Wednesday 13 April 2016

Aktiviti perkembangan kanak-kanak



Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Antara ciri seorang pendidik@ pengasuh TASKA TADIKA, mereka perlulah seorang yang kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea yang spontan dalam merancang sesuatu aktiviti perkembangan pembelajaran untuk kanak-kanak di TASKA TADIKA

Dalam blog saya kali ini, saya ingin kongsikan satu aktiviti yang dapat menggalakkan beberapa aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Aktiviti saya sediakan hasil dari carian saya di google yang kemudiannya saya minta pengasuh laksanakan di TASKA yang pernah saya kendalikan dulu.
Rupanya aktiviti ini sangat menarik perhatian kanak-kanak. Saya sasarkan aktiviti ini untuk kanak-kanak 3 - 4 tahun.



Anda dikehendaki mencari kotak, mempunyai sebatang pen marker, stiker untuk melabel dan bolehlah beli kereta-kereta kecil yang murah. Kalau anda rajin, anda boleh menghasilkan kereta-kereta kecil sendiri daripada kotak. 

Cuba dapatkan kotak yang lebar. Saya gunakan kotak bekas laptop. Kebetulan pada waktu itu saya baru membeli sebuah laptop. Saya lebarkan kotak tersebut.

Jom mulakan melukis petak-petak parkir di atas lembaran kotak tadi. jangan lupa labelkan petak tersebut termasuk juga perlu labelkan kereta mainan tadi.

Sekarang, kanak-kanak boleh mula bermain parkir kereta.
Anda boleh minta kanak-kanak parkir kereta mengikut label warna atau pun mengikut nombor yang sama. Terpulanglah bagaimana anda ingin anak-anak bermain sambil berfikir.
Memang seronak anak-anak main parkir kereta dengan kawan-kawannya. 
Bolehlah cuba buat di TASKA TADIKA anda.


Kesimpulannya,  jadilah pendidik@pengasuh TASKA TADIKA yang kreatif,

Antara bengkel yang telah saya kendalikan:





ANDA BOLEH DAPATKAN JUGA, EBOOK  50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK

 DAN



EBOOK RPA TASKA



HUBUNGI SAYA, NOR AZURA  016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.

TEMPAT TERHAD, KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR.



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

No comments:

Post a Comment