Pages

Monday, 23 November 2015

Anak kreatif aktif VS anak pandai baca

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Anak kreatif VS anak pandai baca. Anak saya antara yang saya sendiri masukkan dia dalam kumpulan anak yang kreatif. Adakah anak anda seorang yang kreatif atau anak anda anak yang pandai baca di awal usia mereka?

Anak bongsu saya Aqil,  berusia 6 tahun. Seorang yang sangat aktif meneroka persekitaran dan penuh dengan pelbagai idea aktiviti. Ada saja aktiviti yang ingin dilakukannya bila rumah. Antaranya dia pantang jumpa gunting, gam dan kertas. Hobinya memang suka menggunting dan menggam. Habis semua benda dia nak gam atas kertas. Dia memang penuh dengan imiginasi dan kreativiti. Ada saja bahan yang akan diciptanya sendiri samada menggunakan plastik, kertas, kotak atau botol.
Kalau dapat bercerita dan berbual, ,memang tak terlayan berbual dengan dia. Ada sahaja cerita dan asyik tanya itu ini.

Aqil dan abangnya


Aqil dan rakan TASKA nya


Aqil juga pandai mengaji sebab hari hari ikut abangnya pergi mengaji. Begitu juga di Tadika dia hafal macam-macam surah yang di ajar oleh cikgu Tadika. Kalau setakat memegang pensil dan menggunakan gunting, sejak dari umur 4 tahun lagi, Aqil dah boleh pegang pensil dan gunting dengan betul.
Tapi satu jer yang Aqil belum dapat iaitu dia belum boleh membaca  lagi. Aqil bukan tak bijak untuk diajar membaca tapi memang saya tak 'expose' pun dia kepada kaedah bacaan samada mengeja atau guna kaedah fonik. Saya memang tak pernah adakan latihan tubi membaca kepada Aqil. Dia ada belajar membaca di Tadika, itupun cikgu tak ada masa nak ajar sehingga dapat membaca. Tapi, saya tak kisah. Saya tak marah atau komplen pun pada cikgu. Sebaliknya cikgu pula yang risau sebab dah nak habis sesi Tadika, Aqil belum boleh membaca lagi. Aqil cuma kenal hurul dan boleh membunyikan sukukata tetapi belum begitu mahir untuk mengabungkan sukukata tersebut menjadi perkataan. Hakikatnya saya sendiri memang tak paksa Aqil belajar membaca seperti abang-abangnya dulu. Kenapa?

Sejak saya mula memahami pendidikan awal kanak-kanak dan sejak saya tahu kanak-kanak perlu belajar dari bermain bukan melalui latih tubi atau paksaan, saya mempunyai persepsi sendiri terhadap kaedah memaksa kanak-kanak belajar membaca di usia seawal 3 - 6 tahun.
Pada saya biarkan anak-anak lebih banyak bermain jangan dipaksa belajar. Minat belajar akan datang kemudian nanti dengan sendirinya bila anak-anak ini memang telah bersedia.Kalau beri latih tubi atau paksaan dia mungkin akan dapat tapi bukan dari hati malah mungkinmemberi kesan emosi pula pada anak. Anak memang mempunyai daya hafalan yang tinggi. Kalau disuruh menghafal bacaan tertentu, anak akan dapat tapi ada kalanya anak menghafal tanpa memahami apa yang dibaca.

Jadi, ceritanya Aqil memang belum boleh membaca. Terfikir pula saya tentang sistem pendidikan kita, dimana masuk tahun satu nanti,  dah ada ujian linus dan dah kena pandai  membaca. Sesekali risau, bukan kerana apa tapi risau bila anak tidak boleh membaca memasuki tahun 1, mereka akan kurang diberi perhatian oleh cikgu. Malah akan dikategori pula sebagai kanak-kanak yang perlu menduduki kelas pemulihan khas.

Teringat saya satu artikel yang saya baca mengenai kanak-kanak di Jepun, mereka tidak ditekankan dengan pembelajaran akademik di bawah umur 10 tahun,' no exam and no homework' sebaliknya ditekankan dengan pendidikan sikap dan peribadi terlebih dahulu.
'
Baru ni suami saya ke majlis anugerah Tadika Aqil, melihat tajuk majlis pun dah mengerunkan saya. ' "Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar" Aduh, tinggi betul bunyinya. Anugerah diberi pada anak-anak yang dapat no 1,2 dan 3 dalam kelas.

Yang dapat tempat 1,2 dan 3 dinobat sebagai cemerlang . Di peringkat Tadika lagi anak-anak telah mula dinilai dan dikategorikan tahap akdemik mereka. Adil kah untuk anak-anak yang jiwanya masih penuh dengan keinginan untuk bermain ini?

Sebelum tu, sebelum majlis anugerah, Tadika Aqil mengadakan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibubapa membantu anak-anak menelaah di rumah. Itu pun selalu dipesan dan diingatkan oleh cikgu di Tadika tersebut . Untuk apa? Saya lihat cikgu-cikgu sendiri kurang memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. Saya lihat cara cikgu Tadika memngajar persis cikgu di sekolah rendah.
Adakah kita nak membezakan tahap pencapaian anak-anak seusia 4, 5 dan 6 tahun ini?

Inilah hakikat bentuk pendidikan yang harus diterima oleh anak-anak meskipun mereka masih di awal usia. malah tak keterlaluan saya katakan ada ibubapa teruja untuk anak seusia 3 tahun belajar membaca buku.

Berbalik pada Aqil,  kebetulan saya akan menghantar Aqil ke sekolah rendah luar bandar, jadi, mungkin persaingan anak-anak ketika di tahun 1 di sekolah tersebut tidaklah terlalu hebat seperti sekolah di bandar. Akan tetapi ada lah juga sedikit kerisauan di hati saya takut nanti Aqil akan ketinggalan pula di sekolah ini. Justeru tu saya mungkin akan gunakan masa cuti sekolah yang panjang ini sekadar untuk mendedahkan Aqil kepada sukukata awal dan gabungan sukukata secara santai santai, Sesalunya Aqil sendiri akan datang kepada saya tanpa paksaan dan teruja untuk belajar mengeja perkataan mudah. Nampaknya minat dia telah mula datang sendiri tanpa saya paksa. Namun, Aqil masih aktif dan kreatif dengan pelbagai aktivitinya sendiri.



Apapun, definisi pendidikan awal kanak-kanak yang sebenarnay perlu dikongsikan kepada semua ibubapa dan guru@penggendali TASKA TADIKA . Biar semua faham bentuk pendidikan awal sebenar yang perlu ditekankan dalam diri anak-anak di awal usia mereka.

Jangan terkejut, yang nampak kurang pandai di awal usia ini tapi sangat aktif dan kreatif dan petah berbicara serta selalu menunjukkan sikap yakin diri @ kendiri positif,  insyallah mereka akan membesar menjadi individu yang bijak dan cerdik nanti. Kalau tidak dalam bidang akademik, saya yakin mereka boleh berjaya dalam bidang tertentu nanti. Insyallah. Lihat sahaja para jutawan di dunia, kebanyakannya kurang cerdik dari segi pencapaian akademik mereka tetapi mereka mempunyai keyakinan diri dan potensi diri yang positif dalam mencapai sesuatu kejayaan dalam kehidupan mereka.

Justeru itu, tolong, jangan memaksa anak-anak. Jangan merosakkan emosi mereka. Jangan dinafikan masa dan hak bermain mereka. Kasihan pada anak-anak , santuni lah anak-anak anda. Biarlah mereka belajar dan meneroka melalui persekitaran yang menyeronokkan.

Anak kreatif VS anak pandai baca. Mana satu saya akan anda utamakan dulu dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk andak anda sendiri, tepuk dada buat pilihan jawapan yang tepat demi perkembangan positif anak-anak dalam semua aspek perkembangannya.

Sekian.

       Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com




Monday, 9 November 2015

Tingkahlaku negatif di kalangan kanak-kanak

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Image : Carian Google




Anda mempunyai anak di bawah 7 tahun? Tahukah anda bahawa anak-anak dalam kumpulan umur ini suka menunjukkan kepelbagaian tingkahlaku yang negatif yang kadang-kadang menyebabkan anda pening untuk menggendalikannya.

Sebenarnya, untuk menanggani masalah tingkahlaku negatif  di kalangan kanak-kanak, ibu bapa, pengasuh dan juga pendidik perlulah memahami terlebih dahulu bagaimana kanak-kanak mendapat sesuatu tingkahlaku itu.

Adalah ianya memang tingkahlaku semulajadi kanak-kanak atau mungkin faktor persekitaran atau faktor mungkin juga faktor keturunan yang mempengaruhi tingkahalku di kalangan kanak-kanak.

Paling penting tanggani setiap tingkahlaku negatif  di kalangan  anak-anak ini dengan kasih sayang dan bukan dengan cara yang kasar atau tidak ambil peduli.

Jika anda salah cara dalam menanggani tingkahlau yang negatif ini, dikhuatiri tingkahlaku negatif  ini akan menjadi lebih rumit dan sukar untuk ditanggani kelak.

Berikut adalah antara banyak tingkahlaku negatif  di kalangan kanak-kanak yang saya rujuk dari sumber Buku Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA.




  • suka mencubit
  • suka menggigit
  • mengamuk
  • suka menghantuk kepala
  • suka menendang
  • memukul
  • menarik rambut
  • Mencederakan orang lain
  •  Menggunakan perkataan yang kesat dan kasar
  •  Mengejek
  • Tidak mahu kongsi barang
  • Tidak mahu mengikut arahan
  • Buang mainan kepada orang lain
  • Mengoyak buku
  • Memecah atau merosakkan mainan @ peralatan
  • membaling@membuang barang
  • menconteng
  • Spitting  - meludah

  • Membuang mainan
  • Merosakkan kerja orang lain
  • menggigit kuku
  • menghisap jari
  • memicit hidung
  • Kencing dalam seluar
  • Tidak mahu berenggang
  • Minta perhatian
  • Merengek
  • Suka menangis
  • Menangis bila ditinggalkan
  • Perangai tidak sesuai dengan umur
  • mengamuk nakkan sesuatu
  • marah tidak bertempat
  • buat perangai tiba-tiba
  • tidak mahu berkawan
  • tidak mahu bercakap
  • Tidak melibatkan diri dalam permainan sosial
  • Sangat pemalu dalam aktiviti kumpulan
  • Berlari tanpa haluan
  • Menjerit dalam kelas
  • Jatuhkan objek untuk buat bising
  • Main main-main
  • Bermain semasa makan
  • Membuang makanan
  • Tidak mahu mahu makanan tertentu
  • Makan berlebihan
  •  Bergurau sewaktu makan 
       
        Adakah anak-anak anda juga bertingkahlaku begini?
        Ikuti lagi perkongsian saya seterusnya nanti bagaimana tip @ cara membimbing tingkahlaku negatif   di kalangan kanak-kanak ini.

         

         Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com






Wednesday, 4 November 2015

Dibuli di sekolah berasrama penuh

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Keputusan  UPSR akan diumumkan tidak lama lagi. Rata-rata ramai ibubapa mula berangan dan sangat mengharap agar anak mereka yang cemerlang dalam UPSR dapat ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh di seluruh negara. Sekolah yang baik tentu akan melahirkan generasi yang cemerlang,  cerdik dan  pandai.

Akan tetapi ada juga beberapa ibubapa yang saya temui memberitahu saya,  mereka berasa sedikit kerisauan dan kasihan untuk benarkan anak tingal di asrama. Sebabnya bukan kerana apa, cuma kerana bimbang anak akan dibuli.
Benarkah kes buli merupakan seolah 'trend' utama yang harus dihadapi oleh anak-anak yang baru menjejaki kaki ke sekolah berasrama. Entahlah, mana-mana pihak yang terlibat boleh cuba menjawabnya. Siapa yang pernah ada pengalaman dibuli di sekolah berasrama penuh?

Teringat saya ketika anak saya mula belajar dalam Tingkatan 1 di salah sebuah sekolah integrasi berasrama penuh  (SBP) di negeri Selangor.  Anak saya ni walaupun lelaki tetapi orangnya kecil saja. Sebaik dapat tawaran belajar di SBP, saya tidak memaksa dia untuk menerima, tetapi dia sendiri yang begitu teruja untuk belajar di sekolah berasrama penuh.
Hakikatnya saya dan sesisi keluarga sangat bersyukur kerana bukan senang nak diterima belajar di SBP apatah lagi anak saya ditawarkan bukan memohon masuk pun.

Bermulalah kehidupan anak saya sebagai pelajar di sekolah yang dipandang berprestasi tinggi. Kebetulan anak saya adalah seorang yang pendiam dan tak banyak bercerita mengenai hal-hal yang berlaku di sekolah. Sebagai ibu dan bapa, saya dan suami senantiasa bertanya status perkembangan anak di asrama . Maklumlah kalau diikutkan dia baru saja berumur 13 tahun ketika itu, baru menginjak usia awal remaja   dan masih sangat memerlukan perhatian dari ibu bapa.

Suatu hari ketika saya dan suami datang melawat anak di sekolah, sedang kami sekeluarga duduk berkumpul di bawah sebatang pokok di kawasan padang asrama, tiba-tiba terdengar seseorang memanggil anak saya dengan satu gelaran yang tidak baik.
Bila ternampak kami, pelajar tu terus lari. Anak saya tiba-tiba bergegas  meminta izin untuk berjumpa dengan orang yang memanggil. Bila ditanya pada anak saya, katanya senior minta tolong buat kerja. Korek punya korek , anak saya memberitahu bahawa senior selalu minta anak saya tolong basuh dan gosok baju mereka  Mendengarkan itu, pada ketika itu saya berfikiran rasional, Pada saya mungkin tak salah anak saya membantu. Selagi ada had dan tak terlalu melampau, saya rasa bolehlah diterima perkara itu.

Pada suatu hari yang lain, waktu itu anak saya sedang bercuti di rumah. Secara kebetulan, dia secara tidak sengaja dia memberitahu bahawa sebelum baik bercuti dia mendapat sakit perut yang teruk. Bila didesak apa yang berlaku, akhirnya anak saya cerita yang dia terminum air sabun menyebabkan dia sakit perut.

Menurut anak saya, dia dan beberapa kawannya yang lain telah disiram sebaldi air yang berisi sabun sehingga dia telah terminum air sabun tersebut. Yang menyiram tentu sekali beberapa senior di sekolahnya. Bila dia  sakit perut teruk, pihak sekolah telah menghantarnya ke hospital berdekatan. lalu di hospital lah doktor yang merawat telah mendapat tahu perkara ini. Doktor tersebut telah menghubung pihak sekolah untuk memaklumkan kes ini.

Kata anak saya lagi, akhirnya setelah disiasat , pihak sekolah telah memberi amaran dan membuang dari sekolah pelajar yang terlibat. Akan tetapi, bukan itu yang penting, masalahnya pihak sekolah tidak pun memaklumkan perkara itu kepada saya dan suami. Mendengar penjelasan dari anak saya, terasa sangat untuk melaporkan hal itu kepada pihak pendidikan tapi akhirnya kami pendamkan saja. Kesal dengan tindakan pelajar tersebut dan kesal juga dengan cara sekolah menanggani kes tersebut.

Sekarang ni, anak saya telah menjadi 'senior' di sebuah sekolah berasrama penuh yang lain. Selalu saya pesan pada anak supaya tidak mencontohi perkara yang sama yang dilakukan oleh senior tadi kepada pelajar 'junior' yang lain. Cukuplah dia yang pernah dibuli di sekolah berasrama penuh.

Kesimpulan dan rumusan yang ingin saya utarakan ialah bagaimana gejala buli di kalangan pelajar sekolah ini dapat dibenteras sepenuhnya. Sedih mendengar bebarapa kes yang pernah menjadi berita utama di akhbar sehingga ada yang melibatkan kematian.
Apakah peranan pihak sekolah dalam mengatasi gejala buli ini? Atau adakah salah ibubapa yang mendidik anak-anak.?

Sekolah berasrama penuh umpamanya ,sepatutnya adalah sebuah institusi yang dapat melahirkan bukan sahaja pelajar yang cerdik pandai bahkan beraklak mulia dan bersahsiah tinggi. Siapakah sebenarnya yang bersalah? Peranan siapakah yang penting dan utama  dalam menanggani gejala buli ini? Sudah tiba masanya pihak sekolah memastikan tiada pelajar baru yang dibuli di sekolah berasrama penuh atau di sekolah harian biasa.


Untuk saya, walaupun anak saya pernah dibuli di sekolah, saya masih memandang tinggi kepada sekolah berasrama penuh ini. Bukan sekolah yang bersalah tapi cara pengurusan sekolah yang perlu diperbaiki lagi.

Pada ibubapa yang anak yang cemerlang dalam UPSR nanti , sentiasa jadilah ibubapa yang peka,
Yang penting , pendidikan anak-anak bukanlah sekadar pendidikan akademik semata bahkan lebih menyeluruh dari itu dari setiap aspek kehidupannya.
Mudah-mudahan anak-anak kita berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat hendaknya.


Pendidikan anak-anak bermula di peringkat awal lagi.

Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com


Monday, 2 November 2015

Selamat menduduki SPM dan STP anak-anakku

Teks Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


Saya mempunyai 8 orang anak yang mempunyai pelbagai kecerdasan dan kemahiran serta kebolehan dari pelbagai sudut dan aspek  yang berbeza, samada dari sudut akademik maupun kemahiran lain.
Dalam yang 8 orang tu, Tsaqif dan Siti Sarah merupakan 2 orang anak saya yang paling cemerlang dalam akdemik mereka. Saya tidak pernah membezakan anak dan saya memandang setiap anak mempunyai  kelebihan dan kepintaran masing-masing. Setiap anak ada kejayaan dan target mereka masing-masing.

Menjelang SPM dan STPM.
02 Nov 2015 merupakan tarikh penting untuk anak ketiga saya Muhammad Tsaqif Al Mukmin dimana hari ini Tsaqif akan mula menduduki peperiksaan SPM nya. Manakala anak kedua saya Siti Sarah pula akan mula menduduki STPM yang  bermula 03 Nov.

Anak saya Tsaqif bersekolah di MRSM Pengkalan Hulu Perak. Telah mula memasuki asrama penuh sejak di Tingkatan 1 lagi. Dengan kata lain,  banyak masa remaja nya dihabiskan di sekolah berasrama penuh. Tasqif jarang berada di rumah bersama keluarga kecuali jika cuti umum tertentu atau cuti sekolah. Sejak dari sekolah rendah lagi Tsaqif telah mula menunjukkan kecemerlangan dalam akademiknya. Cuma, yang istimewanya, kecerdikan akademiknya seolah seperti satu pemberian dari Allah. Dia kurang menelaah pelajaran dengan bersungguh, cukup dengan memberi perhatian dalam kelas. Itupun kekadang bila dalam kelas, tumpuannya melayang entah ke mana. Tapi, pelik bila 'exam' dia boleh 'score' walaupun tak 'score' tinggi.
Walau pun begitu , saya dan suami selalu menasihatkan Tsaqif supaya menjadi orang yang rajin. tak cukup sekadar kepandaian sahaja tanpa kerajinan. Keduanya perlu, barulah boleh berjaya dalam kehidupan kelak. hakikatnya, walaupun pandai dalam akademik, sebenarnya sikap keanak-anakan Tsaqif sendiri masih banyak. Melihat anak sendiri, tak perasan sebenarnya dia dah semakin dewasa persis orang bujang.

Menjelang SPM, seperti biasa, kami berikan nasihat, dorongan dan harapan, semoga kau berjaya duhai anakku.

Siti Sarah yang di depan sekali

Siti Sarah pula memasuki Tingkatan 6 di Sekolah menengah Agama Persekutuan Labu di Negeri Sembilan. Siti Sarah merupakan pelajar cemerlang SPM ketika di sekolahnya dulu. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di UIA tetapi Siti Sarah memilih untuk melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan 6 dalam aliran agama. Berbeza dengan Tsaqif walaupun Siti Sarah juga tinggal di asrama tapi dia lebih kerap balik ke rumah memandangkan sekolahnya di NS sahaja.

Berbeza sekali lagi dengan Tsaqif, Siti Sarah pula sangat rajin belajar. Saya gelarkan dia ulat buku. Dalam kehidupannya sebagai pelajar, dia tak campuradukkan dengan urusan lain. Yang dia tahu ialah menghadap buku dan terus belajar. Istimewanya Siti Sarah sentiasa mempunyai target dalam peperiksaannya. Dalam STPM kali ini Siti Sarah target untuk dapat semua A. Dia sanggup 'repeat paper' walaupun dapat B.

Saya selalu jadikan contoh Siti Sarah kepada adik-adiknya yang lain. begitu juga dengan kawan-kawan di sekolah, Siti Sarah  sering jadi contoh samada dari segi pelajaran dan juga sikapnya kepada kawan-kawan lain. Selalunya Siti Sarah akan kendalikan kelas tambahan untu kawan-kawannya.

Semoga Siti Sarah juga bakal cemerlang dalam STPM nya.

Untuk anak-anak ku Siti Sarah dan Tsaqif , didoakan yang terbaik buat kalian. Cemerlang kalian di dunia ini suatu kebanggaan dan kesyukuran . Cemerlang kalian di akhirat kelak suatu yang sangat diharapkan bakal menjadi cahaya menerangi keseluruhan kehidupan mu di dunia dan di akhirat.

Akhirkata untuk anak-anak ku, selamat menduduki peperiksaan. Jawablah dengan tenang dan teratur. InsyAllah kejayaan bakal mengiringi kalian.


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com