Log harian kanak-kanak
adalah satu buku log yang mengandungi
catatan yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan juga aktiviti pembelajaran
kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.
Sebuah perniagaan TASKA yang
professional mesti mewajibkan penulisan buku log ini setiap hari. Buku Log
Harian Kanak-Kanak mengandungi bahagian yang perlu diisi oleh ibubapa dan
sebahagian lain yang perlu dicatatkan oleh pengasuh@pendidik di TASKA. Selain daripada mencatatkan aktiviti harian
di TASKA, buku log juga bertujuan untuk melibatkan ibubapa dalam konteks
mengambiltahu perkara yang berlaku kepada anak-anak mereka sepanjang hari di
TASKA. Ibubapa perlu mencatatkan mengenaikan kedatangan anak-anak, barang
keperluan dan keadaan fizikal anak-anak sewaktu di hantar ke TASKA. Selain itu
ibubapa boleh memberi komen terhadap
catatan tertentu yang ditulis oleh pengasuh mengenai anak-anak. Secara tak
langsung berlakulah komunikasi bertulis antara ibubapa dan juga pengasuh anak-anak.
Pihak pengurusan TASKA pula
perlulah memastikan yang buku log ditulis dengan betul dan jujur. Pastikan
semua pangasuh@pendidik tahu cara mencatatkan butiran dalam buu log secara
professional dan beretika. Catatan dalm Buku Log harian Kanak-kanak banyak membantu pihak TASKA sekiranya berlaku
sesuatu salah faham atau kekeliruan di kalangan ibubapa mengenai perkara yang
berlaku di TASKA. Catatan dalam buu log boleh dijadikan bukti yang kukuh. Oleh
sebab itu , penting pengasuh mencatatkan sesuatu dengan betul bukan sekadar
sambil lewa sahaja.
Berikut adalah contoh
catatan dalam Buku Log Harian Kanak-Kanak di TASKA.
TASKA
RIA
CATATAN
LOG HARIAN KANAK-KANAK
Nama
kanak-kanak : Siti
Umur
: 2 Tahun
CATATAN LOG
HARIAN KANAK-KANAK
TARIKH : HARI : ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS/JUMAAT
DIISI
OLEH IBUBAPA/PENJAGA
Tiba
jam 08.30
am yang menghantar Ibu
Anak
tidur nyenyak semalam? YA /
TIDAK
Jika tidak kenapa____________________________________
Anak
sudah dimandikan/dibersihkan. YA/TIDAK
Alatan/bahan
yang dibawa
Perkara
|
Kuantiti
|
Perkara
|
Kuantiti
|
Perkara
|
Kuantiti
|
Botol
susu
|
2
|
Botol
air
|
-
|
Pakaian
|
4 pasang
|
Lampin
pakai buang
|
4
|
Tuala
|
1
|
Plastik
(Baju kotor)
|
1
|
Lain-lain
|
-
|
||||
CATATAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Kesihatan Anak :
Anak anda sihat? YA /TIDAK
Jika tidak, kenapa? _____________________________________________________
Suhu_______________________________Ubat____________________________
Pemeriksaan fizikal kanak-kanak (Tanda dan catat di
bahagian berkaitan)
Hadapan Belakang
OK OK
CATATAN RUTIN
HARIAN DAN AKTIVITI KANAK-KANAK
PERKARA
|
MASA
|
KUANTITI
|
CATATAN PENGASUH
|
CATATAN
IBUBAPA
|
Minum Susu
|
08.30 pg
04.30ptg
|
200 ml
200 ml
|
Diminum habis
Habis
|
|
Sarapan
Snek/Buah Makan T/Hari
Minum petang
|
09.00 am
10.30 am
12.00pm
3.30
pm
|
Roti Sandwish telor
Sepotong buah betik
Nasi putih & sup ayam bersama sayur.
Cucur Ikan bilis
|
Siti suka makan roti sandwish telur.
Makan habis.
Siti tidak berapa gemar makan buah betik. Siti makan habis. Dia belajar makan sendiriwalaubagaimanapun Siti masih kurang suka makan sayur. Dia sibuk mengasingkan sayur yang ada dalam pinggannya. Makan dengan berselera |
|
Tukar lampin/Tandas
|
8.00
am
11.00am
|
Siti masih memakai lampin pakai buang. Pengasuh tukar sewaktu
mandi dan bila perlu.
|
||
Gosok gigi
|
8.40am
12.30pm
|
/
/
|
Siti suka bila diberi peluang belajar menggosok gigi
|
|
Mandi
|
10.00am
03.00pm
|
/
/
|
||
Tidur
|
01.00pm – 03.00pm
|
Siti tidur dengan lenanya
|
||
PERKARA
|
MASA
|
CATATAN
PENGASUH
|
IBUBAPA
|
|
Circle Time
|
09.00 – 09.30am
|
|||
Nature Walk
Air/Pasir
Lawatan Luar
|
09.30 –
10.30am
|
Sewaktu aktiviti ‘nature walk’ hari ini, Siti banyak sangat
bertanya benda persekitaran yang dilihatnya hingga penat pengasuh nak jawab.
Tiada aktiviti main air hari ini
Tiada aktiviti main pasir hari ini.
|
||
Aktiviti 1
Aktiviti 2
Aktiviti 3
Aktiviti Bebas
|
10.45
Am
11.30
Am
04.45
Pm
|
Aktiviti Kreativiti : mengecop tapak kaki pada kertas
Main susun pelbagai saiz kotak
|
Pada mulanya Siti merasa geli untuk diwarnakan tapak kakinya
tetapi akhirnya dia kelihatan beria-ria nak buat aktiviti ini bila telah
dicuba sekali.
Siti sangat seronok dan leka menyusun kotak bersama kawan
sebaya.
Utk aktiviti bebas, Siti memilih utuk main dengan soft toys
bersama rakan sebaya nya.
|
|
TINGKAH
LAKU
|
Hari ini Siti sangat sporting dan ceria.
|
|||
KESIHATAN
|
Baik dan sihat.
|
|||
SAKIT/UBAT
|
||||
KEMALANGAN/
KECEDERAAN
|
-
|
|||
PULANG/
PESANAN
|
Tiada
|
TARIKH : TARIKH
:
AINA
(TT PA ) (TT
IBUBAPA)
NAMA : Cikgu Aina NAMA:
Pengasuh @ pendidik perlu tulis mengenai maklumbalas
kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan bukan menulis apa aktiviti yang
dijalankan oleh pengasuh.