Pages

Saturday, 4 April 2015

Ketahui 30 kesilapan dalam mendidik anak


Teks :Nor Azura Ismail
              Entri 8

              Rujukan : Buku Menanggani Anak Bermasalah


Anda mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja? Bagaimanakah sikap, perangai dan tingkahlaku anak-anak anda? Adakah anda rasa anak anda mempunyai masalah tingkahlaku? Jika jawapannya ya, dimanakah silapnya anda dalam mendidik anak-anak selama ini?

Saya sendiri mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja. Selalunya setiap kali selesai solat saya pasti akan mendoakan agar anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh solehah,  yang bakal mendoakan saya kelak. Saya juga berdoa agar anak-anak ini mempunyai akhalak dan peribadi mulia, berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Tetapi cukupkah dengan doa sahaja,  anak-anak ini dapat  menjadi anak seperti yang saya harapkan.

Untuk diri saya sendiri dan sebagai perkongsian bersama anda para pembaca yang mempunyai anak-anak samada masih kecil atau yang sedang meningkat remaja, jom berkongsi ilmu bersama saya mengenai  kesilapan dalam mendidik anak. Perkongsian saya kali ini,  saya rujuk dan olah dari pembacaan saya melalui:

 Buku:    ‘Menanggani anak bermasalah’
Hasil  tulisan :     Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
                                           Hj. Muhammad Zakaria serta
                                            Maheran Makhtar.

 
Selesai membaca buku tersebut secara diam-diam saya akui begitu banyak betul perkara yang tidak saya aplikasikan dalam mendidik anak-anak selama ini. Satu persatu terkesan di hati menandakan banyaknya kesilapan yang telah saya lakukan.  Mungkin belum terlambat untuk saya maupun anda untuk memperbaiki lagi kualiti dan cara mendidik anak-anak kita sendiri. Oleh itu, jom susuri bersama perkongsian ilmu keibubapaan ini.

Berikut adalah 30 kesilapan dalam mendidik anak, kesilapan lazim yang biasa dilakukan oleh ibubapa  tanpa disedari. 

1.       Kurang berdoa untuk kesejahteraan hidup setiap anak .

2.       Memperkecilkan atau tidak mengiktiraf kebolehan anak

3.       Kurang tegas dalam mendisplinkan anak, contoh displin solat.

4.       Lebih banyak memberi belaian negatif daripada belaian positif, contoh lebih banyak marah.

5.       Kurang pandai menjadi kawan kepada anak.

6.       Tidak melahirkan kasih sayang dan adil kepada semua anak.

7.       Membenarkan orang yang berakhlak buruk masuk ke rumah lalu menjadi contoh buruk  
            kepada anak-anak.

8.       Anak-anak kurang didedahkan kepada model-model yang cemerlang seperti
           memperbanyakkan kisah-kisah nabi kepada anak-anak yang masih kecil.

9.       Ibubapa tidak membudayakan sunnah dalam kehidupan berumahtangga contoh makan
           bersama-sama, solat berjemaah.

10.   Tidak berbincang bersama anak-anak ketika membuat sesuatu keputusan

11.   Berselisih faham antara ibubapa didepan anak.

12.   Kurang mengasuh anak membantu membuat kerja-kerja di rumah.

13.   Tidak menitikberatkan makanan yang seimbang, suci halal dan bersih untuk anak-anak.

14.   Tidak meraikan anak-anak pergi dan balik dari sekolah.

15.   Tidak memberi penghargaan kepada anak, misalnya mengucapkan terimaksaih.

16.   Tidak pandai membezakan layanan antara anak lelaki dan anak perempuan. Anak perempuan
         perlu mendapat lebih layanan.

17.   Tidak memdidik anak cara bercakap dengan baik.

18.   Kurang melakukkan aktiviti sosial bersama di rumah contoh bergotong royang bersama
         mengemas rumah.

19.   Tiada masa yang berkualiti untuk memberi didikan kepada anak.

20.   Terlalu memberi kebebasan kepada anak.

21.   Terlalu mengongkong anak.

22.   Mungkir janji dan berbohong kepada anak.

23.   Kurang menunjukkan minat kepada diri anak-anak, tidak beri perhatian.

24.   Kurang memberi perhatian kepada keunikan dan perbezaan anak-anak.

25.   Tidak menggalakkan anak-anak berdoa.

26.   Mempunyai tanggapan yang negatif kepada anak-anak.

27.   Kurang meminta panduan dan nasihat dalam mendidik anak-anak daripada mereka yang pakar.

28.   Kurang pengawasan terhadap penggunaan teknologi sepeti televisyen dan telefon pintar.

29.   Kurang sabar terhadap kerenah dan tingkahlaku anak-anak.

30.   Terlalu memanjakan anak dan kurang mendedahkan anak-anak kepada kesusahan.

Kesimpulannya, kalau mahukan anak menjadi yang terbaik, jangan lupa memberi didikan yang terbaik juga kepada anak-anak sedari mereka kecil lagi. Andalah yang mencorakkan anak-anak anda sendiri. Jom sama-sama perbaiki setiap kesilapan dalam mendidik anak. Masih belum terlambat lagi.

**Dapatkan ebook “ Tahap perkembangan anak-anak di bawah 6 tahun dan aktiviti yang sesuai.”
     Pm saya, 0167235080 jika berminat.

 

 

No comments:

Post a Comment