Wednesday 14 September 2016

Pekerja dan TASKA

Teks Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google & koleksi peribadi


Pekerja adalah tulang belakang sesebuah TASKA dimana peranan pekerja sangat besar dan penting bagi memastikan keseluruhan operasi rutin dan harian di TASKA berjalan dengan lancar dan teratur. Perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal yang ditawarkan di TASKA sangat memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan berpotensi bagi membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanank secara positif lagi menyeluruh.

Justeru itu, kriteria profesional amat penting sekiranya ingin menjadi pengasuh atau pendidik di TASKA memandangkan pendidik@pengasuh  mempunyai peranan kritikal dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan di TASKA.

Merujuk syarat yang ditetapkan dalam Akta Taska (Taman Asuhan Kanak-kanak) 1984, pengasuh mesti berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, pengasuh mesti mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dan wajib menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) yang ditetapkan dalam akta berkenaan. 
Selain itu, mempunyai persijilan kemahiran melalui  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu kelebihan kepada para pendidik@pengasuh memandangkan SKM dapat mengiktiraf pengasuh@pendidik ini sebagai  pekerja mahir yang tetelah terampil untuk melaksanakan tugasan harian di TASKA.

Profesionalisme seseorang pengasuh@pendidik  itu diukur berdasarkan minat masing-masing untuk mengendalikan kanak-kanak, mempunyai sahsiah yang baik, boleh berkomunikasi dan memahami keperluan kanak-kanak terlebih dulu berbanding kehendak ibu bapa serta menggalakkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak dengan baik.

Bagi merealisasikan hasrat agar pengasuh@pendidik di TASKA berketerampilan dalam pekerjaan mereka, adalah penting bagi pihak pengurusan TASKA sendiri memastikan setiap pekerja mereka mendapat ilmu dan kemahiran yang berterusan berkaitan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak ini.
Pihak pengurusan TASKA tidak boleh sekadar berasa selesa dengan tahap ilmu dan kemahiran pengasuh@pendidik yang sedia ada. ilmu dan kemahiran mesti terus dibina dan diasah selalu supaya sentiasa segar dan dapat dipraktikkan selalu di dalam TASKA.

Apabila pekerja telah mahir, tentu sekali prestasi perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kana-kanak di TASKA dapat dipertingkatkan lagi. Kualiti pengurusan TASKA dengan sendirinya dapat dikemaskini lagi. Seterusnya, tentulah dapat mengurangkan risiko berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini di TASKA seperti kecuaian dan kelalaian pengasuh@pendidik.

Justeru itu, khas untuk pengusaha TASKA, cubalah selusuri program atau aktiviti yang sesuai dan bermanfaat untuk para pekerja anda di TASKA.

Saya sendiri menawarkan beberapa kursus, antaranya;

1. Penjagaan dan Asuhan Bayi di TASKA
2. Aktiviti Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA
3. Aktiviti Kreativiti dan Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak
4. Kursus Asuhan dan DIdikan Awal Kanak-Kanak


TERBARU dari saya,

BENGKEL MENU SIHAT  
KANAK-KANAK 

Cadangan Tarikh : 20  November 2016 di Seri kembanagan



JOM BERSAMA SAYA  dan Chef saya.



HUBUNGI SAYA,  016 7235080 @ 019 2115642


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak







No comments:

Post a Comment