, percayalah, tak perlu paksa anak belajar sukukata, kenal dan eja perkataan sambil kita marah-marah kalau anak tak dapat. Kena mamahami anak-anak. Dunia mereka ialah bermain. Kalau mereka belum dapat membaca, mungkin sebenarnya mereka belum bersedia. Berikan mereka masa. Ajar anak membaca mestilah sambil bermain bukan memaksa dan marah-marah. Kalau anda nak anak boleh baca cepat, sentiasa beri anak peluang dan ruang. Ingat ye, guru guru di TADIKA atau ibubapa di rumah. InsyAllah anak-anak boleh membaca awal jika anda mengajar anak sambil bermain. Banyakkan buat aktiviti, jangan mengajar anak bawah 6 tahun seperti ajar kanak-kanak tahun 1. Kesian mereka, fahami jiwa anak.


Tip 10

Mungkin kita tak perasan, antara penderaan emosi dan perasaan yang sering kita sebagai ibubapa lakukan kepada anak ialah apabila kita sering menakutkan anak dengan jin, hantu dan manusia lain sebagai satu cara utk kita kendalikan kerenah anak. Misalnya kalau anak tak nak masuk rumah, kita akan kata, “cepat masuk ! ada momok kat luar” atau selalu kita sebut “jangan main kat situ, nti polis tangkap adik' , betul tak? Apakata kita tukar stail, didiklah anak agar takut pada Allah saja.



Setakat ini dulu tip yang dapat saya kumpulkan. Tip asuhan dan didikan anak zaman moden.
Rahsia anak-anak yang anda perlu tahu dan faham ialah anak-anak memang suka bermain dan itulah kerja hakiki dan tugas utama mereka. Jika anda inginkan idea bahan permainan kanak-kanak, dapatkan melalui ebook ini.

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

Harga cuma RM 25.


KLIK BORANG TEMPAHAN ini sekarang!!


Wassalam dan jumpa lagi nanti.


1 comment:

  1. Salam. Suka saya baca entri Puan yang ini. Sebabnya selalu tak tahu nak handle anak yang tengah membesar. Terima kasih perkongsian ilmu ni ya.

    ReplyDelete