Tuesday 15 September 2015

JEREBU ALAM VS JEREBU KEHIDUPAN



Oleh : Nor Azura Ismail
Foto : Google
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com


Assalam dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog saya yang budiman,

Hari ini saya tergerak hati ingin menulis mengenai jerebu. Jerebu iaitu satu fenomena yang kian gawat yang   kini sedang melanda negara kita dan beberapa negara jiran di sekitar.
Apakah puncanya?
Semuanya tidak lain berpunca daripada kerakusan manusia sendiri terhadap alam semulajadi ciptaan Tuhan  ini. Pembakaran hutan untuk tujuan pertanian  yang berleluasa di negara jiran  ditambah pula dengan musim tiupan angin monsun barat daya yang bergerak secara perlahan, turut menyumbang kepada faktor bertambah teruknya keadaan jerebu akhir-akhir ini.



Akan tetapi, teruk sangatkah  dan bahayakah jerebu ini?
Ya, jerebu yang disebabkan oleh asap boleh menyerap masuk  ke paru-paru seseorang  dan boleh mengakibatkan keadaan kesihatan seseorang terganggu seperti mendapat batuk, pedih penglihatan dan rasa sesak apatah lagi jika seseorang itu berada dalam kumpulan berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan juga orang tua.


Beberapa hari lalu kerika saya mamandu di sepanjang lebuhraya PLUS dari tol Pedas Linggi menuju ke Nilai, hampir terganggu penglihatan saya dek kerana jerebu yang kian kelihatan menebal.Jarak penglihatan menjadi pendek hingga kurang jelas kelihatan apa yang berada di pandangan hadapan.

Semalam pula, ketika anak-anak telah bersiap untuk ke sekolah, tiba-tiba jiran sebelah menegur dan memaklumkan bahawa hari itu semua sekolah di negeri Selangor, Putrajaya, NS dan Melaka di arahkan tutup kerana bacaan IPU sudah mencecah 200. Aduhai tak baca pula berita yang diumumkan pada malam sebelumnya. Maka kecohlah ibu dan bapa, pening seketika, pening memikirkan ke mana anak harus diletakkan sementara mereka terpaksa juga keluar bekerja.

Ada rakan-rakan pengusaha TASKA yang saya kenali, terpaksa berbalah pendapat dengan ibu bapa apabila mereka juga bercadang menutup TASKA tetapi tidak dipersetujui oleh ibu bapa.
Bila sekolah  diarah tutup maka TASKA pula dibanjiri oleh anak-anak  dihantar  transit.

Jom merenung seketika disebalik  fenomena jerebu ini. Jom buka mata hati kita . Mari kita cuba melihat jerebu yang secara tiba-tiba menjadi acara tahunan ini, kita lihat kehadirannya dari satu sudut pandangan lain iaitu pandangan hati yang dalam. Tentu tersirat pelbagai hikmah dan pengajaran yang tidak kita sedari di dalamnya . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian alam yang diizinkanNYA untuk berlaku.
Masih ingat lagi tak, yang kita belajar dahulu mungkin di sekolah, antara tanda-tanda sebelum berlakunya  kiamat ialah apabila bumi mula diselubungi oleh asap-asap yang tebal.
Walahhualam.

Apapun jerebu mengingatkan kita untuk belajar mencintai alam semulajadai. Jerebu mengingatkan kita kepada DIA yang Maha Berkuasa atas segalanya. Jerebu turut mengajar insan untuk saling berpesan pada setiap orang supaya bijak menjaga kesihatan di musim jerebu ini. Jerebu melahirkan kasih sayang dan keperihatinan sesama insan.

Dalam diam, jerebu juga turut menlonjakkan penjualan topeng muka, maka berlipatgandalah  keuntungan perniagaan  topeng muka di saat jerebu yang melanda ini.

Itulah fenomena  jerebu alam. Bagaimana pula jerebu yang sedang melanda di hati-hati kita?
Jerebu Alam Vs Jerebu Kehidupan.
Jerebu memang sering bertandang di hati kerana setiap manusia tak pernah lari dari pelbagai masalah kehidupan di dunia. Tiada kehidupan tanpa masalah. malah apabila hilang  roh dari jasad juga, itu merupakan suatu masalah juga untuk kita yang bergelar hambaNya.

Kalau jerebu alam, kita mengatasi antaranya  dengan memakai topeng muka, kita mengambil pelbagai langkah keselamatan. Lalu, bagaimana pula jerebu yang melanda kehidupan kita hari ini?

Jerebu kehidupan apabila ;

- Yang miskin terus miskin
- Yang baik di kata buruk
- Yang buruk di puja-puja
- Yang kaya hanya terus kaya sendiri
- Yang teraniaya terus dianyai
- Yang ada tidak dihargai
- Yang tiada terus ditagih.
- Yang sombong terus membangga diri
- Yang hina terhina lah selamanya..
- Yang berkeluarga mementingkan diri
- Yang lemah terus dibuli

dan macam-macam lagi...

Bagaimana pula jerebu yang sedang melanda kehidupan anak-anak kita ?

Jerebu Alam Vs Jerebu kehidupan Anak-Anak!

- yang berjalan tiada sopannya
- yang bergaul tiada akhlaknya
- yang berkawan tiada batasnya
- Yang berpakaian umpama bertelanjang
- Yang lahir tiada diingini
- Yang lahir terus dibuang
- Yang lahir terhina dipandang nista
- Yang ada tidak disayangi
- Yang di sisi tidak dihargai
- Yang kecil didera emosi dan fizikal
- Yang hidupnya dipenuhi kemewahan
- yang manjanya terlalu berlebihan
- Yang imannya tak pernah dipupuk
- Yang pendidikan akhlaknya tipis sekali
- Yang harinya leka dengan gadget
- Yang cilik dipaksa pandai segera
- Yang comel dimarah selalu
- Yang menagih kasih di tinggal-tingalkan..


Lalu, bagaimana? bagaimanakah kita sebagai ibubapa, pengasuh, pendidik dan masyarakat setempat mengatasi semua ini apatah lagi jerebu dalam kehidupan anak-kanak kita? bagaimana kita melihat jerebu alam dan memuhasah jerebu dalam kehidupan kita?
Jerebu Alam Vs Jerebu Kehidupan.

Hakikatnya  jerebu alam datang ada waktunya namun jerebu dalam kehidupan kita siling berganti tiada hentinya. Tunggulah satu saat , bila semuanya telah berakhir.


TUHAN, berikan kami petunjuk.
TUHAN  kami mengharap Rahmat dan Simpati dari Mu
Kasihanilah kami hamba-hambuMU  yang lemah ini.
Siapalah kami tanpa secebis Rahmat dan Redha  dariMu


No comments:

Post a Comment