Monday, 6 July 2015

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail

Assalam dan salam sejahtera.

Saya kongsikan di sini contoh Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang boleh digunakan oleh para pendidik@pengasuh di TASKA bagi merancang aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.

SELAMAT MELAKSANAKAN AKTIVITI!!

BIDANG PEMBELAJARAN : PERKEMBANGAN DERIA DAN
                                                      PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN


RPA 1: URUTLAH SAYA

Nama 

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
7 – 8  bulan
Bil Kanak-Kanak
1
Tema

Tajuk
Urutlah saya
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Bayi sudah boleh melihat mengikut objek  dari jarak yang dekat.
Objektif
1.       Bayi boleh  menajamkan deria melihat dengan objek bergerak ke kiri dan ke kanan. (Perk. D&PDP)
2.       Bayi boleh mencuba untuk mangapai objek (Perk. Fizikal)
3.       Bayi boleh membina emosi gembira dari suara pengasuh.
(Perk. SSE&K)
Senarai bahan/alat
1.       Soft toys
2.       Mobile berwarna warni buat sendiri yang boleh dipegang dan diayunkan
3.       Sehelai kain
Ruang aktiviti
Bilik bayi
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa bayi ke ruang aktiviti .
2.       Pengasuh mendudukkan bayi dalam posisi yang sesuai.
3.       Pengasuh memulakan aktiviti dengan memanggil nama bayi berulang kali. Lihat reaksi bayi.
4.       Pengasuh menarik perhatian bayi dengan mengacah bayi sambil menyembunyikan muka di sebalik sehelai kain.
5.       Pengasuh tu tunjukkan satu objek kepada bayi (soft toys) dan lihat reaksi bayi sekali lagi.
6.       Pengasuh kemudian gerakkan objek (soft toys ) dengan tangan  ke kiri dank e kanan dan seterusnya berulang kali.
7.       Lihat pergerakan mata bayi. Lakukan selama 2 minit, berhenti dan sambung lagi 1 atau 2 minit.
8.       Pengasuh akan cuba tarik lagi perhatian bayi (dengan memanggil  nama atau mengacah bayi ) jika bayi tidak mahu melihat.
9.       Sekarang pengasuh baringkan pula bayi.
10.   Gantung mobile berwarna warni di hadapan bayi.
11.   Pusingkan mobile, ayun dan juga gerakkan mobile tersebut dan lihat tindakbalas bayi sekali lagi.
12.   Sambi itu, beri bayi peluang untuk cuba mengapai mobile.
13.   Jika bayi tidak melihat, cuba rangsang bayi dengan membuat bunyi-bunyi tertentu.
14.   Puji  bayi dengan kata-kata mesra.
Perhatian
1.       Pastikan ruang aktivit bayi bersih dan selamat.
2.       Pastikan bayi sihat sebelum menjalankan aktiviti
3.       Pastikan peralatan yang digunakan untuk aktiviti sesuai untuk bayi.


RPA 2 : BAKUL HARTA KARUN

Nama 

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
12  bulan
Bil Kanak-Kanak
1
Tema

Tajuk
Bakul harta karun
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Bayi sudah boleh mendengar pelbagai bunyi.
Objektif
1.       Bayi boleh  meningkatkan kebolehan deria dengar dan dapat mengesan pelbagai bunyi. (Perk. D&PDP)
2.       Bayi boleh mengenggam pelbagai objek. (Perk. Fizikal)
3.       Bayi boleh membezakan pelbagai bentuk objek. (Perk. AM&PL)
Senarai bahan/alat
1.       Bakul
2.       Mainan lembut pelbagai bentuk
3.       Mainan berbunyi
4.       Bola kecil
Ruang aktiviti
Bilik bayi
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa bayi ke ruang aktiviti .
2.       Pengasuh mendudukkan bayi dalam posisi yang sesuai.
3.       Pengasuh memulakan aktiviti dengan memanggil nama bayi berulang kali. Lihat reaksi bayi.
4.       Pengasuh menyediakan bakul yang diisi dengan pelbagai objek seperti mainan lembut, bola, mainan berbunyi@mainan yang boleh dipicit dan sebagainya.
5.       Pengasuh meletakkan bayi dihadapan baku tersebut.
6.       Pengasuh meneroka bakul bersama-sama dengan bayi .
7.       Pengasuh menggoyang-goyangkan bakul supaya mainan yang berbunyi dapat meransang deria mendengar bayi.
8.       Pengasuh beri galakan serta tunjukkan ekspresi wajah yang ceria ketika bermain.
9.       Jika bayi tidak fokus, Pengasuh menarik perhatian bayi dengan memanggil nama bayi berulang kali supaya bayi meneroka bakul tersebut.
10.   Pengasuh galakkan bayi untuk mengambil dan menggenggam objek dalam bakul.
11.   Biarkan bayi cuba mengambil dan merasa bentuk objek dalam bakul.
12.   Pengasuh menepuk tangan  dan member pujian apabila bayi Berjaya mengambil baarang-barang dari bakul tersebut.
13.   Puji  bayi dengan kata-kata mesra.
Perhatian
1.       Pastikan ruang aktiviti bayi serta bahan yang digunakan bersih dan selamat.
2.       Pastikan bayi sihat sebelum menjalankan aktiviti
3.       Pastikan peralatan yang digunakan untuk aktiviti sesuai untuk bayi.


RPA 3 : JOM SENTUH DAN RASA

Nama 

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 2   tahun
Bil Kanak-Kanak
2 orang
Tema

Tajuk
Jom sentuh dan rasa
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh menyentuh dan merasa tekstur tepung jagung.
Objektif
1.       Kanak2 boleh  melihat perubahan tekstur tepung jagung kepada doh (Perk. D&PDP)
4.       Kanak2 boleh mengenggam dan menguli doh. (Perk. Fizikal)
5.       Kanak-kanakboleh membancuh dan  menguli doh bersama-sama. (Perk. SSE&K)
Senarai bahan/alat
1.       Tepung jagung
2.       Air
3.       Sudu
4.       Besen
5.       Apron
6.       Tuala bersih
Ruang aktiviti
Ruang  aktiviti kanak-kanak
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2@ ke ruang aktiviti .
2.       Pengasuh menarik perhatian kanak-kanak dengan menyanyikan satu lagu sambil bertepuk tangan dengan kanak2.
3.       Pengasuh beritahu pada kanak-kanak apa aktiviti yang akan dijalankan.
4.       Pengasuh masukkan tepung jagung ke dalam besen dan minta kanak-kanak  meramas dan rasa tekstur tepung jagung tersebut.
5.       Pengasuh campurkan air ke dalam tepung jagung dan gaulkan menggunakan sudu atau jari. Pastikan campuran tidak terlalu keras atau terlalu lembik bila dipegang.
6.       Tanya pada kanak-kanak
“ Siapa yang nak main tepung hari ini”
“Siapa yang nak rasa sentuh tepung  yang kadang-kadang ia keras dan kadang-kadang ia lembki”
7.       Pengasuh beri peluang kepada kanak-kanak meneroka doh itu . Lihat samada kanak-kanak menunjukkan rasa geli untuk memegang doh lembik itu atau tidak.
8.       Beri galakan kepada kanak-kanak untuk pegang dan genggam doh.
9.       Sekiranya kanak-kanak tidak mahu memegangnya, pengasuh boleh ambil sedikit bancuhan tepung dan letakkan di tapak tangan.
10.   Biarkan bancuhan tepung mencair di tapak tangan pengasuh.
11.   Tunjukkan pada kanak-kanak dan terangkan padanya apa yang berlaku.
‘Tengok ni, cikgu pegang benda ini di tangan, ia rasa keras”.
12.   Berikan pujian terhadap respon positif kanak-kanak.
Perhatian
1.Pastikan ruang aktiviti  serta bahan yang digunakan sesuai dan selamat.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan kanak-kanak dipakaikan apron.



RPA 4 : CUBA RASA APA DALAM BEG KERTAS

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 2   tahun
Bil Kanak-Kanak
2 orang
Tema

Tajuk
Cuba rasa apa dalam beg kertas
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh merasa menggunakan jarinya.
Objektif
1.       Kanak2 boleh  menggunakan deria sentuh, lihat dan dengar (Perk. D&PDP)
2.       Kanak2 boleh  menamakan objek di dalam beg. (Perk. BLA&K))
3.       Kanak-kanakboleh mengasingkan objek yang sama . (Perk. AM&PL))
Senarai bahan/alat
1.       Beg kertas
2.       3 bekas@kotak kecil
3.       Enam objek yang biasa dengan kanak-kanak tatih ( setiap dua objek adalah sama)
-          2 bola kecil
-          2 kereta mainan
-          2 sudu plastic
Ruang aktiviti
Ruang  aktiviti kanak-kanak
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2@ ke ruang aktiviti .
2.       Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak.
3.       Pengasuh tunjukkan beg kertas yang berisi enam objek kepada kanak-kanak.
4.       Pengasuh Tanya pada kanak-kanak
“ Siapa tahu, apa ada dalam beg ini”
5.       Pengasuh menggoncangkan beg kertas tersebut dan minta kanak-kanak dengar.
6.       Pengasuh Tanya lagi soalan “ Siapa tahu, ada apa dalam beg ini?”
7.       Pengasuh minta kanak-kanak masukkan tangan dalam beg dan rasa objek dalam beg.
8.       Beri peluang kepada kanak-kanak meneroka objek yang dirasa dalam beg kertas tersebut.
9.       Pengasuh minta kanak-kanak teka objek yang dirasa.
10.   Pengasuh minta kanak-kanak keluarkan objek dari beg satu  persatu.
11.   Pengasuh minta kanak-kanak lihat dan amati  objek yang ada di tangannya dan Tanya “ Apa ini”
12.   Pengasuh galakkan kanak-kanak sebut objek dan namakan  yang dikeluarkan
13.   Pengasuh minta kanak-kanak letak dan asingkan objek yang sama dalam bekas@kotak kecil yang berlainan.
14.   Pengasuh beri pujian kepada kanak-kanak apabila aktiviti ini selesai.

Perhatian
1.Pastikan ruang aktiviti  serta bahan yang digunakan sesuai dan selamat.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan ruang dan peralatan dikemaskan selepas aktiviti.



RPA 5 : AIR SEJUK DAN AIR PANAS

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 3   tahun
Bil Kanak-Kanak
2 orang
Tema
Air
Tajuk
Air Sejuk dan  air panas
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh faham konsep sejuk dan panas.
Objektif
1.       Kanak2 boleh  membezakan air sejuk dan air panas (Perk. D&PDP)
4.       Kanak2 boleh  sebut perkataan sejuk dan panas. (Perk. BLA&K))
5.       Kanak-kanak boleh tahu  warna air yangsejuk dan air yang panas  . (Perk. AM&PL))
Senarai bahan/alat
1.       Ais
2.       Air suam
3.       Air panas
4.       Besen
5.       2 Pewarna makanan
6.       Apron
Ruang aktiviti
Ruang  aktiviti kanak-kanak
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2@ ke ruang aktiviti .
2.       Pegasuh memakaikan kanak-kanak dengan apron
3.       Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak mengenai air minuman yang sejuk dan panas.
4.       Pengasuh sediakan air di dalam sebuah bekas bagi membolehkan kanak-kanak merasai perbezaan panas dan sejuk dalam pelbagai keadaan seperti :
-          Ais
-          Air dari peti sejuk
-          Air di suhu bilik biasa
-          Air yang dipanaskan
-          Air sejuk yang ditambah air panas

5.       Galakkan kanak-kanak menyentuh air dengan jarinya dengan berkata:
Cuba sentuh, sejuk ke panas
6.       Pengasuh minta kanak-kanak sebut dan ulang perkataan sejuk dan panas.
7.       Pengasuh masukkan sedikit warna dalam air yang berlainan suhu tadi.
8.       Pengasuh boleh beri kanak-kanak peluang untuk titikkan warna dalam air.
9.       Pengasuh beritahu warna pada air dan minta kanak-kanak sebut warna-warna tersebut.
10.   Pengasuh beri galakan dan pujian kepada kanak-kanak

Perhatian
1.       Pastikan ruang aktiviti  serta bahan yang digunakan sesuai dan selamat.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
3.       Pastikan air tidak terlalu panas.



RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 6 : KERETA SAYA

Nama Peserta

No. K/P

Hari/Tarikh

Masa

Umur
 4   tahun
Bil Kanak-Kanak
3  orang
Tema
Kenderaan
Tajuk
Kereta saya
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Pengetahuan sedia ada
Kanak-Kanak sudah boleh tahu  mengenai kereta ayahnya.
Objektif
1.       Kanak2 boleh faham mengenai kereta yang boleh bergerak (Perk. D&PDP)
2.       Kanak2 boleh  menamakan bahagian-bahagian kereta (Perk. BLA&K))
3.       Kanak-kanak boleh mengikut arahan (Perk.  SSE&K))
Senarai bahan/alat
1.       Kereta mainan buat sendiri dari kotak
2.       Kad Parkir
3.       Lampu isyarat
Ruang aktiviti
Kawasan laman TASKA
Langkah-langkah Perlaksanaan
1.       Pengasuh membawa knk2 laman TASKA .
2.       Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak sambil membuat senaman ringan.
3.       Pengasuh minta kanak-kanak nyanyi lagu “ bapaku pulang dari Kota’ sambil membuat aksi sedang memandu kereta.
4.       Pengasuh bercerita mengenai bahagian-bahagian kereta iaitu roda, pintu, stereng dan tempat duduk.
5.       Pengasuh mengarahkan kanak-kanak membawa kereta olok-oloknya mengelilingi halaman TASKA.
6.       Pengasuh mengarahkan kanak-kanak mematuhi lampu isyarat yang ada di laman TASKA.
7.       Pengasuh meminta kanak-kanak parker keretanya di kad parker setelah puas memandu.
8.       Pengasuh minta kanak-kanak duduk di atas tikar.
9.       Pengasuh beritahu kanak-kanak bahawa roda di kereta boleh bergerak.
10.   Pengasuh minta kanak-kanak naynyi sekali lagi.
11.   Pengasuh beri pujian dan ucap terima kasih pada kanak-kanak.

Perhatian
1.       Pastikan ruang  halaman TASKA  sesuai dan selamat untuk jalankan aktiviti.
2.       Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti



NAK DAPATKAN IDEA AKTIVITI KANAK-KANAK MELALUI BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK ?

DAPATKAN PELBAGAI IDEA MELALUI

ebook 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK

KLIK DI SINI untuk tempahan




Dapatkan EBOOK RPA yang lengkap sekarang.




No comments:

Post a Comment