Pages

Sunday, 5 December 2021

Main, Makan, Tidur, Kerja Hakiki Anak?

 Saya pernah kaut ilmu dan  dengar dari seorang OT (Child Occupational Therapist) kata nya, bahawa kerja hakiki kanak- kanak hanya ada 3 sahaja.

Betul ker....berikut adalah kerja hakiki seorang kanak- kanak?

1. Main

2. Makan

3. Tidur


Ehhh...mana pi kerja belajar.

Tak der ker....??

Dan memang tak der yer..


Anak- anak ni, tu jer yang mereka akan suka dan seronok serta rasa bahagia. Tapi jangan ingat anak- anak tak dapat apa- apa ilmu dan kemahiran jika mereka asyik main jer. 


Anak- anak bermain dan asyik main tu, sambil main sambil secara tidak langsung mereka dapat pengalaman meneroka dan menyelesaikan sesuatu masalah.  Hah kemudiañnya,  mereka akan dapatlah faham lalu mempelajari sesuatu secara santai, tanpa rasa stress dan dipaksa- paksa. 


Anak- anak makan  untuk sihat dan cergas selalu. Makanan yang baik membantu meningkatkan perkembangan otak kanak- kanak.


Mereka tidur pun supaya mereka cergas selalu dan untuk membantu tumbesaran mereka. Hanya itulah dunia kanak- kanak yang difikirannya sepatutnya 0 masalah dari memenuhi permintaan dan pengharapan tinggi dari  Ibu bapanya😅 yang tersasar dari tahap Pencapaian kebolehan anak yang sepatutnya diawal usia ini.


Hakikatnya,  sabarlah duhai orang dewasa....

Yang penting adalah PROSES bukan HASIL.


Bila sudah tiba masanya nanti, usai semua tahap perkembangan menyeluruh seorang kanak- kanak tu sudah boleh dicapainya, maka tatkala itu...., Insyallah anak- anak akan mula- berlapang dada untuk mula- belajar secara lebih formal.


Bila tu?


Yupp, bila umur kanak- kanak mereka semakin matang, mungkin dalam usia 9 atau 10 tahun,  itupun mereka masih tidak boleh lari dari dunia  main.


Justeru itu, jomlah  kita semua yang seharian  menghadap kerenah dunia kanak- kanak ini,  termasuklah para Ibu bapa, silalah  belajar bertenang...

jangan kalut, jangan stress dengan pencapaian akademik  semata anak awal usia ini.


Lagi, saya nak share..


Hari itu, saya terjumpa satu artikel mengenai perkembangan kanak- kanak yang ditulis oleh seorang Pakar Kanak- Kanak. Katanya,  kuatkan dulu perkembangan sosioemosi dan sensori  anak- anak,  diikuti pula dengan keperluan tahap perkembangan lain yang berkaitan dengan rutin persekitaran kehidupan seorang kanak- kanak. 


Sedangkan perkembangan intelektual atau pencapaian akademik itu adalah tahap perkembangan yang paling akhir sekali untuk digilap dan dicapai dalam diri anak- anak ini.


Lalu....setiap kali bila saya mengajar dalam kursus berkaitan kanak- kanak, saya akan selalu  highlight perkara ini.


Kerja hakiki kanak- kanak.

1. Main

2. Makan

3. Tidur 


Saya pesan pada Cikgu TASKA dan TADIKA dalam kursus kendalian saya, kena ingat perkara ini.

Dan kalau boleh cuba tulis besar- besar perkara itu lalu pamerkan untuk makluman Ibu bapa.


Kemudiañya......adalah seorang teacher TADIKA- tu beritahu saya, yang dia pun tulislah  3 perkara tersebut lalu ditepeknya kat status  FB profilenya. Tak lama selepas itu, seorang Ibu kepada anak di TADIKA nya pm tepi lalu marah- marah- dengan apa yang dikongsikannya tu. Cepat- cepat teacher tu padam status tersebut.

Bimbang agaknya.😶


Hmmm......kalau saya....😉


Lantak pi lah si Ibu nak marah sebab dia sebenarnya  tak faham langsung akar umbi tahap perkembangan seorang anak sebenarnya.

Dan tak pernah nak cuba mengerti...


Sebab itu jugalah cikgu- cikgu, teacher- teacher semua wajib ada ilmu untuk cantas  komen- komen berbau ketidakfahaman dari parents ini.🤗


Sudah sampai masanya , kita sebagai pendidik awal kanak- kanak memahami siapa itu kanak- kanak dan bagaimana kanak- kanak belajar mengenai sesuatu perkara. Kena ada ilmu bagaimana pendekatan yang paling sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang juga serasi dengan dunia sebenar kanak- kanak.


Ia mestilah berpusatkan kanak- kanak bukan melulu sekadar menurut kehendak teacher maupun Ibu bapa yang sikit- sikit asyik nampak pendidikan akademik sahaja. 

Maaf yer, bukan semua ibu bapa or teacher.


Walhal.....

Potensi setiap anak adalah pelbagai dan berbeza antara setiap anak. Andai kita nampak dan faham potensi awal yang cuba anak- anak tonjolkan (walaupun ia bukan potensi dalam bentuk akademik) ketika itulah kita perlu beri sokongan dan galakan supaya potensi  si anak dapat digilap dan dibimbing sebaiknya.


Paling penting sekali, sebelum sibuk nak anak- anak pandai yang bab- bab akademik ni,  pastikanlah anak ini mempunyai emosi yang sihat, tak der asyik nangis- nangis, mengamuk sana sini  atau asyik  buat drama ketika datang sekolah, taklah pendiam malu ya amat, mesti ada kendiri diri dan self esteem yang baik, ceria serta pandai bermain dan bergaul baik bersama rakan- rakan sebayanya.


Dari segi fizikalnya pula, anak ini adalah anak- yang aktif selalu dan boleh bermain pelbagai permainan aktif dengan penuh bersemangat. Menurut kajian Pakar otak, Permainan aktif dapat membantu mengaktifkan pula otak anak dengan cepat. Hah ....tu yang selalu disebut sel- sel otak sedang bercambah dan  berhubung tu 😊


Pastikan juga kemahiran moto halusnya supaya nantinya mereka mudah hendak belajar menulis bila sampai waktunya.


Lagi, dari segi Bahasa, memasuki tahap umur 3 ke 4 tahun dan seterusnya 5 ke 6 tahun, anak- anak perlu sudah boleh menggunakan bahasa pertuturan dengan lebih baik dan lancar. Mereka boleh bercerita dan berbual serta selalu yakin diri untuk nak tahu dan nak bertanya itu ini.

Nah.....kiranya dah bijak kan anak- anak ini.


Lagi yang sangat  penting juga ni...dari segi perkembangan sensori anak- anak. Bagaimana anak- anak menggunakan deria sensori mereka untuk dapat belajar memahami pelbagai perkara di dalam persekitaran mereka.

Adakah anak-anak.kita mempunyai masalah sensori?


Cuba lihat...

Adakah anak- anak kita geli bila pegang bahan- bahan yang basah atau lembik, geli nak pijak rumput, takut yang bukan- bukan, sangat cerewat bab makanan, masih trantrum, tak fokus bila kita bercakap dengan mereka, sukar dengar arahan, masih trantrum lagi, belum pass toilet training lagi?


Nah.....ketika ini, sila bimbang yer.

Buat sesuatu.


Jangan hanya risau bila anak- anak tak boleh baca jer setakat umur 5, 6 tahun tu.


Come on.....

Mereka hanya kanak- kanak yang sentiasa dalam kotak kepala mereka hanya nak merasa keseronokan mengharungi dunia kanak- kanak mereka.


Tolong faham.


Seorang  Cikgu atau Pendidik  di TASKA TADIKA maupun di peringkat Awal Alam persekolahan kanak- kanak, ANDA ADALAH pengamal Pendidikan Awal Kanak- Kanak Yang TULEN jika anda faham sefahamnya  bahawa MAIN, MAKAN Dan TIDUR itu adalah kerja hakiki kanak- kanak🤗


Saya faham, saya akur, saya setuju sangat- sangat 🥰

Anda, bagaimana?


#Norazura

Trainer Dan Fasilitator

Pengasuhan Dan Perkembangan Awal knak- Kanak.