Pages

Friday, 16 August 2019

hikmah dari sesuatu kejadian

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Sentiasa ada hikmah dari sesuatu kejadian itu.....
Kira-kira 11 tahun yang lalu, tika saya tekad meninggalkan bisnes TADIKA saya, siapalah yang sudi bersama-sama saya menyusuri kesedihan dan kepedihan itu.
Tidak ada..!!
Saya jatuh terduduk...!
Saya telah tiada apa-apa lagi, sekadar kenangan indah bersama anak-anak didik cilik yang lalu.
Saya bukan lagi cikgu yang pernah mengharungi masa berperang dengan kerenah anak-anak kecil.
Tiada lagi kedengaran panggilan..
Cikgu..
Cikgu...
Allah.....!
DIA menguji keseluruhan hidup saya secara fizikal, emosi dan persekitaran. Ahhh... perlahan - lahan saya mengundur diri dari industri yang pernah mengemilangkan kehidupan saya sebentar dulu.
Benarlah..
Kehidupan laksana sang ombak yang ada pasang surutnya
Sang hati yang merintih kecewa.
Tiada kawan buat mengadun lembut emosi kegusaran itu. ...
Tiada saudara buat bekal pertahanan jiwa itu..
Tiada teman buat pembakar semangat jiwa yang kian menguncup..
Saya termenung, kosong segalanya. Apa lagi yang saya harapkan dalam industri tersebut..??
Sungguh!
Allah mahu saya sedar...
Menyedari kejatuhan itu kerana kelemahan diri sendiri, justeru saya menapak bangkit dari gaung kesusahan dan kesukaran. Siapakah yang tahu?
Susahkah..?
Senangkah..?
Sedang ada mata-mata yang tetap memandang sinis!
Ahh.. biarkan..
Bumi Allah luas untuk diterokai oleh insan yang mahu mengambil segala peluang.
Melihat saya ke hulu ke hilir bersama anak-anak yang masih kecil...
Bersama serpihan jiwa kecewa, saya cari bekal pengetahuan dan kemahiran yang jitu.
Saya ingat lagi...
bersama kereta buruk itulah saya kutip semula semangat yang kian pudar.
Satu per satu....
Titik demi titik...
Cabaran demi cabaran...
Allahu...!
Hidup memang medan ujian.
Lalu...
Siapa saya kini...?
Bagaimana saya membinanya semula?
Banyak mana duri ranjaunya.
Sungguh, saya jua yang merasa.
Bukan kau....
Bukan kamu...
Bukan dia..
Bukan mereka..
Bukan sesiapa...
Namun Allah jua yang mengizinkan segalanya..
Maka..
Biarkan saya terus berkejaran ke sana kemari..
Kerana sejak saya menyedari kelemahan dulu..
Saya adalah diri saya sendiri, terbangun dari lena yang panjang. Saya sentiasa mencari dan mencari...,
matlamat dan objektif untuk jadi insan yang berjaya.
Saya berhipnosis sendirian, saya ingin jadi insan hebat di dunia jua akhirat.
Wahai teman..
Wahai kawan..
Kita adalah kita.
Nak jadi kita yang berjaya atau kita yang terus ketinggalan..
Kita jua yang membuat pilihan!
Lalu..
Terokailah setiap sisi peluang yang ada..
Kita pasti tidak rugi menyusurinya.
Alhamdullillah, saya kini bersama kamu-kamu yang juga sentiasa positif membangunkan diri sendiri.
Allah izinkan jua saya bertebaran dalam industri ini.
Tak belajar, tak tahu!
Tak mencari, umpama si buta terus dalam kegelapan..
Jom.....
Jom...., ikuti bengkel - bengkel saya..


Bengkel Mula Bisnes TASKA
Bangi/Kajang.
Bengkel Terapi seni.
Bengkel Memahami tingkahlaku kanak-kanak.


Atau..
Jom jemput saya bersama tuan puan.
InsyAllah, ilmu Allah wajib dikongsikan bersama.


Catatan, 
Norazura
0167235080
Trainer dan fasilitator. 
Personel kemahiran.

Sikap atau kebolehan, mana lebih utama?

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com

Saya sebenarnya ingin menulis  tentang sikap atau best lagi bunyinya dengan sebutan 'attitute'
Sikap@attitute atau kebolehan@kemahiran? Mana lebih utama?

Jap,  Rendang daging kerbau korban ini menjadi jawapannya. 

Rasanya yang cukup power. Sedapnya yang secukup rasa tanpa sebarang bantuan perisa mak aji.
Podehhnya  (slang NS) yang umphhh! . Se 'power' si jejaka bujang ini yang memasaknya.

Terperanjat dengan hasil masakannya. Dia bukan pelajar bidang kulinari. Tidak pernah pula tunjuk skill memasak selama ini, sekadar goreng telur atau masakan orang bujang yang simple-simple tu memang biasalah. Tapi ini...., masak Rendang oii.
Rendang special  terhasil cetusan dari sebuah sikap.

Sikap vs kebolehan.

Rupanya dengan sikap, dia jana sebuah kebolehan@kemahiran. Sikap positif yang ingin belajar dan ingin mencuba sesuatu yang baru , lalu siaplah Rendang power ini buat hidangan sekeluarga. Semuanya hasil dari pemerhatian yang berkala ketika si bujang ini bekerja part time di kedai makan. Sambil cuci periuk, sambil siang ikan, sambil cuci sayur, sambil tolong kacau-kacau lauk, dia sempat jeling-jeling akak chef tukang masak di kedai makan itu (dia akan bekerja di situ setiap waktu cuti semester)

Bukan curi resepi Rendang tu, tapi sekadar ikut dan praktikkan aura kehebatan skill masak akak tu, katanya. Serap, cerap dan praktikkan sebagai lauk hidangan seisi rumah pula. 

Bagaimana pula contohnya jika seseorang itu telah ada skill memasak tetapi kerana sikap yang negatif, dia selalu beri alasan.

Susahlah..
Lecehlah..
Tak der modal lah.
Malas lah..
Agak-agak boleh ker terhasil Rendang power yang memberi kesan yang positif pula kepada mereka di sekitarnya.


Jadi.... , mana penting, sikap atau kebolehan? Ya... datangkan sikap mendahului kebolehan.

Masya-Allah, rupanya nak jadi insan yang berjaya ni memang mesti bina SIKAP dan jati diri. Dengan sikap yang positif insyAllah semudah abc sesuatu kebolehan boleh dijana menjadi keterampilan yang hebat dalam sesuatu bidang kemahiran.

My anak bujang, congrats to you...!
Alahaii.... kalah Rendang Ayam ibu yang memang tak berapa nak power dalam memasak ni. 

Maka, saya teringat kisah pelajar program masak memasak ini yang diberi peluang pendedahan dalam industri kulinari di hotel. Baru beberapa hari di dapur hotel, sudah mula terdengar keluhan-keluran negatif.
Penat lah...
Asyik potong sayur jer lah.
Asyik kena marah dengan chef lah...
Banyak kerjalah..
Nak quit lah...
Ada jer alasannya...


Hmmm.....mereput jer lah korang dengan sikap yang negatif itu. Kekadang, hingga ada parents yang masuk campur..

"Saya pun tak pernah marah anak saya, ni..Chef tu asyik marah-marah.. suruh anak saya buat itu.. buat ini..."
"Bilalah anak saya nak pandai kalau asyik suruh potong sayur jer.." 
****

Camner ni yer..?
Adakah saya perlu jawab?

Saya memang tak masuk line lah dengan student dan parents gini. Jadi...saya abaikan jer mereka.
Lipat elok-elok sikap negatif tu masuk dalam kocek saya.

Ayuh.., nak jadi insan hebat berjaya suatu hari nanti?
Orang mukmin sentiasa positif dan maju ke depan.
Yakin boleh!
Putus asa..., tidak pernah ada dalam kamus hidup kita.
Ikut yang betul!
InsyAllah, mudahan berjaya.


Catatan,
Norazura