Sunday 22 May 2016

Aktiviti Kanak-Kanak - Kreativiti Tepung Jagung

Oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi peribadi


Aktiviti Kanak-Kanak - Kreativiti Tepung Jagung
Anak-anak memang sukakan aktiviti yang menyeronokkan. Sambil buat aktiviti, anak-anak akan mencuba, meneroka dan akhirnya merasai pengalaman sendiri yang tentu sekali dapat mengalakkan pelbagai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Jom buat aktiviti menggunakan tepung jagung. Sangat sesuai dibuat di TASKA TADIKA bersama kanak-kanak,  tentu sekali menyeronokkan.

Aktiviti Kanak-Kanak- Kreativiti Tepung Jagng ini saya telah cuba bersama dengan pelatih Sijil kemahiran Malaysia, bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.


Aktiviti Tepung Jagung ini boleh dibuat bersama dengan kanak-kanak berumur dari 2 -6 tahun. Untuk anak-anak yang kecil, anda boleh bancuhkan tepung jagung. manakala anak-anak yang agak besar, beri mereka peluang membancuh sendiri. jangan pakaikan anak dengan apron sebelum aktiviti dimulakan.








1. Ambil sepeket tepung jagung dan tuang di dalam beberapa bekas.


2. Bancuh tepung jagung bersama air dan sedikit pewarna makanan, kacau hingga sebati. Sediakan bancuhan beberapa warna yang berlainan. Bancuhan jangan terlalu pekat  dan jangan terlalu cair.


3. Bentang sehelai kertas mahjong dan dengan menggunakan tangan ceduk bancuhan tepung jagung berwarna tadi dan bersama-sama  buat apa sahaja corak, contoh; tebarkan di atas kertas mahjong tadi. (seperti buat roti jala)



Dah siap - Kreativiti Tepung jagung



Pelatih SKM sedang buat aktiviti menggunakan tepung jagung


Kepada anda, pengasuh@pendidi di TASKA TADIKA yang sedang mencari idea aktiviti kreativiti, jom cuba aktiviti ini bersama kanak-kanak.

Apa yang kanak-kanak dapat belajar?

1. Kanak-kanak boleh kenal warna
2. Kanak-kanak boleh tahu tekstur tepung jagung ketika kering dan setelah dibancuh
3, Kanak-kanak boleh belajar mengenali warna
4. Kanak-kanak belajar menghasilkan pelbagai corak tepung jagung mengikut kreativitinya sendiri.
5. Kanak-kanak belajar bekerjasama buat aktiviti ini.
6. Kanak-kanakakan berasa teruja dengan corak yang terhasil.
7. Kanak-kanak boleh bercerita mngenai kreativiti yang dihasilkan.

Banyaknya aspek perkembangan yang dipelajari oleh kanak-kanak. 
Memang kanak-kanak belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan.
Jadi, jom cuba, 
Kepada para pengasuh@pendidik, jangan lupa sediakan rancangan mengajar dulu ya.



    Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




RM40



HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642

Saturday 21 May 2016

SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



SOP adalah singkatan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud 'Standard Operating Procedure'. Ia bermaksud langkah-langkah kerja yang perlu diikuti supaya sesuatu kerja atau tugasan dapat dijalankan dengan lancar, teratur dan berjaya dari mula hingga akhir.

SOP Pengendalian kanak-Kanak di TASKA membolehkan kakitangan TASKA mengetahui dan memahami setiap langkah kerja yang perlu dijalankan di TASKA  dengan betul, berkesan dan mematuhi aspek keselamatan.

Adalah menjadi tanggungjawab pengusaha TASKA untuk menyediakan SOP ini supaya mudah diikuti oleh kakitangan TASKA dan memastikan TASKA beroperasi secara professional.

EBOOK SOP Pengendalian kanak-Kanak di TASKA ini mengandungi langkah-lanagkah untuk semuan aktiviti harian yang dijalankan di TASKA.

SOP@ Prosedur  ini disediakan sebagai panduan kepada pengusaha /penyelia/pengasuh atau pembantu TASKA dalam melaksanakan program pengasuhan dengan lebih bersistem, teratur dan lancar. 


SOP ini dibina bertujuan untuk memastikan bahawa terdapat keselarasan dalam perjalanan program di semua TASKA.

Prosedur ini meliputi aspek:

1.      Perjalanan rutin harian
2.      Pengendalian aktiviti
3.      Pengawasan dan Keselamatan
4.      Kesihatan dan Pemakanan
5.      Pengendalian tingkahlaku kanak-kanak


Siapa yang perlu memiliki  panduan ini?


  • Pengusaha TASKA dan juga kakitangan TASKA
  • Bakal Pengusaha TASKA


ISIKANDUNGAN
PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK-KANAK DI TASKA
1.       MENERIMA KEDATANGAN KANAK-KANAK KE TASKA

v LANGKAH BERTUTUR DENGAN IBU BAPA
v KEHADIRAN KANAK-KANAK/BAYI

2.       MEMULANGKAN KANAK-KANAK KEPADA IBUBAPA

3.       MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN & FIZIKAL  KANAK-KANAK
v SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS BAYI
v SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS KANAK-KANAK

4.       PENGENDALIAN PEMAKANAN BAYI

v PENYEDIAAN MAKANAN
v MEMBERI BAYI & KANAK-KANAK MAKAN
v SOP PENYIMPANAN SUSU IBU
v SOP MENYEDIAKAN BOTOL SUSU
v SOP MENYEDIAKAN SUSU IBU UNTUK PENYUSUAN BAYI
v SOP MENYEDIAKAN SUSU FORMULA BAYI


5.       PENGENDALIAN AKTIVITI KANAK-KANAK

v AKTIVITI PERKEMBANGAN
v AKTIVITI BEBAS
v PERBUALAN PAGI
v AKTIVITI MAIN AIR
v AKTIVITI MAIN PASIR
v AKTIVITI ‘NATURE WALK’ – BERJALAN DI TAMAN
v AKTIVITI LAWATAN LUAR

6.       PENGENDALIAN WAKTU TIDUR KANAK-KANAK

v BAYI
v KANAK-KANAK

7.       PERSIAPAN MANDI KANAK-KANAK

v MANDI KANAK-KANAK 1 – 2 TAHUN
v MANDI KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN
v SOP BIMBING GOSOK GIGI
v SOP MENGGUNAKAN FLOS GIGI
v SOP MELATIH KANAK-KANAK LATIHAN KE TANDAS
v MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK KANAK-KANAK TATIH
v MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN



8.       MEMANDIKAN BAYI
9.       URUTAN BAYI
10.    MEMBEDUNG BAYI
11.    MEMAKAIKAN PAKAIAN BAYI
v MEMAKAIKAN SUT BAYI
v MEMAKAIKAN BAJU BAYI – BAJU ‘ROUND NECK’
v MEMAKAIKAN SELUAR BAYI

12.    MENCUCI TANGAN
13.    MENGENDALIKAN KEMALANGAN DAN PENYAKIT DI TASKA
v CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KEMALANGAN KECIL
v CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KEMALANGAN BESAR
v CARTA ALIRAN PENGENDALIAN UBATAN
v CARTA ALIRAN PENGENDALIAN PENYAKIT DI TASKA

              





Berapakah harga EbooK SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA ini?

CUMA RM 20 sahaja.

UNTUK PEMBELIAN, ANDA CUMA PERLU BUAT BAYARAN MELALUI BANK.


MAYBANK 155126919215
CIMB  7612806903
NOR AZURA ISMAIL

HANTAR SLIP BUKTI BAYARAN@WHATAPP  KE 016 7235080
& SERTAKAN ALAMAT EMEL ANDA.



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25



RM40



HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642


Matlamat Pandai baca Pada Awal Usia Rampas Dunia Kanak-Kanak


OLeh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Baru-baru ini saya telah ditemuramah secara eksklusif oleh wartawan BERNAMA Pn. Jenny Imanina Abdullah. Pada 15 Mei 2016 lalu, baru publish di BERNAMA Plus.
Tajuk artikel yang telah ditulis oleholeh Jenny ialah 'Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia Rampas Dunia Kanak-Kanak.

Mula-mula baca tajuk itu, memang teruja dengan tajuk ini. Apa sebenarnya yang ditulis oleh Jenny dalam tajuk ini hasil dari temuramah bersama saya?


Kebetulan pada masa yang sama saya telah terbaca satu post viral  di Facebook, ditulis oleh seorang ibu  yang komen  risau tentang anaknya yang berusia 4 tahun dimana anaknya masih  belum boleh membaca dan menyebut abc.

Ingin rasanya menjembut ibu berkenaan membaca perkongsian saya melalui artikel tulisan Jenny ini.

Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia 'Rampas'  Dunia Kanak-Kanak. 


Sesi temuramah eksklusif bersama wartawan BERNAMA

Kesian pada anak yang menjadi mangsa emosi kecewa dan risau si  ibu yang rasa terkilan  bila anak belum boleh membaca walaupun hanya berumur 4 tahun.

Aduhai ibu yang berkenaan, tentu masih tak tahu bahawa dunia anak-anak adalah bermain dan patut risau bila anak-anak diam sahaja dan tak reti bermain. Tentu tak normal kan.
Bagi saya , bukan setakat 4 tahun, hatta 5 dan 6 tahun pun jika belum boleh membaca ia adalah sesuatu yang normal dan biasa pada seorang yang bergelar kanak-kanak.
Agaknya si ibu malu bila 'compare' anak sendiri  dengan anak orang lain di sekelilingnya yang mungkin sudah boleh baca seawal 3 @4 awal.

Itulah kesilapan besar ibu bapa pada hari ini. Mereka sibuk mengejar masa pergi kerja siang hari dan balik pada waktu malam dengan penuh kepenatan , Mereka kurang perhatikan apakah potensi yang ada pada anak-anak sendiri pada usia tertentu.

Sangat terkilan rasanya bila  yang ibu bapa tahu , mereka perlu pastikan anak-anak cepat cerdik. Lalu, mereka bahkan sanggup keluarkan belanja yang mahal supaya anak dihantar ke TADIKA terbaik agar anak boleh membaca dengan cepat, Sekali lagi, apa yang mereka mahu ialah mereka perlu pastikan anak mereka pandai dengan cepat,  walhal mereka tidak pernah ambil tahu perkembangan dan potensi diri anak-anak. Dan paling sedih, ibu bapa ini sangat tidak memahami tingkahlaku semulajadi serta emosi anak-anak.

Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia 'Rampas'  Dunia Kanak-Kanak. 

Dalam artikel tulisan Jenny idi atas,  saya berkongsi rasa tentang kesalahan ibu bapa yang mangharapkan anak-anak  pandai di awal usia. Saya juga berkongsi rasa tentang keterujaan pengusaha TADIKA mempromosi TADIKA sebagai tempat terbaik bagi anak-anak cepat pandai dalam aspek akademik semata. Sebab itulah, memang biasa TADIKA menggunakan sistem penilaian bernombor dalam kelas TADIKA bagi melabel tahap kecerdikan seseorang kanak-kanak. Adakah itu adil pada seorang anak yang baru berumur 4, 5 atau 6 tahun.

Hakikatnya;
Semua orang lupa, menilai kepandaian akademik  anak-anak usahlah terlalu awal.
Semua orang lupa, dunia anak-anak adalah bermain.
Semua lupa, anak-anak juga punya emosi dan perasaan .
Semua orang lupa, siapa itu KANAK-KANAK


Jemput baca artikel penuh tulisan Jenny. KLIK di sini

Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia 'Rampas'  Dunia Kanak-Kanak. 


Sekiranya anda mempunyai anak-anak awal usia, cari potensi diri anak-anak ini. Biarkan mereka dengan dunia anak-anak yang penuh keseronokan dan bermain kerana masa anak-anak hanya sekali dalam kehidupan, yang pasti ia tidak akan berulang lagi.

InsyAllah, kalau anak anda memang cerdik akademik, dia akan buktikan juga nanti bila tiba masanya. Perjalanan menempoh aliran pembelajaran masih panjang lagi untuk anak-anak ini. Manakala jika anak-anak kurang cerdik akademik. pastinya dia mempunyai kebolehan dan kepintaran yang yang perlu digilap dan diperhatikan.

Berikan anak-anak peluang sepuasnya menikmati dunia kanak-kanak persis seperti zaman kita dulu.


Petikan dari artikel Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia 'Rampas'  Dunia Kanak-Kanak. 


Thursday, 19 May 2016



Matlamat Pandai Baca Pada Awal Usia 'Rampas' Dunia Kanak-Kanak

ANTARA BERMAIN DAN BELAJAR

Namun menurut Nor Azura, di sebalik semua itu, pernahkah kita sebagai orang dewasa cuba mendalami perasaan anak-anak ini?

Melalui pengalamannya ketika berhadapan dengan kanak-kanak, beliau berkata walaupun ketika mereka sedang membaca bersama kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya dan beliau yakin jika diberi pilihan antara bermain dan belajar pastinya kanak-kanak akan memilih untuk bermain.

Fitrah kanak-kanak memang suka meneroka, mencuba, bereksperimen, dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik mereka ialah melalui bermain, dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan, selamat dan penuh kasih sayang, tambah Nor Azura.

Namun dek kerana matlamat pandai membaca pada awal usia dijadikan kewajiban dalam kalangan ibu bapa, anak-anak ini dipaksa mengehadkan masa bermain mereka bagi memberikan lebih tumpuan kepada proses pembelajaran.

Menurut beliau daripada segi pemasaran, tadika yang berupaya melahirkan anak-anak yang cepat membaca akan menjadi rebutan dan ini sekaligus memberi tekanan yang hebat kepada para pengusaha tadika yang lain.




KELEBIHAN ANAK YANG BERMAIN

Akhirnya Nor Azura menyedari anak-anak yang tidak melalui proses paksaan tetap boleh membaca seperti anak-anak yang lain. Kelebihan mereka adalah mereka masih dapat menikmati dunia kanak-kanak yang seronok dengan bermain.

Mengambil contoh, katanya pada masa dahulu kanak-kanak mula belajar membaca pada usia tujuh tahun dan mereka masih boleh berjaya.



Petikan dari BERNAMA.





Sumber : Facebook 



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642




Tuesday 10 May 2016

PERLUKAH AJAR ANAK MEMBACA SEAWAL USIA 3 KE 4 TAHUN?

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Adakah anda yang mempunyai anak awal usia merasa risau dan bimbang kerana anak anda belum boleh membaca sebeum memasuki sekolah rendah?
Jadi, apakah yang perlu anda lakukan supaya anak cepat pandai membaca?

Jawapan saya, usah risau dan tak perlu lakukan apa-apa. Biarkan sahaja anak-anak dengan dunia mereka, Dunia anak-anak penuh dengan keseronakan dan bermain. Tentang pandai atau tidak mereka membaca di awal usia, letakkan sahaja di tepi. Fikirkan emosi anak-anak anda bukan fikirkan emosi anda semata.

Di saat kebanyakan ibu bapa hari ini ingin anak-anak cepat pandai membaca seawal usia 3 ke 4 tahun lagi,  anak bongsu saya , Aqil Al Aziz baru boleh membaca buku diusianya 7 tahun,  iaitu setelah 4 bulan perlu mengikuti program Linus@ Literasi di sekolahnya.



Mengapa Aqil belum boleh membaca buku di peringkat TADIKA nya?
Bukankah kebanyakan ibu bapa maupun guru di TADIKA berpendapat bahawa kanak-kanak mesti boleh dapat  membaca sebelum memasuki tahun 1?  Patutkah  Aqil dikategorikan anak yang  tidak pandai?
Sekali lagi perlu ditanya, perlukah ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?

Hakikatnya saya  sebagai ibu Aqil, memang tidak begitu bersungguh-sungguh mendedahkan Aqil dengan bacaan awal ketika dia di bawah usia  7 tahun.
Saya ingat lagi, ketika di TADIKA pada usia  6 tahun, cikgu TADIKA begitu susah hati bila tengok Aqil belum boleh membaca lagi walaupun bakal memasuki tahun satu. Cikgu TADIKA asyik menasihatkan saya supaya melatih Aqil membaca ketika di rumah.
Sedangkan Aqil pula, ketika di rumah, dunianya ialah bermain dan bermain. Saya pun tidak ambil pusing sangat nasihat cikgu TADIKA dan saya biarkan sahaja Aqil terus dengan kerja hakikinya iaitu BERMAIN.
Hakikatnya, saya sendiri pun hanya biar Aqil belajar awal bacaan  dengan cikgu TADIKAnya tanpa saya sendiri sambung ajar membaca di rumah apatah lagi untuk hanyar Aqil ikut kelas tambahan@ tuisyen membaca.



Tentulah saya ini  dianggap ibu yang tidak prihatin tentang kepentingan membaca di kalangan kanak-kanak TADIKA ketika itu.
Persoalannya, salahkah saya kerana tidak memastikan Aqil dapat membaca sebelum masuk tahun satu sekolah rendah?

Saya akui sebenarnya saya risau juga sebab saya lihat ramai kanak-kanak di TADIKA tersebut sudah boleh membaca hasil setelah dilatih tubi oleh cikgu TADIKA ditambah lagi dengan kelas tambahan samada di rumah atau dihantar ibu bapa ke kelas luar  Namun,  saya tekad mengatakan bahawa Aqil bukan tidak pandai mambaca tetapi dia memang belum bersedia untuk membaca.

Lalu saya terus biarkan sahaja sebabnya saya yakin bahawa minat untuk membaca akan datang  jua nanti dan Aqil akan boleh membaca dengan sendirinya bila tiba masanya. Pada saya ketika di peringkat TADIKA, Aqil cuma perlu didedahkan dengan proses pembelajaran awal bacaan dan bukannya hasil pembelajaraan dari awal bacaan tersebut seawal yang mungkin. Itu pandangan peribadi saya.

Bila difikirkan saya sendiri boleh membaca ketika umur 7  ke 8 tahun. Ibu bapa semua bagaimana dulu, tentu kebanyakannya boleh membaca ketika di sekolah rendah dan bukannya di peringkat TADIKA.
Lalu, di masa kini, perlukah kita ajar anak membaca seawal usia 3 ke 4 tahun?
Perlukah kita  risau sekiranya anak belum boleh membaca sebelum masuk tahun satu di sekolah rendah?

Saya tidak pernah memaksa Aqil untuk belajar membaca sebelum memasuki sekolah rendah. Saya juga tidak marah Aqil bila dia tidak dapat nombor yang baik ( dalam peperiksaan) di kelas TADIKANYA. Dalam hati, saya sangat tidak setujunya mengklasifikasikan anak-anak TADIKA dengan  nombor kedudukan dalam kelas. Kasihan pada anak-anak, kecil lagi tapi telah dinilai prestasi akademiknya oleh orang dewasa.  Tapi saya terima sahaja, bila cikgu TADIKA komen tentang prestasi akademik Aqil di TADIKA.

Saya sendiri  sama sekali tidak menilai kebolehan akademik Aqil ketika itu. Yang saya tengok Aqil seorang kanak-kanak yang sangat kreatif dan dari  segi aspek perkembangan menyeluruhnya memang sangat positif  sejak sebelum memasuki 6 tahun lagi.

Di usia 4  ke 6 tahun;
Aqil pandai bercerita, berbual dan berkata-kata dengan petahnya
Aqil sangat aktif ketika bermain
Aqil sangat kreatif meneroka dan mencuba sesuatu yang baru
Aqil pandai bergaul dan bermain bersama-sama kawan-kawanya
Aqil penuh dengan imiginasi yang kreatif
Aqil terlalu banyak bertanya
Aqil akan berkerut seperti sedang berfikir  ketika bercerita atau menjawab soalan
Aqil sentiasa teruja mencuba pelbagai aktiviti
Aqil seorang kanak-kanak yang yakin dan berani
Aqil pandai berdikari urus diri sendiri
Aqil kenal huruf dan nombor dan boleh membatangkan sukukata mudah

CUMA, KETIKA ITU , DI USIA 6 TAHUN;
AQIL HANYA TIDAK BOLEH MEMBACA




Namun akhirnya, di umur 7 tahun ini , setelah 4 bulan berada di kelas pemulihan (sebab trend sekolah sekarang, perlu masuk kelas pemulihan jika tidak boleh membaca) Aqil sangat teruja mengeja dan membaca persis seperti baru berada di sekolah TADIKA. Dan saya yakin, sedikit  masa lagi, Aqil pasti akan boleh membaca dengan lancar tanpa sebarang tekanan. Kelihatannya dia seronok membaca dan faham setiap apa yang dibacanya.

Bagaimana jika kanak-kanak boleh membaca seawal 3@4 tahun sepertimana yang diinginkan oleh ibu bapa? Adakah mereka faham apa yang dibaca,? Tentunya, kanak-kanak ini boleh membaca setelah dilatih tubi setiap hari kerana anak-anak memang mudah menyerap apa yang dipelajari. Bagaimana perasaaan anak-anak ini ketika dipaksa belajar membaca? Bagaimana dengan kerja hakiki mereka untuk merasa seronok bermain dan belajar sesuatu melalui bermain?  Ketika sibuk hendak bermain, tiba-tiba disuruh ke kelas tambahan untuk belajar membaca.

Kesimpulannya , bila saya melihat situasi Aqil, sepatutnya di usia 7 tahun inilah dia  baru benar-benar bersedia untuk diajar membaca dan insyAllah dia akan dapat membaca dengan lancar dalam keadaan emosi yang menyeronokkan.



Ketahuilah bahawa membaca adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan tidak semestinya kemahiran ini perlu mula dikuasai  diperingkat seawal 3 tahun lagi jika kanak-kanak belum bersedia.
Jom ubah persepsi kita  terhadap keupayaan anak-anak. Setiap anak mempunyai keupayaan@kebolehan yang berbeza. Di usia 3 tahun ke atas, belajar memahami tingkahlaku dan keinginan kanak-kanak serta kenalpasti potensi diri anak2 tersebut. Bantu mereka memperkembangkan portensi dalam diri mereka  dalam pelbagai aspek perkembangan  yang tentunya bukanlah kebolehan membaca semata.


Alhamdulliilah, Aqil sudah boleh membaca mestipun terpaksa dilabel sebagai pelajar pemulihan. Semoga Aqil berjaya dalam potensi yang ada dalam dirinya. InsyAllah.



********************************************


Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642




Monday 2 May 2016

PENDIDIKAN ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Anak-anak adalah individu yang sentiasa  perlu dibimbing, dididik dan diasuh serta dipantau sepanjang usia mereka membesar menjadi individu dewasa. Individu yang paling hampir dengan anak-anak tentu sekali  ialah ibu dan ayah dimana pendidikan anak-anak bermula dari rumah ibu dan ayahnya.

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk membesarkan anak-anak mengikut acuan yang sempurna. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa  bagaimana anak-anak apabila dewasa kelak, banyak dipengaruhi oleh didikan, asuhan  dan acuan dari ibu bapa nya semasa dia kecil.

Sebaik dikurniakan anak, umumnya ibu bapa menyedari bahawa mendidik anak merupakan tanggungjawab utama mereka. Pastinya,  mendidik anak masakini,  bukan merupakan suatu tugas yang mudah atau boleh di ambil mudah oleh ibu bapa. Selari dengan pelbagai teknologi, perkembangan dunia semasa  dan pelbagai pembaharuan dalam persekitaran pembesaran anak-anak,  ibu bapa  sangat memerlukan ilmu dan kemahiran yang disirami dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang dalam mengasuh dan mendidik anak-anak ini.

Dimanakah dan bilakah  pendidikan anak-anak harus dimulakan?

Sewajarnya perlu pendidikan anak-anak bermula dari rumah iaitu sedari anak dalam perut ibunya lagi. Begitu banyak amalan dan cara yang boleh  dipraktiskan oleh ibu sewaktu mengandungkan anak-anak, dengan harapan anak-anak  lahir menjadi jadi anak yang baik. Sebaik lahir, tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak dipikul bersama oleh ibu dan bapa.
Oleh itu, paling utama , pendidikan anak-anak  bermula dari rumah dimana ibu bapa adalah sebaik-baik pendidik dan sehebat-hebat pembimbing awal kanak-kanak.

Bagaimana cara mendidik anak-anak di rumah; antaranya,

Asuh dan didik anak-anak dengan didikan terbaik
Tunjukkan contoh teladan yang  baik pada anak-anak.
Berkata perkara-perkara yang baik dengan nada yang lembut.
Ajarkan akhlak mulia.
Ajarkan anak kemahiran asas urus diri.
Bantu galakkan perkembangan dan potensi diri anak.
Dedahkan  perkara yang baik pada anak-anak.
Berikan didikan dan asuhan yang baik dan sesuai  mengikut umur dan kebolehan anak-anak.
Doakan anak-anak.

Anak ke 2 dan ke 4 saya


Ibu bapa yang berjaya memberi pendidikan semulajadi dari rumah, yakni  didikan terus dari tangan mereka sendiri,  adalah ibubapa yang hebat dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak nya.
Kesimpulan dari mendidik anak, sebaik- baik pendidikan untuk anak haruslah dimulakan dengan mendidik akhlak, membina keperibadian, sahsiah dan juga memperkembangkan potensi diri anak-anak.

Hebatnya dan indahnya, sedari anak lahir, ibu bapa telah pun mula memberikan didikan dan asuhan dari tangan-tangan mereka sendiri.
LALU;

Bila telah tiba masa anak perlu di ke TASKA,
Bila telah cukup umur anak perlu di hantar ke TADIKA
Bila telah bersedia untuk di hantar ke sekolah;
Janganlah ibu bapa bulat-bulat menyerahkan dan memindahkan segala bentuk pendidikan  kepada pihak TASKA, TADIKA maupun sekolah.
Perlu disedari bahawa, pendidikan yang formal di sekolah adalah hanya sebahagian sahaja  daripada bentuk pendidikan yang harus diterima oleh kanak-kanak.
Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab pendidikan hanya kepada pihak sekolah.
Jangan pula pendidikan yang di terima di tadika atau sekolah membebankan anak-anak hingga tiada masa untuk anak-anak ini menyusuri dunia bermain mereka.
Untuk anak-anak awal usia, Ibu bapa yang seharusnya membuat keputusan mengenai bentuk pendidikan yang harus diterima oleh anak-anak . Pastikan anak belajar dalam suasana yang kondusif dan ceria serta amalkan konsep belajar sambil bermain.

Anak-anak anda,
Anda yang mencorakkannya.
TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI.


Dan ingatlah,  membentuk siapa diri anak-anak   yang utama ialah di rumahnya sendiri  dimana pendidikan anak-anak bermula dari rumah dari tangan-tangan seorang ibu dan ayah. 

*******************************************************************************

Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

RM 20                                          RM25




HUBUNGI SAYA, 016 7235080 / 019 2115642