Sunday 25 December 2016

Harapan ibu bapa buat anak

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Carian google

Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan kepada semua yang bergelar ibu bapa. Tanggungjawab kedua ibu bapa ialah untuk membesarkan anak-anak dengan memberikan asuhan dan didikan yang terbaik selain menafkahkan anak-anak bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka.

Apakah harapan ibu bapa buat anak?
Saya yakin, semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Justeru sejak dari anak lahir, selain  mengasuh, memberikan belaian kasih sayang, setiap ibu bapa  akan bertungkus lumus mencari rezeki buat menyara kehidupan anak-anak.  Siang dan malam ibu bapa bekerja dan berusaha, semuanya untuk memastikan segala keperluan kehidupan anak mencukupi. Tak cukup si bapa sahaja bekerja, si ibu juga tidak menang tangan keringat  dan tenaga, sama -sama kini turut juga mencari rezeki. Sememangnya, terlalu besar harapan ibu bapa buat anak.


Memang kenyataannya, bila membeli sesuatu  untuk anak-anak , terasa suatu naluri  kebahagiaan  bila dapat memberi sesuatu kepada anak- anak hatta tidak di minta oleh si anak.  Sebolehnya akan diusahakan demi untuk anak-anak. Tingginya nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu dan bapa hingga tiadalah pernah dia mengeluh kerana perit jerih membesarkan anak anak. Maka, patut sekali , dalam Islam mewajibkan anak -anak berbuat baik kepada ibu bapanya.

Anak anak pula bagaimana?
Saya telah coretkan harapan saya untuk anak sulung saya. Antara harapan ibu bapa buat anak.

Untuk anakku Muhammad Nabil Al Hakim yang kini mempunyai kerjaya sebagai seorang pelukis dan 'digital designer'.
Wahai anak, tatkala umurmu menjangkau 21 tahun, Alhamdullillah kau telah dikurniakan rezeki dan pendapatan bertali arus yang baik dan stabil. Rezekimu senantiasa tidak putus samalah seperti doa seorang ibu, harapan seorang bapa yang umpama air deras yang sentiasa mengalir, dicincang pasti tidak akan putus.  Ketahuilah, di setiap rezeki kurniaan Allah kepadamu itu, sentiasa ada doa dari orang tuamu.
Wahai anak, perit jerih membelanjakan segala urusanmu sedari kecil tidaklah pernah minta dibalas dengan wang ringgit . Cukuplah ingatan dan perhatian darimu  yang sentiasa diharapkan selamanya. Cuma anak, diingatkan.kepadamu, untuk keberkatan rezekimu  usah sesekali kau lupa memberi. Dan sebaik2 pemberian darimu adalah kepada ibu bapamu. Berilah dari rezekimu itu setiap bulan kepada ibu bapa mu ini, walau hanya rm10.
InsyAllah, kau akan terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesejahteraan dalam kehidupan.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan buat kedua ibu bapamu jua.
#Norazurachildcarepractitioner



Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:

RM 20                                          RM25




No comments:

Post a Comment