Tuesday 29 September 2015

Tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sumber : Buku Modul Asuhan PERMATA

TAHAP/ MILESTONE  PERKEMBANGAN  SOSIOEMOSI
   (KANAK-KANAK 0-4 TAHUN)

Setiap pendidik dan pengasuh mestilah memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak mengikut umur mereka supaya dapat menjangka dan membantu perkembangan mereka.Berikut adalah milestone (pencapaian) perkembangan bayi dan kanak-kanak dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak 0-4 tahun.

Milestone perkembangan sosioemosi bayi 
0-3 BULAN
3-6 BULAN
6-12 BULAN
·  Boleh senyum
·  Boleh mengamati wajah apabila berada dalam jarak dekat
·  Boleh buat eye-contact jika didekatkan muka
·  Boleh berhenti menangis apabila melihat mendengar suara atau merasai kehadiran orang yang rapat dengannya
·  Suka dipegang/sentuh oleh orang yangrapat
·  Boleh mengenali ibubapanya
·  Ketawa apabila diagah
·  Boleh mengzahirkan mood melalui ekspresi muka
·  Boleh membuat bunyi apabila ketawa
·  Boleh menunjukkan gembira melalui pergerakan kaki/tangan ekspresi muka
·  Beri tindak balas positif terhadap kata lembut
·  Boleh bezakan antara pendidik/ibu/pengasuh/dengan orang lain
·  Boleh beri reaksi kepada bunyi
·  Ketawa apabila ada sesuatu yang mencuit hati
·  Boleh melihat diri dalam cermin,tahu nama sendiri dan respon apabila dipanggil
·  Boleh meniru perlakuan orang lain
·  Boleh mengikut arahan mudah



Milestone perkembangan sosioemosi KANAK-KANAK :
1-2 TAHUN
2-3 TAHUN
3-4 TAHUN
·  Boleh memeluk dan memberi ciuman
·  Boleh menunjukkan tantrum apabila ada sesuatu yang tidak menyenangkan
·  Boleh menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberi kepada orang lain
·  Boleh membantu mengutip mainan dan meletak mainan mengikut arahan
·  Boleh membezakan keadaan yang berbahaya
·  Suka melihat diri dalam cermin
·  Suka menunjukkan sikap membantah seperti tidak mahu pakai baju
·  Mula menunjukkan sikap berdikari.Contoh: hendak berjalan sendiri,tidak mahu didukung atau mahu makan sendiri
·  Mula menyedari perasaan orang lain
·  Boleh meneruskan semula aktiviti yang tertinggal sementara
·  Boleh menyedari ketakutan dan kebimbangan orang lain terhadap dirinya
·  Boleh menunjukkan kelangsangan fizikal bila kemahuannya tidak dipenuhi/kecewa atau marah
·  Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan segera
·  Boleh mengenali diri dalam gambar/video
·  Memperhatikan dan meniru cara kanak-kanak lain bermain,turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian
·  Boleh membina persahabatan dengan rakan sebaya
·  Boleh mengikut kata,mendengar arahan dan mematuhi peratura yang ditetapkan oleh orang dewasa
·  Suka bertanya dan sangat berminat untuk mendapat pengalaman baru.Misalnya sangat teruja jika melawat ke zoo
·  Boleh menjangka kesan perbuatan sendiri
·  Tunjukkan rasa kasih sayang dengan kata-kata
·  Mula menunjukkan perasaan malu
·  Mula mempelajari cara mengawal diri(displin) dengan bimbingan orang dewasa
·  Mula memahami kuasa yang lebih Besar dan Agung (tuhan)
·  Mula menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tugas yang diberikan
·  Boleh mempamerkan sikap bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara
·  Boleh menyesuaikan diri dalam situasi baru
·  Mula mempercayai orang dewasa
·  Boleh mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal emosi
·  Sudah mempunyai sifat berani dan yakin diri
·  Boleh menghormati harta benda/barang permainan
·  Boleh berfikir cara menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya
·  Mula menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang dewasa


 DAPATKAN EBOOK DI BAWAH JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TERJUN DALAM KERJAYA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
whatapp 0167235080 untuk tempahan.

RM 25

RM 30

2 comments: