Sunday 24 January 2016

Hubungan dan Interaksi dengan kanak-kanak



Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Foto : carian google



Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun. Setiap masa ibu bapa perlu berada di samping kana-kanak dan berhubung secara terus dengan mereka. Namun disebabkan ibu bapa perlu keluar bekerja meninggalkan anak-anak buat sementara , maka antara tempat asuhan dan didikan yang di pilih untuk anak-anak tinggal sementara , tentulah TASKA dan TADIKA.

Justeru itu, pengasuh atau pendidik awal  di TASKA dan TADIKA  pula  merupakan individu yang paling penting dalam memastikan kanak-kanak yang di hantar ke TASKA TADIKA mendapat didikan dan asuhan yang terbaik.

Samada anda merupakan ibu bapa, pengasuh, guru maupun pendidik awal kepada insan yang bernama kanak-kanak, sangat perlu diberi perhatian iaitu, antara perkara penting yang dapat menyumbang kepada  perkembangan anak-anak yang positif ialah keperluan  menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak?

Maksud hubungan dan interaksi  dijelaskan seperti berikut;

Kanak-kanak mempunyai keperluan untuk berhubung, dimana;

  • kanak-kanak berhubung untuk mendapat perhatian bagi keperluan sendiri misalnya kanak-kanak memberitahu keperluan untuk minum susu atau keperluan untuk ke tandas.
  • kanak-kanak berhubung untuk meluahkan perasaannya seperti perasaan sedih atau gembira.
  • kanak-kanak berhubung untuk memberikan idea atau buah fikiran
  • kanak-kanak berhubung untuk mendapatkan sokongan emosi.

Oleh kerana keperluan berhubung bagi kanak-kanak adalah penting maka peranan ibu bapa, pengasuh atau pendidik ialah  menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik dengan kanak-kanak. 

Sesibuk mana sekalipun ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mendengar keperluan kanak-kanak.

Pengasuh @pendidik pula perlu menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak bagai isi dengan kuku. Dengan siapa lagi kanak-kanak meluahkan sesuatu sepeninggalan ibu bapa mereka bekerja. maka pengasuh@pendidik lah yang menjadi pengganti sementara kepada ibu bapa kanak -kanak.

Hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak yang positif selain membantu perkembangan anak-anak, juga akan membina rasa selamat, yakin diri, rasa diterima dan di hargai.
Jika di rumah, dengan hubungan dan interaksi yang baik , kanak-kanak tidak akan berasa disisih atau diabaikan oleh ibu bapa.

Sementara di TASKA TADIKA, melalui hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak yang positif, kanak-kanak akan berani menrka, bersoaljawab, menyatakan pandangan, idea secara kreatif dan kritis.

Bila di TASKA TADIKA , kanak-kanak perlu  diraikan dan dilayan bagaikan anak sendiri .Mulianya tugas seorang pendidik awal@pengasuh ini, segala didikan dan asuhan dikira pahalanya bagai air yang mengalir selagi kanak-kanak ingat dan ikut segala segala asuhan dan didikan yang baik tersebut.

Lalu, bantulah anak-anak untuk mencapai tahap perkembangan yang baik dalam setiap aspek perkembangannya dengan menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak secara positif. Bukannya susah, layan sahaja  anak-anak dengan baik.

Berikut adalah tip untuk menjalinkan hubungan dan interaksi dengan kanak-kanak;


  • Jika kanak-kanak sedang bercakap, beri masa yang cukup untuk mereka mnerangkan apa yang ingin disampaikan. jangan memotong atau menepis percakapan anak-anak.
  • Beri perhatian pada setiap anak
  • Belajar memahami gerak geri kanak-kanak
  • sentiasa menggunakan perkataan yang betul dan baik ketika berhubung dan interaksi dengan kanak-kanak.
  • elakkan penggunaankperkataan pelat.
  • sentiasa mendengar dan menjawab setiap pertanyaan kanak-kanak
  • rajin-rajin melayan perbualan anak-anak

Siapa pun anda samada anda ibu bapa , pengasuh atau pendidik, fahamilah anak-anak dan keperluan untuk mereka berhubung dengan insan yang dekat dengannya. 
Anak-anak juga mempunyai emosi dan perasaan.




Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


No comments:

Post a Comment