Thursday 11 February 2016

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Origami

Perkongsian oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Origami bermaksud lipatan. Jom jalankan aktiviti origami yang menarik dengan kanak-kanak. Tentu kanak-kanak akan teruja dengan hasil lipatan@origami mereka sendiri.
Sebelum melaksanakan aktiviti, jom sediakan rancangan mengajar dimana istilah  Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)  digunakan dalam Kurikulum PERMATA NEGARA yang digunapakai oleh semua TASKA yang berdaftar.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, RPA adalah penting bagi  memastikan aktivtiti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar serta sebolehnya mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan.

RPA yang terbaik ialah RPA yang apabila orang lain membacanya, dia faham bagaimana untuk menjalankan aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak.

Berikut adalah Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Origami @lipatan.

****************************************************************



Umur kanak-kanak : 3 - 4 tahun
Bil kanak-kanak :  6 orang
Pembelajaran Fokus : Perkembangan Fizikal

Tajuk Aktiviti : Jom buat lipatan@ origami
Pengetahuan sedia ada : Kanak-Kanak sudah boleh melipat kertas secara bebas.


Objektif Pembelajaran :

i.    Kanak-kanak boleh melipat kertas menjadi objek kucing  dan bunga.
       (P. Fizikal)

ii.   Kanak-Kanak boleh menghias lipatan kertas  mengikut kreativitnya sendiri.
       (P. Kraetivit & Estetika)

iii.   Kanak-kanak boleh berbual mengenai kucing dan bunga.
        (P. Bahasa, Komunikasi & Literasi Awal)


Bahan-bahan : Kertas A4 putih (6) dan  berwarna (12) , Pensil warna@ warna krayon, 'Flash Card' saiz A 4 ( gambar kucing dan bunga)

Ruang :   Ruang aktiviti dalam TASKA


Pelaksanaan Aktiviti :

1. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik  bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil  bertanya khabar dan berbual mengenai diri kanak-kanak.
3. Pendidik memberikan sehelai kertas putih A 4 kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak melipat kertas secara bebas.
4. Pendidik kemudian memnita kanak-kanak beritahu tentang lipatan yang dihasilkannya.
5. Pendidik menunjukkan gambar image kucing dan bunga bersaiz A 4 kepada kanak-kanak sambil bercerita mengenai kucing dan bunga.
4. Pendidik  lalu bertanya kepada kanak-kanak
" Siapa nak belajar lipat kertas menjadi kucing dan bunga"
5. Pendidik mengeluarkan bahan aktiviti dan  memberitahu aktiviti yang akan dijalankan.
6. Pendidik memberi sehelai kertas berwarna saiz A4 kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak meniru lipatan yang ditunjukkannya.
7.Pendidik menujukkan cara melipat objek kucing  langkah demi langkah secara perlahan-lahan.
8. Pendidik memberi sehelai lagi kertas A4 berwarna kepada kanak-kanak dan menunjukkan langkah demi langkah membuat lipatan kertas menjadi bunga.
9. Pendidik  terus membimbing kanak-kanak melipat kertas sehingga menjadi bentuk kucing dan bunga.
10. Jika kanak-kanak tidak boleh melipat kertas menjadi kucing atau bunga, pendidik akan meminta kanak-kanak memilih mana lipatan yang ingin dilakukannya.
9. Apabila lipatan kucing dan bunga telah siap, pendidik meminta kanak-kanak menghias mengikut kreativit mereka dengan menggunakan warna pensil @ krayon.
10. Pendidik memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak.
11. Pendidik memberi pujian keapda kanak-kanak yang telah siap.
12. Pendidik mengajak kanak-kanak berbual bersama mengenai kucing dan bunga.
13. Sebelum aktiviti berakhir pendidik meminta kanak-kanak untuk membantu mengemas bahan
14. Pendidik mengucapkan terimakasih kepada semua kanak-kanak yang terlibat


PEMERHATIAN :

Pastikan semua kanak-kanak adalah sihat.
Pastikan tiada bahan merbahya berada di sekitar kanak-kanak
Pastikan anak-kanak mencuci tangan selepas tamat aktiviti


********************************************************************


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA







Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com

No comments:

Post a Comment