Friday, 14 April 2017

Bisnes TADIKA, suka dan duka

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Catatan cerita 2.
Pelbagai ragam, perencah pengalaman.

Dunia pendidikan awal kanak-kanak, bermulalah episod suka dan duka.
8 tahun meniti sebuah perjalanan dalam perniagaan TADIKA ini,  saya gagahi jua hingga ke hujungnya.  8 tahun perasaan ini bercampur baur, antara suka, gembira, duka dan nestapa tetap saya harungi jua.

Mengapa hanya 8 tahun sahaja? Mungkin itulah tempoh pembelajaran kehidupan yang telah ditetapkan untuk saya.
Siapalah yang tahu dan yang memahami selama 8 tahun saya berada di persada industri TADIKA ini. Tidaklah pernah sesekali saya mensiakan hasrat dan harapan setiap ibu bapa yang menghantar anak ke TADIKA saya. Sebolehnya saya pastikan semua anak- anak menjadi pandai lalu tercapailah hasrat si ibu si bapa.
Ketika itu minda saya juga berkata, pendidikan awal  ialah mendidik anak-anak awal usia menjadi cepat pandai. Saya sama juga seperti ibu bapa yang lain, teruja untuk melihat anak-anak TADIKA cepat pandai baca, tulis dan kira.

Hakikatnya saya juga kurang faham definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnya lalu saya gagal juga fahamkan ibu bapa yang tidak sabar-sabar melihat anak cepat pandai. Lalu, jadilah matlamat TADIKA saya sama seperti TADIKA lain, bersaing menunjukkan TADIKA mana yang cepat menjadikan anak pandai.
Sememangnya bila anak pandai, sebakul pujianlah yang akan diterima. Jika sebaliknya, kelulah lidah untuk menjawab;
'kenapa ya cikgu, dah 4 bulan di TADIKA, anak saya masih tak pandai baca, cikgu ajar apa ya?'
Tertekan betul dengan jangkaan ibu bapa terhadap prestasi anak-anak awal usia ini.

Saya juga tidak lari dari masalah dan cabaran semasa sebagai seorang usahawan TADIKA. 
Saya dan keluarga hampir selalu menjadi perhatian masyarakat sekitar TADIKA. Rimasnya bila mereka sibuk nak tahu mengapa saya perlu memiliki anak yang ramai , sibuk lihat saya tinggal di mana, saya bawa kereta jenama apa, di mana anak saya bermain, apa pekerjaan suami saya dan macam-macam lagi. Macam pelik tetapi itulah hakikatnya.
Saya tidak boleh lari dari melayan pelbagai kerenah ibu bapa yang ada sahaja komen negatif yang tidak mampu saya tangkis berbekalkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang agak cetek dalam diri saya ketika itu.

Bergelumang pula dengan masalah pekerja; ada yang lari membuka TADIKA sendiri sambil membawa lari bersama pekerja lain dan anak-anak TADIKA.  Pekerja ini ibarat madu dan racun; menjadi madu kerana mereka tulang belakang TADIKA. Boleh juga menjadi racun yang menghancurkan majikannya.

Sungguh banyak emosi saya yang terganggu oleh kerana terlalu sangat ingin menuruti kehendak pekerja dan pandangan ibu bapa. Teringat kata seorang pakar motivasi, jika hendak jadi orang berjaya abaikan kata-kata dan pandangan negatif orang lain. Pandang dan lihat dalam diri sendiri dan belajar hargai kebolehan serta kelebihan diri kita sendiri.

Ketika ini saya suka membuat kesimpulan, untuk mengharungi cabaran bisnes dalam TADIKA atau TASKA,  yang mana produk kita adalah hasil kanak-kanak dan pelanggan kita adalah ibu bapa yang pelbagai ragam, kita sebagai pengusaha perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang mendalam berkaitan pendidikan awal kank-kanak. Kita sama sekali tidak boleh ambil mudah sesuatu perkara berkaitan.

Kesimpulannya juga, saya belajar menjadi orang bisnes kini hasil dari ketandusan ilmu dan kegagalan masa lalu. Kata bijak pandai, kegagalan adalah guru terbaik buat kita.

Apa pun, cukuplah pengalaman lalu mengendalikan TADIKA  menjadi modul pengalaman kehidupan yang bermakna buat saya.  Saya tidak mungkin akan mengusahakan TADIKA lagi, bukan kerana serik tetapi kerana saya ingin gali dan sedang menyusur ebih jauh lagi ke dalam industri ini.

Kita perlu belajar dan terus belajar untuk berjaya. Jadilah insan berilmu dan berkemahiran dalam industri yang sedang kta ceburi ini.

Pendidikan dan penjagaan awal kanak,-kanak, suatu kerjaya yang mulia. Mari kita teruskan.


#Catatanbukupengalaman
#Norazurachildcarepractitioner


SIAPA SAYA

Anda boleh hubungi saya:




Nama :  Nor Azura Ismail

Tel/Whatsapp : 016 7235080/ 019 2115642
Emel :  pnnorazuraismail@gmail.com
             
page : http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner

*******************************************


Produk EBOOK & perkhidmatan 
yang saya tawarkan :



Penceramah@Jurulatih Jemputan
Jemputan untuk sebarang program@ceramah  keibubapaan, bengkel  atau program untuk pendidikan awal kanak-kanak, TASKA dan TADIKA.


Info@Maklumat - Kursus Asuhan dan DidikaAwal 
Kanak-Kanak PERMATA - kursus wajib untuk bakal pengusaha TASKA dan pengasuh@pendidik TASKA

EBOOK Saya
(ebook adalah buku dalam bentuk digital)












PERKHIDMATAN
Konsultansi penubuhan TASKA TADIKA
Penyediaan kertas kerja penubuhan perniagaan 
TASKA TADIKA

Penyediaan Blogspot untuk TASKA TADIKA





Perolehi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA melalui pengiktirafan 





** EBOOK terkini, Panduan Pengendalian SOP Kanak-Kanak di  TASKA  **
Langkah-langkah kerja@pengendalian rutin harian kanak-kanak di TASKA

RM 20


Anda boleh tempah EBOOK dan perkhidmatan saya 

Terus hubungi saya  016 7235080 / 019 2115642





No comments:

Post a Comment