Sunday 7 May 2017

Bisnes dan Syariat



Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Baru-bari ini saya ke Had-yai dan saya telah berjalan-jalan di sebuah 'Shopping Mall - Central Festival Mall'  yang besar dan moden terletak  di tengah-tengah bandar Had-yai.Tiada apa yang begitu menarik  di 'Mall' tersebut kerana ianya sama sahaja persis seperti 'dan moden ' besar di Malaysia.

Saya ke sana kerana mencari tempat untuk makan tengahari yang halal  sementara menunggu waktu untuk ke sempadan balik ke Padang Besar. ( Saya sedang bercuti bersama keluarga ketika itu)

Mencari tempat makan yang halal pun bukanlah perkara yang sukar di Hadyai kerana ramai orang Islam yang berniaga makanan termasuklah di Mall tersebut. Kelihatan di food court yang disediakan memisahkan ruang antara makanan halal dan makanan tidak halal. Terpampang perkataan 'Muslim Food' di kaunter makanan halal di mana kebanyakan pekerjanya juga menutup aurat.


Alhadullillah,  kenyang makan di situ. Tempatnya bersih dan makanan yang disediakan memang class dan sedap walaupun sekadar makan di Fourt Court. Tiada lah pula kelihatan warga asing seperti Nepal, Mynmar dan sebagainya yang  menjadi perkerja di Food court tersebut. Memang berbeza dengan  di Malaysia.

Pernah suatu ketika dulu saya ingin makan di Food Court di  EON Jusco tapi membatalkan niat tersebut apabila saya confuse dengan warga yang menyediakan makanan tersebut apatah lagi untuk rasa yakin dengan agama mereka. Islam kah? Adalah caa penyediaan makaann yang dikatakan halal mengikut syariat Islam?

Berbalik cerita tadi, selesai makan, saya berjalan-jalan seketika di bebara paras di Mall yang besar itu.  Sedang berjalan, tiba-tiba kaki saya terhenti di salah sebuah kedai salon rambut yang kelihatan moden. Kelihatan juga  di dalam salon tersebut, seorang pekerja muslimah bertudung litup, memakai pakaian longgar dan memang menutup aurat dengan sempurna sedang bersama-sama rakan sekerjanya, non - muslim memakai skrit) memberikan perkhidmatan dandanan rambut kepada pelanggan salon. Asyik sekali si muslimah pekerja salon mendandn rambut pelanggan yang saya rasa juga seorang non-muslim.




Saya memang sangat teruja melihat ada seorang muslimah yang aurat dengan sempurna sedang bekerja di sebuah salon rambut yang moden dan canggih. Sedang saya terintai-intai dan sempat pula mengambil gambar di situ, seorang anak muda menerpa saya dan suami saya. Oh dia adalah pengusaha salon tersebut.
Saya juga sempat berbual-bual  dengan tuan punya salon, seorang anak muda Thailand beragama Islam dan memang fasih berbahasa Melayu, juga sempatlah meminta kebenaran dia bergambar bersama suami saya.



Sungguh saya terkesima, bergegas ingin mengambil gambar bukti.
Mengapa?

Kerana;
1. Orang Islam boleh menjalankan satu bisnes di sebuah Shopping mall yang besar dan moden.
2. Salah seorang pekerja salon yang ditemui menjaga dan menutup aurat sepenuhnya ketika bekerja. Tidak perlu pun memakai pakaian glamour dan berhias berlebih-lebihan.


Apabila saya kongsikan pengalaman penemuan ini dengan kawan-kawan, ada seorang rakan alam maya saya beragama kristian memberi komen;

Katanya, di Kota Kinabalu ( dia tinggal di situ) fenomena memakai tudang adalah biasa sebagai pekerja islam di salon. Persoalannya adakah mereka menutup aurat dengan pengertian yang sebenar dan menepati kehendak syariat.


Kalau di Malaysia, di salon-salon moden selalunya saya lihat pekerjanya;

Tutup rambut tapi menampakkan bahagian dada,
Tutup rambut tetapi seluarnya ketat.
Tutup rambut tapi menonjolkan semua bahagaian anggota badan.

Jadi, saya beritahu kepada kawan saya yang beragama kristian itu, bahawa dalam Islam menutup aurat bukan sekadar tutup rambut sahaja bahkan lebih dari itu. Barulah dia faham kenapa saya teruja.

Kesimpulanya, orang Islam juga boleh berjaya tanpa meninggalkan syariat Islam.
Orang Islam juga boleh berbisnes tanpa membuka auratnya.



Tahniah, wahai anak muda (lupa nak tanya nama dia)

Saya belajar sesuatu pengalaman kehidupan hari ini di Hatyai Thailand.


Nor Azura Ismail

No comments:

Post a Comment