Wednesday 15 June 2016

Latih Anak Berpuasa

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi Peribadi



Salam Ramadhan Ya Kareem. Alhamdullillah, hari ini hari yang kesebelas  umat Islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Alhamdullillah juga, seisi rumah saya, semuanya berpuasa, anak-anak dari yang paling sulung hinggalah yang bongsu semuanya berjaya menunaikan ibadah puasa.

Teringat suatu ketika dulu, sewaktu saya masih mengendalikan perniagaan TADIKA.
Kanak-Kanak di TADIKA terdiri dari umur 4, 5 dan 6 tahun. Saya praktikkan juga latihan puasa ini untuk anak-anak di TADIKA. Bagaimana ya, latih anak berpuasa?

Saya fokuskan latihan  puasa  ini untuk anak-anak yang berumur 6 tahun . Praktikkan latih anak berpuasa sekadar  sepanjang waktu TADIKA sahaja  iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengahari.
( Dalam tiga setengah jam sahaja) Balik dari TADIKA nanti, kalau tak tahan berpuasa, bolehlah berbuka, itulah pesan saya pada anak-anak di TADIKA dulu.

Bila di TADIKA senang nak latih anak-anak 6  tahun ini berpuasa sebab kebanyakannya akan cuba berlatih berpuasa. Pihak TADIKA  pun tak sediakan menu makan ketika waktu rehat sebaliknya saya minta anak-anak yang tak larat berpuasa itu untuk bawa bekal dari rumah. Tapi, anak-anak ini, bila kawan-kawan sebaya berpuasa, mereka pun senang dilatih berpuasa juga.

Dalam latih anak berpuasa (anak 6 tahun)  di TADIKA, saya juga  akan  buat sesi bercerita dengan anak-anak mengenai apa itu  puasa, kelebihan  dan pelaksanaannya  di bulan Ramadhan serta  kaitkan dengan  apa yan perlu dilakukan ketika bulan puasa. Tapi, biasalah cerita 'style' kanak-kanak , yang paling penting mereka diberi pendedahan awal. Mungkin puasa untuk waktu sarapan pagi sahaja atau hingga tengahari.

Apa pun,  pendidik maupun ibu bapa perlu diingat bahawa anak-anak ini tidaklah perlu di paksa. Hakikatnya berpuasa di bulan Ramadhan belumlah menjadi kewajipan untuk kanak-kanak. Mungkin ada juga anak-anak memang susah nak faham tentang puasa, jadi usah dera anak-anak dengan memaksa mereka berpuasa dan tidak menyediakan makanan seperti biasa kepada mereka. Kasihanilah anak-anak.

Berbalik kisah saya di rumah tadi, memang semuanya berpuasa termasuklah yang bongsu yang berusia 7 tahun. Dia pun dah mula berpuasa sejak umur 6 tahaun. Saya tak paksa pun cuma galakkan sahaja. Lagipun bila semua abang dan kakak berpusa, dia pun jadi seronok dan teruja untuk berpuasa bersama. Senang sahaja saya latih anak berpuasa dari anak sulong hingga yang bongsu ini.

Biasanya di rumah saya dulu,  jika ada anak-anak yang masih kecil dan belum boleh berpuasa, ( 3- 6 tahun) apabila tiba waktu berbuka puasa, suami saya tak benarkan anak-anak 'join' waktu berbuka puasa. Dia kata tunggu orang selesai bang azan maghrib,   baru boleh 'join' orang berbuka puasa. Sengaja tak nak anak-anak ini mengacau orang lain berbuka puasa. Tetapi sebelum waktu berbuka tu, jangan lupa bagi mereka makan dulu. Secara tidak  langsung jika anak-anak sudah umur 6 tahun dia akan rasa tercabar untuk berpuasa supaya boleh berbuka dengan orang lain.

Memang benarlah anak-anak usah dipaksa berpuasa kerana belum wajib bagi mereka. Cuma sekadar melatih tiada lah salahnya. Dalam latih anak berpuasa perlulah sentiasa bersikap  rasional dan tolak ansur. Jangan ada unsur paksaan sama sekali. Ingat fitrah anak-anak, mereka melihat dan mereka ingin mencuba, lalu biarkan mereka mencuba berpuasa mengikut kemampuannya sendiri.



Gambar anak-anak ( 7 dan 9 tahun) tertidur selepas makan sahur.  Maklumlah mengantuk dan bukan senang hendak kejut bangun dari tidur yang nyenyak sekadar untuk bersahur. Tetapi anak-anak hero kecil saya ini, alhamdullillah, tak pernah miss bersahur. 
Tetapi, sesakali makan dalam keadaan mata terpejam.


Terima kasih kerana membaca.



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642



No comments:

Post a Comment