Monday, 2 November 2015

Selamat menduduki SPM dan STP anak-anakku

Teks Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Saya mempunyai 8 orang anak yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan kemahiran serta kebolehan dari pelbagai sudut dan aspek  yang berbeza, samada dari sudut akademik maupun kemahiran lain.
Dalam yang 8 orang tu, Tsaqif dan Siti Sarah merupakan 2 orang anak saya yang paling cemerlang dalam akdemik mereka. Saya tidak pernah membezakan anak dan saya memandang setiap anak mempunyai  kelebihan dan kepintaran masing-masing. Setiap anak ada kejayaan dan target mereka masing-masing.

Menjelang SPM dan STPM.
02 Nov 2015 merupakan tarikh penting untuk anak ketiga saya Muhammad Tsaqif Al Mukmin dimana hari ini Tsaqif akan mula menduduki peperiksaan SPM nya. Manakala anak kedua saya Siti Sarah pula akan mula menduduki STPM yang  bermula 03 Nov.

Anak saya Tsaqif bersekolah di MRSM Pengkalan Hulu Perak. Telah mula memasuki asrama penuh sejak di Tingkatan 1 lagi. Dengan kata lain,  banyak masa remaja nya dihabiskan di sekolah berasrama penuh. Tasqif jarang berada di rumah bersama keluarga kecuali jika cuti umum tertentu atau cuti sekolah. Sejak dari sekolah rendah lagi Tsaqif telah mula menunjukkan kecemerlangan dalam akademiknya. Cuma, yang istimewanya, kecerdikan akademiknya seolah seperti satu pemberian dari Allah. Dia kurang menelaah pelajaran dengan bersungguh, cukup dengan memberi perhatian dalam kelas. Itupun kekadang bila dalam kelas, tumpuannya melayang entah ke mana. Tapi, pelik bila 'exam' dia boleh 'score' walaupun tak 'score' tinggi.
Walau pun begitu , saya dan suami selalu menasihatkan Tsaqif supaya menjadi orang yang rajin. tak cukup sekadar kepandaian sahaja tanpa kerajinan. Keduanya perlu, barulah boleh berjaya dalam kehidupan kelak. hakikatnya, walaupun pandai dalam akademik, sebenarnya sikap keanak-anakan Tsaqif sendiri masih banyak. Melihat anak sendiri, tak perasan sebenarnya dia dah semakin dewasa persis orang bujang.

Menjelang SPM, seperti biasa, kami berikan nasihat, dorongan dan harapan, semoga kau berjaya duhai anakku.

Siti Sarah yang di depan sekali

Siti Sarah pula memasuki Tingkatan 6 di Sekolah menengah Agama Persekutuan Labu di Negeri Sembilan. Siti Sarah merupakan pelajar cemerlang SPM ketika di sekolahnya dulu. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di UIA tetapi Siti Sarah memilih untuk melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 dalam aliran agama. Berbeza dengan Tsaqif walaupun Siti Sarah juga tinggal di asrama tapi dia lebih kerap balik ke rumah memandangkan sekolahnya di NS sahaja.

Berbeza sekali lagi dengan Tsaqif, Siti Sarah pula sangat rajin belajar. Saya gelarkan dia ulat buku. Dalam kehidupannya sebagai pelajar, dia tak campuradukkan dengan urusan lain. Yang dia tahu ialah menghadap buku dan terus belajar. Istimewanya Siti Sarah sentiasa mempunyai target dalam peperiksaannya. Dalam STPM kali ini Siti Sarah target untuk dapat semua A. Dia sanggup 'repeat paper' walaupun dapat B.

Saya selalu jadikan contoh Siti Sarah kepada adik-adiknya yang lain. begitu juga dengan kawan-kawan di sekolah, Siti Sarah  sering jadi contoh samada dari segi pelajaran dan juga sikapnya kepada kawan-kawan lain. Selalunya Siti Sarah akan kendalikan kelas tambahan untu kawan-kawannya.

Semoga Siti Sarah juga bakal cemerlang dalam STPM nya.

Untuk anak-anak ku Siti Sarah dan Tsaqif , didoakan yang terbaik buat kalian. Cemerlang kalian di dunia ini suatu kebanggaan dan kesyukuran . Cemerlang kalian di akhirat kelak suatu yang sangat diharapkan bakal menjadi cahaya menerangi keseluruhan kehidupan mu di dunia dan di akhirat.

Akhirkata untuk anak-anak ku, selamat menduduki peperiksaan. Jawablah dengan tenang dan teratur. InsyAllah kejayaan bakal mengiringi kalian.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment