Monday 2 May 2016

PENDIDIKAN ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak-anak adalah individu yang sentiasa  perlu dibimbing, dididik dan diasuh serta dipantau sepanjang usia mereka membesar menjadi individu dewasa. Individu yang paling hampir dengan anak-anak tentu sekali  ialah ibu dan ayah dimana pendidikan anak-anak bermula dari rumah ibu dan ayahnya.

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk membesarkan anak-anak mengikut acuan yang sempurna. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa  bagaimana anak-anak apabila dewasa kelak, banyak dipengaruhi oleh didikan, asuhan  dan acuan dari ibu bapa nya semasa dia kecil.

Sebaik dikurniakan anak, umumnya ibu bapa menyedari bahawa mendidik anak merupakan tanggungjawab utama mereka. Pastinya,  mendidik anak masakini,  bukan merupakan suatu tugas yang mudah atau boleh di ambil mudah oleh ibu bapa. Selari dengan pelbagai teknologi, perkembangan dunia semasa  dan pelbagai pembaharuan dalam persekitaran pembesaran anak-anak,  ibu bapa  sangat memerlukan ilmu dan kemahiran yang disirami dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang dalam mengasuh dan mendidik anak-anak ini.

Dimanakah dan bilakah  pendidikan anak-anak harus dimulakan?

Sewajarnya perlu pendidikan anak-anak bermula dari rumah iaitu sedari anak dalam perut ibunya lagi. Begitu banyak amalan dan cara yang boleh  dipraktiskan oleh ibu sewaktu mengandungkan anak-anak, dengan harapan anak-anak  lahir menjadi jadi anak yang baik. Sebaik lahir, tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak dipikul bersama oleh ibu dan bapa.
Oleh itu, paling utama , pendidikan anak-anak  bermula dari rumah dimana ibu bapa adalah sebaik-baik pendidik dan sehebat-hebat pembimbing awal kanak-kanak.

Bagaimana cara mendidik anak-anak di rumah; antaranya,

Asuh dan didik anak-anak dengan didikan terbaik
Tunjukkan contoh teladan yang  baik pada anak-anak.
Berkata perkara-perkara yang baik dengan nada yang lembut.
Ajarkan akhlak mulia.
Ajarkan anak kemahiran asas urus diri.
Bantu galakkan perkembangan dan potensi diri anak.
Dedahkan  perkara yang baik pada anak-anak.
Berikan didikan dan asuhan yang baik dan sesuai  mengikut umur dan kebolehan anak-anak.
Doakan anak-anak.

Anak ke 2 dan ke 4 saya


Ibu bapa yang berjaya memberi pendidikan semulajadi dari rumah, yakni  didikan terus dari tangan mereka sendiri,  adalah ibubapa yang hebat dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak nya.
Kesimpulan dari mendidik anak, sebaik- baik pendidikan untuk anak haruslah dimulakan dengan mendidik akhlak, membina keperibadian, sahsiah dan juga memperkembangkan potensi diri anak-anak.

Hebatnya dan indahnya, sedari anak lahir, ibu bapa telah pun mula memberikan didikan dan asuhan dari tangan-tangan mereka sendiri.
LALU;

Bila telah tiba masa anak perlu di ke TASKA,
Bila telah cukup umur anak perlu di hantar ke TADIKA
Bila telah bersedia untuk di hantar ke sekolah;
Janganlah ibu bapa bulat-bulat menyerahkan dan memindahkan segala bentuk pendidikan  kepada pihak TASKA, TADIKA maupun sekolah.
Perlu disedari bahawa, pendidikan yang formal di sekolah adalah hanya sebahagian sahaja  daripada bentuk pendidikan yang harus diterima oleh kanak-kanak.
Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab pendidikan hanya kepada pihak sekolah.
Jangan pula pendidikan yang di terima di tadika atau sekolah membebankan anak-anak hingga tiada masa untuk anak-anak ini menyusuri dunia bermain mereka.
Untuk anak-anak awal usia, Ibu bapa yang seharusnya membuat keputusan mengenai bentuk pendidikan yang harus diterima oleh anak-anak . Pastikan anak belajar dalam suasana yang kondusif dan ceria serta amalkan konsep belajar sambil bermain.

Anak-anak anda,
Anda yang mencorakkannya.
TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI.


Dan ingatlah,  membentuk siapa diri anak-anak   yang utama ialah di rumahnya sendiri  dimana pendidikan anak-anak bermula dari rumah dari tangan-tangan seorang ibu dan ayah. 

*******************************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642


No comments:

Post a Comment