Tuesday 23 February 2016

Pendidik TASKA TADIKA professional


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com
Sumber rujukan : Buku Modul Asuhan PERMATA
Image : koleksi peribadi



Pendidik TASKA TADIKAyang professional  adalah antara penyumbang utama bagi menjamin kualiti  dan nilai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak TASKA TADIKA.

Dengan kata lain, apabila pendidik awal ini  bekerja secara  professional , bukan sekadar pihak pengurusan TASKA TADIKA sahaja  yang bakal memperolehi impak yang positif bahkan perkembangan kanak-kanak dari segala aspek dapat disemai dan disuburkan dengan mudah , bijaksana lagi berkesan.

Jom lihat, apakah syarat asas untuk menjadi pendidik di TASKA TADIKA?

Pada dasarnya, syarat asas menjadi pendidik di TASKA memerlukan kelulusan Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  PERMATA (KAP) sebagai pra-syarat utama menjadi pengasuh@pendidik TASKA  yang berdaftar.
Justeru itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti KAP, boleh memohon mengikuti kursus tersebut melalui mana-mana agensi yang diluluskan oleh agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tempoh kursus adalah selama 144 jam beserta 40 jam sesi praktikal di TASKA terpilih yang berdaftar. Dengan mempunyai sijil KAP anda layak untuk untuk menjadi pengasuh@pendidik TASKA yang berdaftar.

Manakala di kebanyakan TADIKA swasta, untuk membolehkan seseorang itu layak mengajar di TADIKA, mereka perlu  mempunyai Sijil Kursus Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan juga mempunyai permit mengajar sementara. Memiliki Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan satu kelebihan.

Pra syarat dalam entri saya kali ini hanya tertumpu pada TASKA dan TADIKA  swasta sahaja.

Persoalan yang ingin saya utarakan di sini, apakah dengan hanya mempunyai sijil KAP atau KSPK sudah cukup untuk seseorang bergelar pendidik TASKA TADIKA  professional?

Jom kita lihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan professional dari sudut professen  pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak?

Merujuk kepada maklumat melalui Buku modul PERMATA,  Professional didefinisikan sebagai seorang yang mempunyai ciri, semangat, kaedah, prinsip, tingkahlaku beretika dan memahami konsep profesionalisme berbanding dengan amatur.

Oleh itu, Pendidik TASKA TADIKA professional juga diertikan sebagai;

  • Seorang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pakar boleh dirujuk sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman yang lama serta memiliki kepakaran dan pengetahuan yang luas  dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.
  • Seorang diiktiraf ilmu dan kemahirannya dengan memiliki sijil2 atau telah mendapat  pengiktirafan tertentu berkaitan bidang ini.
  • Seseorang yang mempunyai lesen atau permit  untuk bekerja sebagai pendidik yang berdaftar. Di sini boleh rujuk sebagai memiliki Sijil KAP dan juga KSPK
  • Seseorang yang professional bukan sekadar mempunyai ilmu, tetapi dia merupakan seseorang yang berkemahiran dalam bidang iaitu tahu dan boleh melakasanakan semua kerja2 berkaitan bidang dengan memenuhi semua kelayakan standard yang ditetapkan.

Pendidik TASKA TADIKA professional juga perlu memastikan mempunyai imej berikut ;

  • Boleh menjalinkan interaksi yang  baik dengan ibu bapa terutamanya
  • Sentiasa berpakaian sesuai sebagai seorang pendidik kanak-kanak
  • Sentiasa melontarkan kata-kata dengan jelas
  • Ada ‘eye contact’ ketika berbual dengan seseorang
  • Bersopan dan bertatatertib
  • Sentiasa bersikap sabar dan keterbukaan
  • Mempunyai sikap yang positif
  • Pandai mengamalkan hubungan yang baik  dengan rakan sekerja
  • Menjaga dan memastikan  kebersihan
  • Tahu menjaga hubungan baik  dengan ibubapa


Demikianlah antara perkara yang boleh mengambarkan seseorang yang boleh  dianggap professional dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Agak-agaknya, adakah anda yang memang telah sedia ada dalam industri ini samada anda merupakan seorang pendidik  maupun pengusaha TASKA TADIKA telah benar-benar menepati ciri-ciri professional ini?

Buat para pengusaha TASKA TADIKA, adakah memadai mengambil pekerja sekadar mempunyai Sijil KAP KSPK atau telah mempunyai Diploma@Ijazah tanpa diberi latihan berterusan yang lain?

Melalui pengalaman sebenar yang saya lalui dan tempuhi sepanjang lebih dari 16 tahun bergiat dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini,  sekadar mempunyai sijil KAP atau KSPK sahaja belum mampu menunjukkan individu tersebut benar-benar seorang yang berkualilti dalam bidang kerjayanya. Atau sekadar mempunyai segulung ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak, juga belum mampu  menjadikan seseorang itu benar-benar berkualiti dalam kerjaya pendidikan awal kanak-kanak ini.

Lalu, apakah kriteria lain  yang perlu ada  untuk anda bergelar pendidik TASKA TADIKA professional

Pastikan juga  perkara-perkara berikut ada pada diri setiap pendidik TASKA TADIKA ;

  • Jujur dan amanah dalam mengasuh dan memberi didikan kepada anak-anak walaupun mereka sekadar anak-anak awal usia yang belum mampu menmahami atau membuat aduan mengenai sesuatu perkara.
  • Berintegriti – menjaga keperibadian diri dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
  • Menepati masa
  • Berdisplin dalam segala hal
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai pendidik terutamanya kepada semua anak-anak asuhan dan didikannya
  • Bersedia dan sentiasa bersikap peka terhadpa apa jua kemungkinan yang berlaku di TASKA TADIKA berkaitan kanak-kanak khasnya.
  • Menghargai diri sendiri dengan memastikan diri sendiri dipenuhi dengan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran berterusan.
  • Bertanggungjawab terhadap setiap tugasan yang diberi.
  • Berketerampilan diri sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak – maksudnya pendidik TASKA TADIKA bukan sekadar seorang yang ada ilimu, tetapi mereka perlu tahu dan boleh buat kerja. Untuk tahu dan boleh buat mereka perlu laksanakan setiap kerja dangan ikhlas dan bersungguh.

Contohnya Pendidik bukan perlu ada ilmu tentang tahap-tahap perkembangan kanak-kanak, bahkan mereka mesti boleh memahami secara langsung dan boleh mengendalikan setiap aktiviti kanak-kanak secara kreatif lagi berkesan.
Bukan itu sahaja, sebagai pendidik TASKA TADIKA professional, anda perlu boleh mengasuh dan mengendalikan pelbagai ragam dan keperluan kanak-kanak.

  • Menghormati hak kanak-kanak
  • Kreatif, Cekap dan inovatif
  • Minat yang mendalam terhadap industri pendidikan awal
  • Sabar dan penyayang terhadapa kanak-kanak


Selain itu, apa yang penting untuk menjadi seorang Pendidik TASKA TADIKA professional, para pendidik ini perlu benar-benar memahami peranan mereka , antaranya;

  • Memastikan bahawa semua kanak-kanak mendapat layanan dan perhatian mengikut keperluan  kanak-kanak masing-masing.
  • Menghormati dan memberikan sokongan kepada ibu bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Menghormati rakan sekerja
  • Mempunyai sikap keterbukaan terhadap kritikan, idea dan cadangan
  • Mempertingkat ilmu pengetahuan dan pelbagai aspek kemahiran berkaitan
  • Menghormati kod etika yang diperkenalkan dan dipersetujui bersama di TASKA TADIKA
  • Bertindak sebagai penasihat kepada keluarga, kanak-kanak, kakitangan dan komuniti.
  • Mengekalkan kualiti dan standard professionalisme
  • Memahami bahawa nilai, pandangan dan ketidakadilan akan memberikan kesan negatif terhadap kanak-kanak


Kesimpulannya kepada anda yang ingin bergelar pendidik TASKA TADIKA professional, pastikan anda memiliki segala ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

 Sekian, terima kasih.

***************************************************************************


ANDA PENDIDIK TASKA TADIKA;
JOM KUMPUL PELBAGAI IDEA kreativiti.......

BENGKEL SENI  kreatif 
Kanak-Kanak

TARIKH : Tiada tarikh terkini

MASA : -

TEMPAT : 


Percuma : Koleksi EBOOK saya 


LAGI.....BOLEH DAPATKAN, 

EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA . Percuma koleksi RPA.
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA



HUBUNGI SAYA,

NOR AZURA
016 7235080 / 019 2115642


No comments:

Post a Comment