Friday 16 June 2017

Aktiviti Perkembangan Kognitif

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Aktiviti Perkembangan Kognitif

Dengan perkataan mudah, maksud Perkembangan Kognitif dikaitkan dengan sejauhmana kanak-kanak berfikir secara logik menggunakan minda dan intelektual untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

Kali ini, saya bukan ingin menghuraikan dengan terperinci definisi Perkembangan Kognitif. Anda boleh dapatkan melalui 'google' definisi Perkembangan Kognitif ini.  Kali ini saya akan kongsikan 2 aktiviti yang boleh dijalankana untuk menggalakkan Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak di bawah 6 tahun.

Dalam kontek kurikulum PERMATA NEGARA yang digunapakai di TASKA, Perkembangan Kognitif boleh dipecahkan kepada 2 bidang perkembangan pembelajaran, iaitu;

1. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
2. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. 

JOM LIHAT AKTIVITI PERKEMBANGAN KOGNITIF;




Tajuk Aktiviti : Cantum bentuk segiempat

Objektif Aktiviti : Kanak-Kanak boleh mengenali bentuk segiempat. 

Pelaksanaan Aktiviti: Minta kanak-kanak cantumkan bentuk-bentuk empat segi menjadi sesuatu corak, misalnya menjadi permainan teng-teng.  Fokus utama ialah untuk memperkenalkan bentuk-bentuk segiempat kepada kanak-kanak.

Objek berbentuk segiempat di perbuat daripada kotak dan diwarnakan serta dicorakkan dengan beberapa warna dan corak yang sama.  Dari sudut aktiviti kognitif, anda juga memperkenalkan warna kepada kanak-kanak. Selain dari itu, sebelum kanak-kanak membentuk Teng-Teng,  kanak-kanak juga boleh belajar mengasingkan bentuk segiempat mengikut warna.

*******************************************************************************







Aktiviti seterusnya....


Tajuk Aktiviti : Gelung besar, gelung  kecil

Objektif Aktiviti :  Kanak-kanak boleh membezakan gelung bersaiz besar dengan gelung bersaiz kecil.

Pelaksanaan Aktiviti :

Keluarkan gelung-gelung yang mempunyai 2 saiz iaitu saiz besar dan kecil.  Gelung diperbuat daripada kertas yang dibentuk seperti gelung dan ditampal dengan selotep.
Letakkan gelung-gelung tersebut di depan kanak-kanak dan minta kanak-kanak asingkan gelung saiz besar dan saiz kecil.  Beritahu dengan jelas kepada kanak-kanak perbezaan keduannya.  Jika kanak-kanak yang lebih besar, mungkin anda boleh sediakan pelbagai jenis saiz yang berbeza.

Seterusnya, boleh teruskan aktiviti dengan bermain baling gelung ke muncung botol-botol mineral kosong telah telah siap di hias.


Untuk kedua-dua aktiviti di atas, sesuaikan cara pelaksanaan aktiviti (mudah dan sukar) mengikut umur dan tahap kebolehan kanak-kanak.



NAK DAPATKAN IDEA AKTIVITI KANAK-KANAK MELALUI BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK ?

DAPATKAN PELBAGAI IDEA MELALUI

ebook 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK




Dapatkan EBOOK RPA yang lengkap sekarang.
























































2 comments: