Monday 28 December 2015

Amalan asuhan positif di TASKA



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com

Foto : Carian google


TASKA merupakan suatu tempat di mana kanak-kanak  ditinggalkan sementara untuk di jaga dan diasuh sepanjang ibubapa atau penjaganya keluar bekerja.
Begitu besar dan pentingnya  khidmat dan yang disediakan oleh pihak TASKA. Tinggi pula amanah yang perlu dipikul oleh pihak TASKA dalam mengasuh dan mendidik  anak-anak ini.

Antara perkara penting yang dapat menjamin kesejahteraan pengasuhan dan penjagaan anak-anak di TASKA ialah amalan asuhan positif di TASKA di mana pengasuh mengamalkan nilai asuhan yang baik atau sebaliknya.

Ibu bapa yang ingin mencari TASKA yang sesuai , pastinya inginkan TASKA yang berkualiti dari pelbagai aspek termasuklah dari aspek amalan asuhan yang diaplikasi oleh pengasuh dalam tugasannya. Ibubapa pastinya tidak tahu sejauhmana nilai yang diamalkan di TASKA di belakang mereka. Anak2 pula tidak pandai bercerita sangat kepada ibubapa tentang bagaimana pengasuh mengasuh mereka di TASKA. Kekadang pengusaha juga tidak tahu sejauhmana nilai sebenar yang diaplikasikan oleh para pengasuh ketika menguruskan anak-anak di TASKA. Adakah para pengasuh@pendidik di TASKA  mengaplikasikan amalan asuhan positif di TASKA?

Pengasuh sendiri wajib  mempunyai sikap yang amanah dan tahu tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pengasuh atau pendidik awal kanak-kanak. Walaupun ibu bapa tidak tahu dan tidak melihat,  yang pasti, Allah melihat segalanya yang tersirat di luar  dan yang tersembunyi di dalam hati.

Setiap pengasuh  perlu faham bahawa bagaimana amalan asuhan yang diterapkan di TASKA, semuanya boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, sangat penting semua pendidik@pangasuh di TASKA mengamalkan nilai asuhan yang positif terhadap anak-anak di TASKA.

Berikut adalah amalan asuhan positif di TASKA  yang perlu diamalkan oleh setiap pengasuh di TASKA. Sekiranya anda sebagai pengasuh tiada nilai seperti ini, anda sememangnya  tidak sesuai unuk menjadi pengasuh@pendidik kepada anak2.


1    Adil kepada semua kanak-kanak tanpa mengira rupa, latarbelakang atau kebolehan kanak-kanak. Contohnya bila memberi pujian kepada kanak-kanak, pengasuh perlu beri pujian kepada semua kanak-kanak. Begitu juga bila beri perhatian , jangan hanya memilih anak-anak yang comel sahaja dan meminggirkan anak-anak yang kelihatan kurang dari beberapa sudut. Belajar berlaku adil kepada semua anak-anak di TASKA. Elakkan sama sekali sikap pilih kasih.

2.      Memberi sentuhan dan belaian – Tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak yang sememangnya fitrah mereka inginkan belaian dan sentuhan daripada orang yang mengasuhnya. Kanak-kanak di TASKA akan mudah rapat dan mesra denga pengasuh bila penngasuh selalu beri perhatian, menyentuh , membelai dan memeluknya.
Melalui sentuhan dan belaian, anak-anak juga akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Tinggalkan sikap suka menjerit , menengking dan memarahi anak-anak di TASKA.


3.      Menghormati hak dan pilihan kanak-kanak
Berikan anak-anak pilihan untuk memilih sesuatu yang disukainya. Jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu yang dia tidak mahu buat. Beri galakan dan dorongan bukan memaksa.
Contohnya mungkin pada hari itu emosi anak terganggu dan tidak mahu membuat aktiviti yang disuruh pengasuh. Gunakan kemahiran anda untuk menarik perhatian anak. Jangan marah dan jangan memaksa. Biarkan mereka buat pilihan. Sama juga dengan hak dan pilihan anak-anak untuk bermain dan terus bermain.
Usah mencantas keinginaan anak-anak untuk bermain.

4.      Menghormati kepercayaan dan cara hidup kanak-kanak
Kanak-kanak di TASKA tentu terdiri dari perlbagai kaum, agama, kepercyaan dan latarbelakang kehidupan. Pengasuh perklu belajar menghormati cara hidup kanak-kanak berdasarkan latarbelakang keluarga mereka. Contoh jika anak cina makan menggunakan sudu, biarkan ketika di TASKA mereka turut makan sepertimana kebiasaan amalan mereka di rumah. Beri mereka pilihan.

5.      Ikhlas dan bertimbang rasa
Mengasuh anak-anak megikut cara dan SOP yang betul menunjukkan bahawa pengasuh ikhlas dalam kerjanya mengasuh dan mendidik anak-anak di TASKA. Sentiasa bertimbangrasa dalam menggendalikan pelbagai kerenah dan ragam kanak-kanak yang pelbagai di TASKA.

6.      Menerima semua kanak-kanak seadanya.
Semua kanak-kanak mempunyai potensi yang berlainan juga tahap perkembangan yang berbeza. Ada anak-anak yang cepat belajar sesuatu dan ada juga yang sebaliknya.
Oleh itu, pengasuh perlu melayan anak-anak secara umum dan jangan memaksa anak-anak melakukan sesuatu di luar kebolehannya.
Ada anak-anak yang cepat mempelajari sesuatu dan ada juga sebaliknya. Amalan bersikap terbuka dan memahami perkembangan kanak-kanak perlu ada dalam diri setiap pengasuh.

7.     
      Menunjukkan empati kepada kanak-kanak
Menunjukkan empati atau prihatin dan minat dengan apa yang kanak2 buat atau ingin katakan. Kanak-kanak akan merasa diri mereka diberi perhatian dan dihargai oleh pengasuh.


8.      Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak
Jangan melabel kanak-kanak dengan perkataan 2 tertentu untuk mengambarkan sikap atau imej kanak-kanak. Ini mungkin akan menyebabkan pengasuh sendiri  yang mewujudkan  emosi  negatif dalam diri anak-anak. Anak2 akan merasa rendah diri dan mempunyai keyakinan diri yang rendah.


Baiklah, dah tahu amalan asuhan  positif di TASKA, oleh itu jika anda seorang pengusaha, pengasuh@pendidik di TASKA, jom amalkan.

Jadikan TASKA anda TASKA yang professional yang bakal melahirkan anak2 yang sihat, cergas, ceria, aktif serta kreatif. Aplikasikan amalan asuhan positif di TASKA demi untuk perkembangan anak-anak TASKA yang positif.




Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment