Wednesday 20 July 2016

IDEA AKTIVITI BAYI

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Selalunya apabila menjaga bayi, kebanyakan orang fikir hanya perlu asuh bayi sahaja iaitu mandi, bagi susu dan tidurkan bayi sahaja. Sebenarnya perkembangan bayi akan dapat digalakkan dan diransang sekiranya ibu bapa atau pengasuh bayi dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk bayi.

Hari ini saya nak kongsi beberapa aktiviti yang anda boleh jalankan bersama bayi anda samada di rumah ataupun di TASKA,

Bayi 3 bulan

  • merenyuk kertas atau plastik/kertas
  • beri main lembut@soft toys yang mempunyai bunyi yang boleh dipegang oleh bayi.
  • Dengarkan muzik atau nyanyian kepada bayi (rhymes)

Bayi 4 bulan
  • Letak bayi di depan cermin yang besar
  • berbual mesra dengan bayi
  • letakkan pelbagai mainan lembut di hadapan bayi supaya bayi boleh pegang, rasa dan capai


Bayi 5 bulan

  • Buat sesuatu sebagai galakan untuk bayi meniarap. Anda boleh gunakan bahan yang menarik sebagai dorongan kepada bayi.
  • Baringkan bayi, Kemudian pegang tangan bayi. perlahan-lahan tarik tangan bayi dari keadaan baring kepada duduk sambil mengacah bayi. lakukan berulang kali. jangan lupa , mesti ada komunikasi dengan bayi anda.
  • Tunjukkan kepada bayi gambar objek yang besar dan berwarna warni. Misalnya, tunjukkan gambar binatang. Sambil tunjukkan gambar, beritahu bayi tentang gambar tersebut. lakukan aktiviti ini berulang.
  • Letak sesuatu objek di hadapan bayi. beri galakan supaya bayi merangkak ke hadapan untuk mencapai objek tersebut.

Bayi 6 bulan
  • Beri peluang kepada bayi yang baru hendak belajar duduk, bersandar pada anda atau pada bantal. Bercakap-cakaplah dengan bayi.
  • Main 'genggam-gami" (Genggam dan buka jari berulang kali) atau main 'cak ba' dengan bayi.
  • Mari bawa bayi bersiar-siar di halaman rumah atau taman mini di TASKA.
  • Beri bayi mainan yang mudah dibasuh. Bayi memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut untuk meneroka. Oleh itu, pastikan mainan di basuh dan mempunyai ciri-ciri yang selamat.

Bayi 7 bulan
  • Beri bayi pelbagai mainan yang berlainan untuk dirasa, disentuh , dipegang atau disusun.
  • dengarkan muzik yang ceria dan rancak.
  • beri buku2 bergambar yang berwarna warni.
  • berbual dan bercakap dengan bayi menggunakan bahasa yang betul.

Bayi 8 bulan
  • Beri bayi mainan pelbagai yang boleh diketuk, dibaling, dipicit dan sebagainya.
  • Sediakan persekitaran yag bersih dan selamat untuk bayi merangkak, menjulur dan duduk.
  • Letakkan pelbagai jens bahan permainan yang bersih dan selamat di persekitaran tadi.

Bayi 9 bulan
  • Sediakan objek yang kecil yang boleh dikutip atau dikumpul oleh bayi.
  • Biar bayi mendengar namanya dipanggil berulang kali.
  • Menyanyi bersama dengan bayi.

Bayi 10 bulan
  • Sediakan alat sokongan seperti kerusi untuk bayi cuba belajar berdiri.
  • menyanyi dan membuat pergerakan bersama bayi.
  • bawa bayi bermain bersama-sama bayi lain yang hampir sebaya.

Bayi 11 bulan
  • Bawa bayi belajar berjalan dengan memegang kedua-dua tangannya.
  • Beri bayi pelunag untuk cuba menyuap sendiri makanan ke mulutnya.
Bayi 12 bulan
  • Galakkan bayi berjalan atau berlari di persekitaran yang selamat.
  • Beri bayi main dengan bola yang boleh dikutip dan dibaling.
  • Bawa bayi berjalam-jalan sambil melihat keindahan alam.

Selain menjalankan pelbagai aktiviti untuk bayi, asuhan dan jagaan yang baik dan sempurna juga turut membantu perkembangan bayi yang positif.

Anda ingin memahirkan lagi ilmu pengasuhan anak-anak, Jemput , hadiri Kursus@bengkel kendalian saya.
Jom sertai Kursus Asuhan dan Penjagaan Bayi di TASKA


TIADA TARIKH TERKINI


Dapatkan juga EBook PANDUAN MENDIDIKAN ANAK di bawah.



RM 30

Klik untuk isi kandungan dan tempahan EBOOK PANDUAN MENDIDIK ANAK

Tip dan info bermanfaat memahami, mengendali dan mendidik anak-anak dengan cara yang betul dan berkesan


2 ebook percuma untuk setiap order ebook Panduan Mendidik Anak :




**********************************

DAN


RM 27
Klik untuk isi kandungan dan tempahan EBOOK ANAK PINTAR CERDAS

Tip, petua  dan rahsia bagaimana anak anda boleh  belajar membaca seawal usia 3 tahun.

3 Ebook percuma untuk setiap order ebook Anak Pintar Cerdas









No comments:

Post a Comment