Saturday 18 March 2017

SPM bukan penentu kejayaan

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Saya ingin berkata bahawa keputusan SPM bukan penentu kejayaan masa depan. Sebaliknya rajin, usaha, tekad dan ketekunan itulah yang bakal membimbing seseorang dalam melakar sesuatu kejayaan dalam.kehidupannya.

SPM.bukan penentu kejayaan masa depan.
Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan, dari yang dapat berderet-deret A atau hingga yang tiada langsung A, kita sebagai ibu bapa harus ucapkan tahniah dan terima apa sahaja hasil usaha mereka selama ini. Keputusan akademik bukan penentu kejayaan masa depan. Kegagalan hari ini juga bukan beerti gagal seterusnya. Banyak yang anak-anak  ini perlu pelajari dalam kehidupan seterusnya. Satu kelebihan pada anak-anak  jika mereka boleh cemerlang akademik. Tapi sebenarnya, nak jadi orang berjaya kelak, antaranya; perlu rajin, kreatif, semangat , jangan cepat mengalah, jangan mengada-ngada, jangan.manja sangat hingga tidak boleh rasa susah dan.sentiasa ada rasa ingin mencuba. Baru boleh berjaya .
Dalam hidup era ini, pandai akademik saja tak cukup. Lalu anak-anak, jangan  leka dengan kejayaan hari ini. Buat anak-anak yang kurang cemerlang pula pada hari ini, korek dan gilap apa potensi yang ada pada diri anda. Dan paling-paling penting ialah jadilah anak-anak yang soleh solehah. Anak soleh solehah tak tinggal solat dan dengar cakap.ibu bapa.

Jangan sedih jika keputusan SPM.kurang memberangsangkan.
Sememangnya SPM bukan penentu kejayaan masa depan anak- anak.

Jika anak-anak kurang dalam akademik , apa kata menceburi bidang kemahiran tertentu. Ada pelbagai kemahiran yang boleh di.pilih dan boleh di seauaikan dengan minat dan potensi diri masing- masing.

Minat dengan industri prndisikan awal kanak-kanak, Ingin jadi usahawan TASKA TADIKA pada suatu hari nanti, mari belajar Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Hubungi saya,
Pn. Norazura 016 7235080
saya pakar pengajar kemahiran pendidikan awal kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment