Monday 27 February 2017

Memulakan Perniagaan TASKA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




Baru-baru ini saya mengendalikan sebuah Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA di Kuala Lumpur. Bengkel ini saya hadkan penyertaannya  di dalam kumpulan kecil di mana pada hari tersebut, bengkel ini hanya dihadiri dalam 15 orang peserta sahaja.  Pada saya, dengan kumpulan yang kecil ini, skop bengkel akan lebih menjurus kepada perbincangan dalam kumpulan dan para peserta akan lebih fokus.

Siapakah yang sebenarnya menghadiri Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA tersebut?

Semua peserta yang hadir pada bengkel tersebut merupakan mereka yang belum memulakan apa-apa langkah lagi berkaitan perniagaan TASKA ini. Mereka pun belum boleh dikatakan sebagai bakal usahawan TASKA. Rata-rata masih dalam peringkat 'survey' dan masih kuang ilmu berkaitan bisnes ini.

Peserta dalam bengkel memulakan perniagaan TASKA yang lepas sangat teruja untuk mengetahui langkah demi langkah yang perlu mereka ikuti sebelum, semasa dan selepas proses penubuhan TASKA

Memulakan Perniagaan TASKA, nampak seperti mudah sebab itu  TASKA banyak ditubuhkan umpama seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya adakah individu yang memulakan perniagaan TASKA itu benar-benar faham apa itu pendidikan awal kanak-kanak.? 
Adakah mereka memang tahu dan mahir mengenai setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi penguatkuasa.
Adakah mereka benar-benar memahami produk mereka iaitu 'kanak-kanak' dan pelanggan mereka iaitu ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TASKA?

Alhamdullillah, nampaknya setelah selesai Bengkel Memulakan Perniagaaan TASKA kendalian saya itu, peserta telah mula nampak dan faham laluan dan langkah seterusnya yang perlu mereka harungi. Tahniah kepada peserta bengkel yang lepas. Saya masih  akan terus membantu peserta yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan. Dengan kata lain, setelah hadir bengkel, peserta masih boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan pencerahan.


Jadi, adakah anda calon peserta Bengkel Memulakna Perniagaan TASKA kendalian saya yang seterusnya?

Adakah anda kategori individu seperti di bawah?

Ingin memulakan Perniagaan TASKA sendiri, tetapi tidak tahu apa langkah yang perlu dilakukan?


Saya ingin menjemputanda yang berminat untuk  hadir ke bengkel saya yang seterusnya, Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA.

Tempat : Hulu Kelang, ( berdekatan Zoo Negara, Kuala-Lumpur)
InsyAllah, dalam bulan Mei ini.

Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA, khas untuk mereka yang baru atau ingin berjinak dalam industri ini. 

Peringatan; 
Jangan ceburi industri ini jika anda tidak mengetahui cabarannya dan langkah- langkah yang sepatutnya anda lakukan.

Memulakan bisnes pendidikan awal kanak- kanak ini, memang sangat- sangat memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengendalikannya. Sebab apa?

Kerana produk kita bukan barang tetapi ialah sejauh mana pendidikan dan.penjagaaan awal terbaik  yang perlu diberikan kepada anak- anak di sesebuah TASKA.
Belajar dulu , cari ilmu dan kemahiran dulu sebelum anda memulakan perniagaan TASKA ini.
Nampak senang tetapi penuh cabran. Tanya pada mereka yang berpengalaman.


Atau;
Jemput ke Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA di Hulu Kelang pada bulan Mei 2017 ini.
Bengkel hanya dalam kumpulan kecil penyertaan.

Sila isi BORANG TEMPAHAN  ini untuk tempah nama anda. TIADA BAYARAN AWAL untuk tempahan nama ini sehingga bulan Mei nanti.

Anda boleh hubungi saya Pn. Norazura 0167235080, Pakar Pengajar
Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan pengiat insustri ini untuk sebarang makluman atau persoalan berkaitan.



SIAPA SAYA?

Nama :  Nor Azura Ismail
Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :


Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.

Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


No comments:

Post a Comment