Thursday 30 April 2015

Rahsia didik dan asuh anak dengan betul

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri 26

Apakah rahsia didik dan asuh anak dengan betul? Apakah selama ini cara kita didik dan asuh anak adalah betul atau sebaliknya? Atau mungkin cara kita belum begitu berkesan lagi? 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bila dah menjadi buluh tentu sudah pasti tidak boleh di lentur lagi. Begitulah perumpamaan yang biasa kita dengar tentang hal mendidik anak. Ramai ibubapa muda dewasa ini kurang prihatin terhadap cara mendidik anak dengan betul. Mereka kurang ilmu dan kurang kemahiran keibubapaan kerana mungkin ibubapa sendiri tidak pernah sedar akan kepentingan mengetahui pendidikan yang terbaik untuk ank-anak. 

Pendidikan yang baik bukan bermaksud ibubapa perlu menghantar anak untuk mendapatkan pendidikan seawal usia di pusat-pusat perkembangan kanak-kanak yang kadar yurannya tentulah tinggi. Semua itu adalah sampingan sahaja. Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak tetap bermula dari rumah iaitu dari tangan tangan  ibubapanya sendiri.

Mendidik anak bukan hanya memberi makan kepada anak, bukan juga hanya memenuhi keperluan fizikal dan emosi anak malah lebih dari itu ibubapa perlu mengaplikasikan asuhan terbaik disamping menerapkan nilai-nilai murni  yang mampu membentuk keperibadian yanhg positif serta mulia dalam diri anak-anak ini.

Anak-anak ibarat kain putih,  mencorakkan ia dengan corak yang gelap dan malap maka dikhuatiri  akan buruklah pakaian peribadinya kelak. Begitu juga sebaliknya andai kita mencorakkannnya dengan corak yang cantik dan ceria maka  dengan izin Tuhan, anak-anak akan membesar sebagai individu yang faham peranan, tugas, peranan  dan tanggungjawabnya sebagai insan di atas muka bumi ini.

Ramai ibubapa dek kerana kesibukan bekerja mengambil mudah perihal mengasuh anak dengan cara betul dan mendidik jiwa anak ini. Kadang-kadang cara kita berbual dan berinteraksi dengan anak telah menunjukkan betapa gagalnya  kita menjadikan diri kita sebagai role model yang terbaik kepada anak-anak.
Kerana salah asuhan contoh membiarkan sahaja anak melakukan apa sahaja atau sikap telalu memanjakan anak,  tidaklah hairanlah jika anak-anak pandai bercakap kasar@melawan cakap dengan ibubapanya sendiri. Kerana salah didik juga anak-anak yang meningkat remaja boleh beralih arah dan menjadikan gajet atau  kawan-kawan sebagai peneman sejatinya, tempat mereka mengadu segalanya.

Anak-anak itulah harapan kita dimana kita sentiasa mengharapkan dan mendoakan mereka membesar menjadi anak-anak penyejuk mata kita. Mereka yang sangat kita harapkan sebagai peneman di hari tua kita nanti. Justeru itu dapatkah kita pastikan yang asuhan serta didikan yang kita berikan kepada mereka seawal usia kanak-kanak  adalah betul dan tepat. Adakah kita sendiri mampu menjadi pendidik terbaik kepada anak-anak sekaligus menjadi role model kepada mereka. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri.

Andai jawapannya tidak atau kurang pasti, masih belum terlambat untuk kita belajar dan terus belajar.Apakata hari ini kita selongkar rahsia didik dan asuh anak dengan betul. Mungkin ada dari rahsia ini yang telah kita ketahui tapi kita ingatkan semula pada di kita disamping kita perbaiki lagi kualiti diri kita sebagai ibubapa. 

Nak tahu rahsia didik dan asuh anak dengan betul , ebook
Panduan didik anak ini tentu dapat membantu anda. Saya sendiri telah pun membaca ebook ini dan banyak info, tip dan pengetahuan berguna telah saya perolehi hanya dengan pelaburan sebanyak RM 30 saja.

Antara kebaikan, rahsia, idea atau tip yang anda boleh perolehi dari ebook ini ialah : 


Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Anda dapat belajar dan sekaligus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik anak yang betul!.

Menangani Karenah Anak-Anak Anda Dengan Bijak!


Semuanya di dalam ebook Panduan Didik Anak. 
Dapatkan dengan harga cuma RM 30 sahaja.


Untuk anda, jom dapatkan ebook ini. Anda boleh membuat tempahan dengan klik pada borang tempahan di bawah.


**Acc pembayaran:
    Nor Azura Ismail
    Maybank  155126919215
    CIMB   7612806903



Wednesday 29 April 2015

Panduan dokumen Syarat dan Peraturan TASKA

Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Entri 25


Salam sejahtera semua. Untuk catatan hari ini, saya ingin kongsikan contoh bagaimana menyediakan dokumen syarat dan pereturan TASKA bagi bakal-bakal pengusaha di TASKA. 
Dokumen Syarat dan Peraturan TASKA ini juga boleh menjadi rujukan kepada para ibubapa yang sedang survey TASKA untuk anak masing-masing. Sekurang-kurangnya ibubapa sedia maklum akan apa syarat dan peraturan umum yang perlu diikuti di kebanyakan TASKA.

********************************************************************************


NAMA DAN LOGO TASKA

PERATURAN TASKA DAN SOP IBUBAPA



1.    PENGURUSAN TASKA

ü  TASKA __________________  adalah TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dengan No Perakuan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak __________ dan diuruskan dan diusahakan sepenuhnya oleh _____________________ .

ü  Berikut adalah  kakitangan yang terlibat dengan operasi TASKA :
Pengurusan & Pembimbing Awal Kanak-Kanak (PA)
·          
·          
·          
·          
·          


2.       KEHADIRAN

ü  Sila pastikan kehadiran yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada sering tidak hadir ke TASKA.
ü Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum 7.00 pagi) hendaklah dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan PA.
ü Menghantar anak-anak terlalu lewat ( selepas jam 9.00 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian daripada program yang telah dijalankan.
ü   Pihak TASKA perlu dimaklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir di atas sebarang sebab.

3.       WAKTU OPERASI

ü  Masa :          7.00 pagi -  6.00 petang
ü  Masa :          Sabtu (8.00 pagi – 1.00 petang)
ü  Hari :           Isnin –Jumaat dan Sabtu (minggu ii& iv sahaja)

4.       BUKU LOG HARIAN
ü Ibubapa dikehendaki mengisi Buku Log Harian yang perlu dibeli dari pihakTASKA  dengan harga RM15.
ü  Ibubapa juga perlu mencatatkan keadaan kesihatan dan fizikal anak serta sebarang maklumat yang perlu dimaklumkan kepada pihak TASKA.
ü  Ibubapa juga perlu memaklumkan kepada pihak TASKA sekiranya anak mendapat kemalangan di rumah (Lakarkan bahagian yang cedera dalam buku log)
ü    Buku Log Harian perlu dibawa setiap hari ke TASKA untuk dikemaskini.

5.    MENGHANTAR DAN MENJEMPUT ANAK

ü  Pastikan anak dihantar terus kepada pengasuh yang bertugas. JANGAN SEKALI-KALI MEWAKILKAN TUGAS MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK KEPADA ORANG LAIN!! Jika tiada pilihan, wakil mesti datang disertai bersama surat perwakilan yang ditandatangani oleh ibu bapa.
ü  Kanak-kanak hanya dibenarkan pulang bersama ibubapa ataupun mereka yang diwakili oleh ibubapa secara bertulis seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran.
ü  Ibubapa dikehendaki ‘punch in’ di tempat yang disediakan sebagai bukti kehadiran kanak-kanak ke TASKA.
ü    Selepas kad di ‘ punch in’ ibubapa dikehendaki membawa kad tersebut untuk disahkan oleh pendidik yang menyambut anak dan kemudian perkara yang sama perlu dilakukan oleh ibubapa sebelum ‘punch out’ keluar anak dari Taska.
ü Sewaktu menghantar kanak-kanak, Ibubapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan secara lisan keadaan kanak-kanak sekiranya mereka tidak sihat pada hari itu. (selain dari menulis dalam Buku Log harian Kanak-Kanak)
ü  Anak yang masih menyusu botol perlu disediakan 1 botol susu yang siap  dibancuh dari rumah
ü  Semasa mengambil anak (sebelum meninggalkan premis) harap pastikan :-
-      Anak tidak mengalami sebarang kecederaan (semasa dalam jagaan     Taska)
-   Jika ada tanda-tanda tercedera, sila bertanyakan terus kepada PA kanak-kanak.
-        Keperluan untuk di bawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor dan lain-lain semuanya ada di dalam beg dan tidak bertukar.
-      Kasut dan selipar ada pada anak.
-  Buku Log harian dan surat pekeliling (sekiranya ada) dibaca untuk tindakan lanjut.
Dengan ini adalah penting, pihak ibubapa mengamalkan komunikasi/hubungan yang baik dengan PA kanak-kanak dan pihak TASKA.

6.    APA YANG PERLU DIBAWA DARI RUMAH
ü  Anak-anak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan individu seperti :
·         Pakaian (4 set setiap hari)
·         Lampin pakai buang (6 keping setiap hari)
·         Bedak, minyak bayi, krim badan dan sikat
·         Keperluan mandian (sabun dan syampu, berus gigi dan ubat gigi)
·         Tuala (ditukarkan setiap minggu)
·    Susu formula untuk bayi (diletakkan didalam ‘compartment susu’) milo, nestum serta botol susu untuk bayi dan kanak-kanak dibawah umur 2 tahun sahaja. Kanak-kanak lebih 2 tahun tidak digalakkan menyusu botol , tetapi menggunakan ‘sip cup’
·         Plastik beg
·         Beg baju pagi/Beg baju petang
·         Keperluan perubatan (jika ada)

ü  Semua barang keperluan  kanak-kanak yang perlu dibawa tidak ditinggalkan di TASKA  kecuali tuala (seminggu sekali)
ü  Semua barangan kanak-kanak perlu dilabelkan oleh ibubapa
ü  Buku Log Harian

7.    APA YANG TIDAK BOLEH BAWA DARI RUMAH

ü  Barang permainan
ü  Barang kemas
ü  Alat-alat atau bahan permainan yang merbahaya dan boleh mencederakan
ü  Makanan ringan atau snek yang tidak berkhasiat

8.    PENDEKATAN / KURIKULUM DUAL PERMATAKU CHILDCARE
ü  Konsep utama ialah ‘LEARN THROUGH PLAY” atau belajar sambil bermain
ü  Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada konsep perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak berasaskan peraturan Jabatan  Kebajikan Masyarakat (JKM)
ü  Mengaplikasikan penggunaan ‘National Occupational Skills Standard’ (NOSS) Asuhan Kanak-Kanak , Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), iaitu satu standard pekerjaan sebenar dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
ü  Menjadikan Kurikulum PERMATA sebagai garispanduan dalam pelaksanaan aktiviti dan rutin harian di TASKA.

9.    JADUAL MENGIKUT UMUR
ü  Setiap kumpulan umur kanak-kanak mempunyai jadual dan rutin harian tersendiri yang disusun mengikut keperluan, kebolehan dan perkembangan kanak-kanak.
Sila rujuk pada jadual yang dipamerkan



10.   KESIHATAN
ü  Ibu bapa dikehendaki memaklumkan secara bertulis kesihatan anak-anak (di dalam buku Log harian ) yang perlu diberi perhatian oleh pengasuh contohnya alergi, lelah (astma), G6PD, alahan susu dan makanan tertentu.
ü  Makluman secara lisan juga perlu bagi memastikan PA peka dengan keadaan kesihatan anak yang dihantar.
ü  Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak TASKA sekiranya anak-anak perlu mengambil ubat tertentu.
ü  Kanak-kanak yang sakit dan menghidap penyakit berjangkit seperti beguk, campak, sakit mata, cacar air tidak digalakkan hadir ke TASKA sehingga disahkan sembuh oleh doctor.

11.   PEMAKANAN
ü  Makanan akan disediakan oleh pihak TASKA bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan pemakanan kanak-kanak. Menu disediakan bagi setiap kumpulan umur. Jadual pengambilan makan adalah seperti di dalam jadual rutin setiap kumpulan umur.
ü  Ibu bapa atau penjaga dibenarkan membawa makanan lain yang berzat dari rumah.
ü  Sila maklumkan jika anak alah pada sesuatu makanan.

12.   KESELAMATAN
ü  Pihak TASKA akan memastikan persekitaran fizikal , pengalaman  dan pembelajaran bayi dan  kanak-kanak berada di dalam keadaan selamat.
ü  Pintu utama TASKA dipasang ‘door bell’ / alarm dan akan sentiasa ditutup bagi memastikan keselamatan  bayi dan kanak-kanak di TASKA
Semua aktiviti perniagaan adalah dilarang semasa waktu TASKA beroperasi.

13.   PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

ü  Pihak TASKA akan mengadakan penilaian kanak-kanak secara berterusan. Oleh itu ibu bapa boleh mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak TASKA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak.
ü  Perkembangan kanak-kanak akan dicatatkan di dalam rekod senarai semak perkembangan kanak-kanak mengikut bidang pembelajaran berkaitan
ü  Pemerhatian terhadap kanak-kanak akan dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

14.     KAWASAN LARANGAN DI DALAM TASKA
ü  Bilik bayi adalah kawasan larangan di dalam TASKA, hanya PA yang bertugas sahaja dibenarkan berada di dalam bilik tersebut. Ibubapa yang menghantar bayi dibenarkan masuk sekejap sahaja untuk menghantar bayi (kecuali untuk menyusu)

15.     INSURAN
ü  Kanak-Kanak berumur 2 tahun ke atas wajib dicarumkan dalam insurans berkelompok dan ditanggung oleh ibubapa. (Tiada caruman insuran untuk bayi di bawah 2 tahun)

16.   KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
ü  Berhawa dingin / kipas
ü  Barang permainan selamat dan sesuai
ü  Ruang tidur / rehat yang selesa
ü  Bahan / alat bantuan mengajar yang menarik
ü  Bahan bacaan kanak-kanak
ü  Ruang aktiviti yang luas, ceria dan menarik
ü  Menu makanan yang seimbang
ü  Jadual aktiviti yang menyumbang kepada perkembngan menyeluruh kanak-kanak
ü  Penjagaan yang cekap dan teratur oleh PA Kanak-kanak terlatih
ü  Playground

17      PROTOKOL UMUM IBUBAPA
·         Memberi keutamaan  dan sentiasa peka kepada kebajikan kanak-kanak serta menghormati hak-hak mereka.
·         Berpakaian sopan , bersesuaian  dan berpenampilan diri yang kemas ketika berada di TASKA.
·         Berkelakuan baik serta sopan dan mewujudkan perhubungan yang baik dan selamat atas dasar percaya kepada satu sama lain.
·         Tidak merokok dan meludah di persekitaran luar dan dalam TASKA dan di hadapan kanak-kanak.
·         Dilarang bermain permainan yang melibatkan perjudian , minum minuman keras dan mengambil bahan terlarang.
·         Dilarang  berkelakuan kasar  dan menuturkan perkataan yang kasar dengan kanak- kanak.
·         Dilarang menggunakan bahasa yang berunsur  lucah atau isyarat yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.
·         Dilarang mengambil gambar kanak-kanak di  TASKA untuk apa jua tujuan (kecuali untuk kegunaan TASKA) tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan TASKA.
·      Menjadi role model kepada kanak-kanak samada dari segi perlakuan, perbuatan atau pertuturan.
·         Segala yang berkenaan dengan kanak-kanak  di TASKA adalah menjadi amanah dan kerahsiaan mereka yang berkenaan.
·    Ibubapa digalakkan melibatkan diri di dalam aktiviti yang dicadangkan oleh pihak TASKA.
·         Ibubapa dikehendaki memberi maklumat yang betul mengenai kanak-kanak dan memaklumkan segala permasaalahan berkenaan kanak-kanak.
·         Ibubapa perlu mematuhi syarat dan peraturan yang terdapat di TASKA.
· Ibubapa  di minta untuk memberikan kerjasama kepada kakitangan TASKA  sekiranya diperlukan
·      Bagi ibu yang menyusukan anak perlu mengikuti peraturan yang telah digariskan di dalam peraturan TASKA.
·    Ibubapa yang ingin melawat anak perlu mematuhi peraturan ketika lawatan. Masa yang diberi untuk melawat anak adalah selama ½ jam.
·        Ibubapa yang ingin melawat anak perlu mematuhi peraturan ketika lawatan .
·        Ibubapa dilarang menggunakan TASKA sebagai tempat untuk berehat.
· Ibubapa dikehendaki menyediakan keperluan peribadi kanak-kanak dan memastikan barang-barang yang dibawa dilabelkan.
·         Ibubapa berhak untuk membuat sebarang aduan mengenai sesuatu perkara di taska yang berkenaan dengan anak-anak mereka.
·         Pihak TASKA sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak ibubapa demi untuk kepentingan perkembangan anak-anak di Taska.

18.     PENDAFTARAN
ü  TASKA  menerima kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.
ü  Kami juga  menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak transit.
ü  Pendaftaran kanak-kanak  hendaklah dibuat menggunakan borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak TASKA. Sertakan satu salinan surat beranak @ Mykid.
ü   Semua pembayaran hendaklah dibayar kepada penyelia yang bertanggungjawab.
ü  Semua butir-butir serta maklumat yang diberikan dalam borang pendaftaran adalah sulit dan untuk kegunaan pihak pengurusan TASKA sahaja.

A.      Yuran Pendaftaran
·         Yuran Pendaftaran sekali seumur hidup, adalah bayaran yang ditetapkan dan tidak dikembalikan kecuali jika tempat tidak ditawarkan.
·         Pendaftaran ini menjamin tempat anak Tuan/Puan sepanjang masa dan di mana-mana cawangan TASKA.
·         Pendafttaran hendaklah disertakan dengan yuran sekali sebanyak RM100.00 dan Yuran Tahunan adalah sebanyak RM100.00.

B.       Yuran Bulanan
·         Yuran bulanan mestilah dijelaskan sebelum 5 haribulan setiap bulan. Yuran mesti dijelaskan di TASKA dan pastikan resit Taska dikeluarkan.
·         Deposit yuran sebanyak RM200.00 perlu dijelaskan bersama-sama dengan yuran pendaftran. Deposit yuran akan dikembalikan jika kanak-kanak keluar dari TASKA.
·         Bayaran yuran masih dikira bayaran penuh walaupun anak-anak tidak dihantar ke TASKA atas sebarang sebab ( contoh: cuti sakit, cuti sekolah @ cuti ibu bersalin)

C.       Kadar Yuran
Ø  Bayi 2 bulan – 2 tahun :    RM400.00
Ø  Kanak-kanak 2- 4 tahun : RM 350.00
Ø  Yuran Transit                  RM 180.00
Ø  Daycare                          RM 30.00

19.   TEMPOH PENYESUAIAN
ü  Kanak-kanak ada kalanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama orang asing baginya ditempat baru. Oleh itu, jika ibubapa ingin menemani anak untuk menyesuaikan diri, ibubapa hanya dibenarkan menemani anak selama 3 hari sahaja pada minggu pertama. Selepas tempoh tersebut ibubapa haruslah member kepercayaan kepada para pengasuh untuk proses penyesuaian selanjutnya.

20.   AKTIVITI PRA BACA BAGI KANAK-KANAK 3-4 TAHUN
ü  Pihak TASKA menyediakan aktiviti pra-baca  dan pembelajaran (play school) untuk kanak-kanak 3-4 tahun. Oleh itu pihak TASKA akan mengenakan bayaran jika sekiranya pihak TASKA menyediakan buku, peralatan menulis/mewarna ataupun bahan pembelajaran lain untuk kanak-kanak.

21.   AKTIVITI LUAR DAN AKTIVITI BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA
ü  Pihak taska akan merancang aktiviti tahunan TASKA bersama untuk bayi dan kanak-kanak serta aktiviti bersama ibu bapa. Sebarang aktiviti yang akan dijalankan akan dimaklumkan kepada para ibu bapa atau penjaga kanak-kanak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum aktiviti tersebut dijalankan. (Rujuk Takwim tahunan TASKA)
ü  Bayaran tertentu akan dikenakan kepada ibubapa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti luar anak atau aktiviti penglibatan ibubapa.
ü  Pihak TASKA sangat menggalakkan penglibatan ibubapa di dalam aktiviti-aktiviti di TASKA dari semasa ke semasa.
ü  Ibubapa digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti seperti cadangan berikut :
-      Membantu dalam program yang telah disusun bersama PA dan anak-anak.
-      Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.
-      Membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah jika diminta.
-      Menjadi pakar rujuk (Resourse Person) di dalam bidang kepa karan masing-masing
-      Membuat alat bantu mengajar bersama.
ü  Ibubapa digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti keraian bagi melatih anak-anak rajin bersedekah dan bersifat pemurah. Ibubapa digalakkan untuk menggadakan majlis kesyukuran sempena hari ulangtahun anak-anak di TASKA.

22.   MAKLUMAN LAIN
ü  Ibu bapa dikendaki mamklumkan kepada pihak  TASKA sebarang makluman / perubahan  tentang anak yang PERLU diketahui oleh pihak TASKA.
ü  Semasa menghantar dan mengambil anak-anak, ibubapa hendaklah meletakkan kenderaan di tempat yang sesuai tanpa mengganggu aliran perjalanan kenderaan yang lain.
ü  Pihak TASKA berhak mengambil gambar-gambar anak atau rakaman video pada bila-bila masa samada aktiviti dijalankan di dalam atau diluar premis bagi tujuan pembelajaran.
ü  Pihak TASKA perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi sekirnya berlaku kecemasan.

23.     NOTIS BERHENTI
ü  Ibubapa yang ingin menarik diri atau memberhentikan anak daripada perkhidmatan TASKA hendaklah memberi satu bulan notis bertulis. Sekiranya tiada notis ia masih dianggap menerima perkhidmatan di TASKA dan yuran bulanan masih perlu dijelaskan seperti biasa.
ü  Yuran Pendaftran, Yuran tahunan dan lain-lain bayaran bulanan yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.


## PA  Kanak-Kanak - Pembimbing Awal Kanak-Kanak


Untuk bakal usahawan TASKA, nak tahu banyak lagi tentang perniagaan, dapatkan ebook
Panduan Perniagaan TASKA di sini. Klik borang di bawah untuk tempahan.



RM 30


**acc pembayaran:
Nor Azura Ismail
 Maybank :155126919215
CIMB : 7612806903