Nama : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Emel : pnnorazuraismail@gmail.com
Entri : 28
Bermain adalah tugas hakiki kanak-kanak. Dunia kanak-kanak adalah bermain dan terus
bermain.
Dengan kata lain, dalam kehidupan rutin seharian kanak-kanak
sedari bangun dari tidur, apa yang
terlintas di fikiran mereka hanyalah bermain. Kanak-kanak akan menggunakan apa sahaja di persekitaran untuk
dijadikan bahan permainan mereka. Kanak-kanak memang kreatif dan mempunyai daya
imiginasi yang tinggi. Walaupan hanya ada sehelai kertas di depan mereka,
kanak-kanak masih boleh berimiginasi untuk menjadikan kertas tersebut sebagai
bahan permainannya. Begitu juga dengan seorang bayi akan mengambil apa sahaja
yang berada di sisinya sebagai bahan permainannya.Ada sahaja idea bahan permainan anak. Bila bermain, kanak-kanak
memang fokus sehingga kadang-kadang tak ingat untuk rehat dan makan.
Sebenarnya bermain memang
sangat perlu untuk kanak- kanak kerana dengan bermain kanak-kanak akan
meningkatkan kebolehan dan tahap perkembangannya dari pelbagai aspek samada dari aspek fizikal,
bahasa, pemikiran dan sebagainya. Sekiranaya ada seorang kanak-kanak yang hanya
duduk diam dan tidak mahu bermain, ini merupakan tingkahlaku yang tidak normal,
pasti ada sesuatu telah berlaku kepada
kanak-kanak tersebut, mungkin dia demam.
Saya teringat sebuah kisah jiran saya dulu. Walaupun dia
mempunyai anak kecil yang berusia 3 tahun akan tetapi keadaan dalam
rumahnya sentiasa tersusun kemas dengan pelbagai peralatan hiasan
seperti pasu-pasu kecil dan juga bunga-bungaan. Memang agak pelik dan saya
tertanya ,mengapa anaknya yang berusia 3
tahun itu, sedikit pun tidak mengusik barang-barang hiasan ibunya. Memang
begitu baik sekali nampaknya. Pada waktu itu, saya yang masih belajar memahami
kanak-kanak rasa sangat teruja akan sikap anak itu memandangkan di rumah saya sendiri
memang tak boleh ada hiasan. Anak-anak yang masih kecil di rumah, pantang nampak benda pelik sikit habis semua di buatnya
main. Kekadang bekas dan cawan plastik di dapur pun hilang dibawa anak main
masak-masak. Aduhai memang pening.
Pada suatu hari saya sempat bertanya pada jiran itu apa rahsianya sehinga anaknya
begitu baik sekali, Kalau bertandang ke rumah saya pun, hanya duduk diam
disebelah ibunya. Jiran saya telah
bercerita dengan bangganya bahawa sebenarnya sedari anaknya baru pandai berjalan lagi,
jiran saya telah memukul tangan anak keciinya itu sekiranya anak itu cuba utuk
mencapai barangan hiasan di dalam rumah. Setiap kali dicuba akan ditepuk tangannya
berkali-kali sehingga anak itu faham
bahawa barang hiasan dalam rumah memang tidak boleh disentuh apatah lagi dibawa
main. Bila anak dah mula faham arahan,
jiran saya akan marah anaknya dan pesan berkali-kali pada anak jangan usik
barang hiasan di dalam rumah. Apa yang dilakukan oleh jiran saya itu berterusan
hinggalah kini anak itu berusa 3 tahun. Kesannya memang anak itu kelihatan sungguh
baik, duduk diam dan tak usik apa-apa pun.
Wahai para pembaca ibubapa, pendidik maupun pengasuh semua,
cuba tanya pada diri anda sendiri, adakah itu yang dikehendaki oleh kanak-kanak?
Betulkah cara jiran saya itu mengajar anaknya? Walaupun dari satu sudut anak itu kelihatan
baik dan berdisplin, tetapi dari satu sudut lain, ibunya telah menafikan hak
anaknya untuk membelek, memegang, meneroka, merasa, mencari pengalaman, menguji
dan akhirnya bermain apa yang
disukainya. Kesian bukan.
Justeru itu, salah sama sekali jika anda tidak membenarkan dan menggalakkan anak untuk
bermain. Kalau agak-agak anda takut
pasu-pasu di rumah pecah dan membahayakan anak, jangan sesekali hiaskan rumah
dengan pasu-pasu tersebut. Tunggulah
anak dah besar dan dah bersekolah dan mereka memang dah faham. Sementara anak
masih kecil, mereka memang perlukan bermain dan sangat berkehendak kepada
bahan@alat permainan yang menyeronokkan untuk mereka.
Peranan anda sebagai ibubapa, pengasuh atau pendidik ialah
menyediakan persekitaran bermain yang kondusif ( sesuai, selesa dan selamat
untuk kanak-kanak). Dalam konteks ini , peranan orang dewasa juga ialah untuk
menyediakan bahan@alat permainan untuk
kanak-kanak.Anda juga perlu sentiasa ada idea bahan permainan anak. Maknanya kenalah membeli permainan untuk kanak-kanak. Tetapi ini
tidak bermaksud anda perlu beli apa sahaja yang diminta oleh anak. Nanti anak
akan naik lemak pula. Pilihan di tangan
anda, jadi belilah permainan yang anda rasa sesuai untuk dimain oleh anak-nak
dan tentulah permainan tersebut mampu dibeli oleh anda.
Oleh kerana anda perlu kena beli permainan untuk anak,
apakata anda survey sebentar harga barangan permainan di kedai@ di
pasaraya. Amboi! ada yang sampai mencecah ratusan ringgit.
Kalau permainan biasa pun dan berkualiti sikit
harganya berpuluh-puluh ringgit. Kalau anak anda hanya seorang dua, mungkin anda
tidak kisah membelinya. Tetapi kekadang, anda membeli sudahlah mahal, namun sebaik
sahaja permainan itu tiba ke tangan anak anda,
tak sampai seminggu habis diteroka dan di eksperimennya sehingga
kekadang tidak berupa permainan lagi. Anak-anak kan kreatif? Tak percaya? Cuba tanya ibubapa yang ada anak
kecil di rumah? Atau cuba tanya pada para pendidik@pengasuh di TASKA? Berapa lama ketahanan permainan yang anda
beli? Sebab itulah kekadang di TASKA TADIKA, pengusaha hanya display je barang permainan, tapi jarang
beri kebebasan anak pilih permainan yang ada. Betul tak? Kalau tak disimpan, alamatnya berkali-kali
lah pihak TASKA TADIKA terpaksa beli permainan baru memandang ianya merupkan
pra syarat di TASKA TADIKA. Saya tahu
sebab saya sendiri pernah melalui pengalaman
bersama pengasuh@pendidik di TASKA
TADIKA dalam mengendali barang permainan kanak-kanak ini. Sebenarnay salah kalau pihak TASKA TADIAK tidak membenarkan anak main dengan peralatan permainan yang ada.
Bayangkan, kalau anda
ada anak kecil 3 atau 4 orang, bagaimana pula? Daripada asyik beli permainan, lebih baik beli makanan. Itu selalu yang saya katakan
memandangkan saya sendiri mempunyai anak yang ramai.
Pada hari ini saya sudah faham dan sudah tahu. Saya boleh jimatkan
wang saya dari asyik membeli permainan
di kedai tetapi dalam masa yang
sama, saya tetap masih boleh sediakan bahan permainan sendiri di rumah
untuk anak-anak saya. Bagaiman caranya? Sekali lagi, anda perlu ada pelbagai idea bahan permainan anak yang sepatutnya anda boleh sediakan sendiri. Macamana pula nak sediakan?
Cuba lihat di persekitaran anda, ada pelbagai bahan atau peralatan yang anda
ingin buang tetapi sebenarnya boleh digunakan semula untuk mencipta peralatan
permainan untuk anak-anak.Permainan yang disediakan sendiri ini bukan sahaja
perlu disediakan oleh ibubapa di rumah bahkan sangat digalakkan supaya di
sediakan oleh para pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA masing-masing. Untuk pengusaha TASKA TADIKA, ini adalah satu cara mengurangkan kos perniagaan anda,
tak perlu asyik beli barang permainan sahaja.
Jom saya tunjukkan apakah antara barang yang anda jangan buang
lepas ni, tapi anda kumpul dan anda gunakan bahan tersebut untuk dijadikan idea bahab permainan anak.
Main bowling daripada botol plastik. Bola dibuat guna kertas
Hmm...senangkan ? Jadi, apa lagi, jom kita berjimat sekarang.
Nak dapatkan banyak lagi idea kreatif mengenai permainan kanak-kanak yang boleh kita sediakan, anda boleh dapatkan lagi dalam ebook
50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK.
Dalam ebook ini terdapat 50 pelbagai idea kreatif permainan kanak-kanak yang saya himpunkan daripada pelbagai sumber yang telah cari melalui samada melalui buku atau internet. Saya himpunkan semua dalam satu ebook bagi memberi panduan kepada ibubapa amnya , pengusaha, penyelia, pengasuh dan pendidik di TASKA TADIKA khasnya.
Semuga dengan ebook ini anda semua akan jadi lebih kreatif dan lebih rajin lagi. Yang penting, ianya sangat menjimatkan anda.
Untuk tempahan, sila klik pada BORANG TEMPAHAN ini.
Harga Ebook cuma RM 25.00 sahaja. Terdapat tambahan percuma 10 idea lagi menjadikan terdapat 60 idea kreatif permainan kanak-kanak. Tempah segera.
Acc Pembayaran :
Nor Azura Ismail
Maybank 155126919215
CIMB 761806903
Siapa yang perlu dapatkan ebook ini?
Ibubapa yang memahami anak-anak
Pengasuh TASKA yang kreatif
Pendidik TADIKA yang peka
No comments:
Post a Comment