Friday 18 December 2015

Penawar untuk batuk

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Batuk adalah antara penyakit biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya apabila anak-anak dilanda batuk yang berterusan terutama sekali anak-anak di bawah 4 tahun, tentu anda sebagai ibu bapa susah hati dan kasihan melihat anak terbatuk-batuk.

Anda sendiri jika batuk, apakah yang anda akan lakukan? Aduh, tidak dapat dinafikan antara penyakit biasa yang boleh mengganggu urusan seharian anda ialah batuk apatah lagi jika batuk tersebut berterusan dalam jangka waktu yang lama. Jika yang bekerja sebagai pengasuh@pendidik di TASKA tentu terpaksa ambil cuti rehat yang lama kerana bimbang pulak kalau batuk anda menjangkiti anak2 yang lain.

Sewaktu saya sedang menulis entri ini, kebetulan saya memang sedang mengalami batuk yang agak kronik juga. Dah nak masuk satu bulan saya batuk. Dah berbotol ubat batuk saya telan. Ubatan traditional juga telah saya cuba. Namun, batuk saya ini masih juga berterusan. Susahnya nak menahan batuk bila tekak mula terasa gatal yang keterlaluan. Malu pula nak melepaskan batuk yang beria-ria di khalayak ramai. Hah, sebagai alternatif, sepanjang batuk ni, saya senantiasa bawa air kosong bersama. Bila terasa nak batuk, saya teguk air kosong untuk mengurangkan rasa gatal di tekak. namun, saya masih juga terus batuk berlarutan siang dan malam.

Antara tugasan harian saya ialah mengajar. Aduh, kalau ketika mengajar dalam kelas , memang amat mencabar betul tatkala batuk ni. Ada masanya saya terpaksa beri tugasan yang banyak kepada pelajar bagi mengurangkan saya daripada perlu bercakap banyak.

Entah bagaimana saya terjumpa satu cara yang di sampaikan oleh seorang ustaz mengenai antara cara untuk mengubati batuk. Kita perlu berusaha namun Allah jua yang menyembuhkannya.

Caranya begini:

Ambil 40 kuntum bunga cengkih.
Baca pada bunga cengkih :
Alfatihah
Ayat Kursi
Satu ayat dari surah Yunus ayat 57; yang bermaksud " Ya Allah Ya Tuhanku, Sembuhkankahlah penyakit yang ada di dalam dadaku"


Disebabkan ustaz yang menyampaikan petua ini tidak memaklumkan cara bagaimana menggunakan bunga cengkih tersebut, maka saya telah merendamnya dalam air dan minum air tersebut. walau bagaimanpun hasilnya kurang nampak.

Akhirnya, disebabkan batuk saya tiada kelihatan kurangnya, saya telah mengunyah bunga cengkih tersebut kuntum demi kuntum pada selang waktu tertentu. Rasanya memang tak sedap dan agak pedar dan pedas tetapi kemudian tekak terasa berangin pula. Alhamdullillah, tanapa disedari akhirnya batuk saya mula berkurangan.

Saya cuba 'google' untuk mencari antara khasiat benga cengkih ini yang berkaitan dengan batuk;

Inilah yang saya perolehi;
Bunga cengkih ini mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .

Minyak cengkih membersih saluran pernafasan, bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan resdung, batuk dan asma.
Dan banyak lagi lah rupanya khasiat bunga cengkih, tumbuhan herba anugerah dari ALLAH ini.


Terima kasih Allah. Kaulah Yang Maha Menyembuhkan. Terima kasih kerana menyembuhkan batukku dan memudahkan semula segala urusan harianku.


 Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment