Monday 29 May 2017

Rancang aktiviti kreatif kanak-kanak

oleh: Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Jom rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

Kanak-kanak suka bermain. Lantaran itu, jadikan permainan suatu aktiviti bermakna yang  dapat memperkembangkan daya kreativiti, imiginasi dan kemahiran berfikir kanak-kanak.
Bantu kanak-kanak mencari aktiviti kreatif pelbagai.

Seorang pendidik di TASKA perlulah juga seorang yang mempunyai kepelbagaian idea, yang boleh rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

Saya selalu ingatkan kepada pelajar-pelajar SKM saya bahawa cikgu TASKA yang kreatif ialah cikgu yang boleh rancang aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.

Saya tak suka setakat aktiviti mewarna dengan pensil warna, belajar abc atau 123 dan  aktiviti menulis dot...dot..
di TASKA.
Saya saya janggal jika seorang yang bergelar cikgu TASKA asyik ulang-ulang aktiviti di atas bersama kanak-kanak.

Naluri kanak-kanak sukakan kepelbagaian aktiviti yang menarik.
Kanak-kanak sukakan aktiviti yang lebih menyeronokkan dan yang membuat mereka lebih teruja.

Antara aktiviti kreatif yang boleh dijalankan ialah mewarnakan pasir laut, mewarna dengan bancuhan tepung gandum  dan main masukkan surat ke dalam.peti surat yang dihasilkan bersama kanak-kanak.

Jom cuba.
Rancang aktiviti kreatif bersama kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment