Saturday 18 March 2017

Pemberian ubat untuk anak-anak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Rujukan : Artikel dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri.
Perkara  yang perlu diketahui berkaitan pemberian ubat kepada anak-anak.
1. Ubat orang dewasa tidak boleh diberi kepada kanak-kanak.
2. Pemberian ubat kepada kanak-kanak perlu mengikut dos sukatan yang betul.
Perkara yang perlu dikenalpasti ketika memberi ubat kepada anak-anak:
1. Kenalpasti jenis ubal, nama dan kegunaan ubat.
2. Kenalpasti arahan sukatan dan cara pemberian ubat kepada anak-anak.
3. Kenalpasti kesan sampingan sesuatu ubatan itu.
Langkah pemberian ubat kepada anak-anak:
1. Baca dan fahamkan arahan pengambilan ubat.
2. Goncang dulu ubat yang dalam bentuk cecair.
3. Gunakan picagari atau penyukat dos.
4. Sukat ubat mengikut dos yang  ditetapkan.
5. Pujuk anak-anak dengan kata- kata yang lembut.
6. Beri kanak- kanak ubat dan bersabar dengan kerenah mereka.
7. Beri pujian jika anak-anak dapat mengambil ubat dengan baik.
Cara penyimpan ubatan.
1. Simpan dalam peti sejuk atau di tempat sesuai. ( Rujuk doktor)
2. Tutup ubat dengan sempurna.




































No comments:

Post a Comment