Monday 23 October 2017

Tip bisnes TASKA TADIKA

Assalamualaikum,
Adakah anda bercadang memulakan sebuah perniagaan TASKA TADIKA atau anda memang sedang mengendalikan bisnes tersebut.
Seorang sahabat on line telah memberikan idea  tip ini kepada saya. Tip berjaya dalam bisnes anda.
1. Samada anda baru hendak mula bisnes TASKA  TADIKA atau anda ingin terus maju, elakkan suka memberi alasan.  Apa pun alasan akan menggagalkan usaha anda untuk mencapai matlamat. Buangkan alasan remeh, cari penyelesaian kepada masalah yang timbul, bukan cari alasan.
2. Berbisneslah sesuatu yang dapat  menyelesaikan masalah orang lain. Fikir-fikirkan, apa lagi yang mampu anda tawarkan kepada pelanggan.
Misalnya bisnes TASKA, anda bantu masalah ibu bapa untuk menjaga anak sementara mereka pergi bekerja.
Bisnes TaDIKA , anda bantu ibu bapa yang tidak punya masa untuk memberi sedikit didikan ilmu kepada anak- anak.
Fikirkan, dalam bisnes TASKA TADIKA, apa lagi yang mampu anda tawarkan untuk selesaikan masalah ibu bapa.
3. Mulakan bisnes secara  kecil-kecilan
Jangan terfikir nak terus buat bisnes se gah mungkin. Hati-hati kerana  menurut kajian, hanya 10℅ bisnes sahaja akan berjaya, manakala lagi 90℅ akan gagal.
Misalnya,  jika belum benar-benar bersedia, mulakan TASKA anda secara kecil-kecilan dulu, buat TASKA di rumah dulu.
Tak perlulah nak sewa premis yang besar dan mahal untuk bisnes Tadika anda yang baru hendak bermula.
4. Jangan putus asa
Gagal adalah perkara biasa dalam bisnes. Hadapi ia dan jadikan ia guru terbaik buat anda. Teruskanlah berusaha tanpa jemu. Selalulah bersikap positif bukan mengalah dan mengundur diri.
5. Tambah ilmu.
Jangan malu, jangan berfikir-fikir , usah kedekut untuk labur sedikit duit untuk mendapatkan ilmu.  Anda perlu ada mentor untuk terus membimbing matlamat perniagaan anda. Carilah ilmu sebanyak mungkin untuk lebih memahirkan bisnes anda.
Semoga anda semua berjaya mencapai matlamat bisnes anda.
Jom, jom hubungi saya jika berhasrat untuk join bengkel kreativiti bersama saya bulan Disember nanti. InsyAllah
#Norazurachildcarepractitioner
#Norazuraskmpractitioner

No comments:

Post a Comment