Sunday 16 August 2015

Belajar melalui Bermain

Teks dan foto oleh : Nor Azura Ismail
Rujukan : Buku Modul PERMATA



Bermain adalah tugas utama dan tugas paling hakiki bagi kanak-kanak. Tidak sempurna kehidupan seseorang kanak-kanak tanpa mendapat peluang untuk bermain dengan sepuasnya.  Maksudnya kanak-kanak bebas untuk mengisi masa mereka dengan hanya bermain dan terus bermain tanpa hentinya. 

Hakikatnya bermain merupakan satu kaedah@cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran anak-anak. Tak perlu bersusah mewujudkan suasana pembelajaran secara formal, hanya melalui bermain anak-anak dapat belajar pelbagai perkara. 
Kanak-kanak belajar melalui bermain.

Apakah istimewanya bermain; apakah yang dapat diperolehi oleh kanak-kanak apabila bermain?
Ramai ibubapa masih tidak tahu bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain. 
Jom saya kongsikan bersama kebaikan bermain untuk kanak-kanak.

  • Kanak-kanak akan melibatkan diri dengan pengalaman secara langsung.
  • Kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai peralatan permainan atau bahan di persekitarannya secara kreatif.
  • Kanak-kanak  bebas  melahirkan imiginasinya.
  • Kanak-kanak  bebas bergerak, bermain, bekerjasama, berkongsi  dengan kawan-kawan sebaya.
  • Kanak-kanak   dapat berinteraksi tanpa had.
  • Kanak-kanak merasa gembira serta  seronok  dan seterusnya dapat membina sahsiah dan emosi diri yang positif.
  • Kanak-kanak dapat meningkatkan kecergasan diri apabila bermain terutamanya jika mereka bermain dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal secara aktif.
  • Kanak-kanak dapat meningkatkan kebolehan berfikir ketika bermain serta meningkatkan kebolehan serta kemahiran tertentu dalam diri mereka..


Mengikut panduan Kurikulum PERMATA Negara, terdapat beberapa jenis permainan yang dapat menggalakkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak;


1.   Permainan Bebas – Kanak-kanak bebas bermain berdasarkan minat  dan apa yang mereka pilih sendiri.Permainan bebas memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, membuat eksperimen dan menunjukkan kreativiti mereka.

Cth :  Main blok secara bebas.

2.       Permainan Manipulatif- Kanak-kanak memanipulasi bahan atau peralatan semasa bermain.  Aktiviti permainan jenis ini biasanya dirancang oleh pendidik. Permainan jenis ini dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan idea, imiginasi dan kerativiti mereka. Kanak-kanak akan merasa seronok dan dapat juga meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak.
Contoh : Membina blok menjadi menara tinggi.

3.       Permainan Fizikal – Ialah permainan yang melibatkan pergerakan fizikal samada dijalankan di dalam bangunan atau di luar bangunan. Permainan jenis ini banyak membantu meningkatkan kecergasan sera kemahiran moto kasar dan moto halus kanak-kanak.
Contoh : bermain di playground

4.       Permainan Bahasa – permainan bahasa bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar.
Contoh :  bercerita atau berbual semasa bermain pondok@main masak-masak.



5.       Permaianan sensori – Ia adalah permainan yang melibatkan penggunaan deria untuk mendengar, melihat, merasa dan menghidu.
Contoh : meramas dan menguli tepung, main pasir @ main air.

6.       Permainan Kreatif – permainan yang melibatkan imiginasi dan rekacipta melalui bahan yang disediakan atau apa sahaja bahan dlam persekitaran kanak-kanak.
Contoh: membuat kereta daripada kotak atau menghasilkan sesuatu daripada sehelai kertas.



7.       Permainan Kognitif – permainan yang melibatkan pemikiran logic, penyelesaian masalah dan juga aktiviti berkaitan awal matematik.
Contoh : main memadankan dan mengumpul bahan yang sama warna.



8.       Permainan traditional – pelbagai permainan yang telah dimain sejak dari dulu lagi dan masih boleh di main oleh kanak-kanak masakini.
Cth : main congkak dan main teng teng.


Peranan kitasebagai orang dewasa ialah kita perlu faham jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut tahap perkembangan serta kebolehan kanak-kanak. Dengan ini, kita dapat membantu menjadikan bermain bukan hanya sekadar bermain sahaja tetapi  dapat membolehkan kanak-kanak belajar melalui bermain. 
Sekian. Terima kasih.

** Semua foto permainan di atas ada dalam ebook ini. Jom dapatkan lagi  koleksi pelbagai idea permainan untuk kanak-kanak yang lain  melalui ebook ini.



No comments:

Post a Comment