Pages

Friday, 26 June 2015

IDEA AKTIVITI SAINS BERSAMA KANAK-KANAK


Teks : Nor Azura Ismail
Foto : Koleksi Peribadi/carian google



JOM BUAT EKSPERIMEN SAINS UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 

Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu didedahkan dengan  dunia persekitaran dan awal sains dimana melalui aktiviti pembelajaran awal sains, kanak-kanak akan dapa, antaranyat ;

Memperhatikan dan menggunakan semua derianya yang ada - deria melihat, mendengar, hidu, rasa
Bertanya pelbagai soalan
Berfikir secara sistematik dan logik
Cuba menyelesaikan masalah yang timbul dari eksperimen
Meneroka dan menyoal
Meramal apa yang akan berlaku
Mencuba dan mengeksperimen sesuatu yang ingin diketahuinya
Mengumpul maklumat dan merekod hasil eksperimen
Membuat kesimpulan
Memberi  peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat dari sesuatu perkara.
Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir.
Menghayati sikap dan nilai murni.
mempelajari mengenai alam dan persekitaran


Baiklah , kali ini saya ingin kongsikan idea eksperimen  sains bersama anak-anak  3 – 6 tahun. Eksperimen ini boleh juga dilakukan juga  bersama anak-anak 1 -2 tahun tetapi memerlukan bimbingan dan bantuan pengasuh@pendidik secara berterusan.  
1     
       AKTIVITI 1 : Menghasilkan gas Karbon dioksida

Mula-mula saya dapat idea ini daripada seorang jurulatih Kursus PERMATA. Kemudian saya membuat survey sedikit melalui  bahan google. Akhirnya saya telah cuba idea ini bersama dengan peserta Kursus Asas Pendidikan Prasekolah yang saya kendaikan baru-baru ini. Hasilnya sangat mengujakan dan menyeronokkan. Itu baru buat eksperimen dengan pelajar saya yang kebanyakannnya terdiri dari para remaja, bagaimana pula jika aktiviti ini dibuat bersama dengan kanak-kanak .  Tentu lebih mengujakan.

Saya kongsikan di bawah ini cara membuat eksperimen tersebut dan anda boleh mula buat bersama anak-anak samada di TASKA TADIKA atau di rumah anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 botol mineral kosong
3 sudu makan cuka
2 sudu teh soda bikarbonat
Sehelai belon
Corong untuk masukkan soda ke dalam belon




CARA BUAT EKSPERIMEN: 

Masukkan cuka ke dalam botol mineral. Kemudian, masukkan pula soda bikarbonat ke dalam belon dengan menggunakan corong.  Selepas iru, lekatkan hujung belon ke mulut botol mineral. Perlahan-lahan tegakkan belon agar semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol mineral tersebut.
Sebaik sahaja soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi mersik akan terhasil dan gas karbon dioksida akan mula terhasil dan menyebabkan belon yang berada pada muncung mulut botol mula menegak perlahan-lahan.

Ketika buat eksperimen ini, pelajar saya akan mula menjerit sedikit melihat belon tersebut menegak perlahan-lahan. Hmmm apatah lagi bila buat dengan kanak-kanak, ye tak?

Apa yang anda boleh ceritakan pada kanak-kanak mengenai eksperimen ini.
Untuk anak-anak  1- 3 tahun, mungkin anda boleh tunjukkan sahaja ekperimen ini dan jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak mencuba sendiri.  INGAT YE, untuk anak-anak kecil, anda perlu bantu buat dan minta kanak-kanak lakukan perkara yang mudah. Contohnya, minta tuangkan cuka ke dalam botol melalui corong yang disediakan. Atau boleh minta anak pegangkan botol mineral.

Untuk anak-anak yang lebih besar,  BIAR ANAK CUBA eksperimen ini,  jangan pula anda yang buatkan manakala anak-anak cuma melihat. Berikan anak-anak merasai pengalaman sendiri.
Untuk anak-anak 4  – 6, akan boleh ceritakan juga  dengan mudah tentang pembebasan gas karbon dioksida tersebut hasil tindakbalas campuran soda bikarbonat dan juga cuka. 
CUBALAH SEGERA EKSPERIMEN INI YE.





AKTIVITI 2 : Menghasilkan lava gunung berapi


BAHAN-BAHAN:
Untuk doh bagi membuat acuan gunung berapi :
1 peket Tepung gandum
Setengah pekat garam
Air secukupnya
Beberapa titik Pewarna makanan
minyak masak secukupnya
Bekas@besen














Bahan-bahan untuk lava gunung berapi:
5 sudu makan cuka
2 sudu besar cecair pencuci pinggan
3 sudu teh soda bikarbonat
Botol mineral kosong
Pewarna  







CARA BUAT :
Sediakan doh untuk dijadikan gunung berapi. Campurkan tepung gandum,  garam dan air untuk diuli menjadi doh yang lembut. Campurkan dengan pewarna makan yang sesuai. Ikut seperti seakan-akan warna gunung berapi.

Potong botol mineral kosong menjadi tiga suku ketinggiannya. Masukkan cuka dan sedikit pencuci pingan ke dalam botol mineral. Fungsi pencuci pinggal ialah untuk menghasilkan sedikit buih. jangan lupa juga masukkan sedikit pewarna seakan warna lava gunung berapi. 
Sekarang letakkan botol mineral ke dalam bekas@besen yang sesuai. Bentukkan gunung berapi di sekeliling botol mineral. Kalau boleh bentukkan juga bahagian dasar gunung berapi.

Sekarang , tibalah waktu untuk melihat lava gunung berapi terhasil keluar dari mulut gunung. Bagaimana? Caranya ialah dengan menuangkan soda bikarbonat yang telah dibancuh sedikit dengan air secara perlahan-lahan  ke dalam botol mineral tadi. Tanya pada anak-anak, Apa yang terjadi? 

Campuran buih-buih  seakan lava gunung berapi akan akan keluar dari botol tersebut. Ini terjadi hasil daripada campuran cuka, soda dan cecair pencuci pinggan tersebut.
Akhir sekali anda boleh terusnya aktiviti dengan bercerita mengenai gunung berapi. Tunjukkan gambar gunung berapi sebenar dan mungkin anda boleh tunjukkan juga video bagaimana cecair lava keluar dari gunung berapi. Tentu , sangat menyeronokkan aktiviti ini.

Sama seperti  tadi, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mencuba aktiviti sains yang menyeronokkan  dan mengujakan kanak-kanak ini.



AKTIVITI 3 : MENCAMPURKAN PELBAGAI WARNA

Untuk aktiviti  ini, cuma perlukan poster colour. Boleh juga gunakan pewarna makanan. Terangkan dulu pada anak-anak tentang warna-warna asas. Berikan mereka mangkuk polistrin setiap seorang. Sekarang, minta kanak-kanak cuba  campurkan 2 pelbagai warna dan lihat warna apa yang akan terhasil. Contohnya bila warna biru bercampur dengan warna kuning, maka akan terhasillah warna hijau.  Warna makanan juga boleh dibancuh dahulu di  dalam botol, campurkan sedikit air. kemudian campurkan beberapa warna dalam botol lain pula.

Untuk lebih seronok, minta kanak-kanak sapukan warna yang telah bercampur tadi pada kertas lukisan kosong atau pada sebarang gambar yang tak berwarna.
SELAMAT MENCUBA.




AKTIVITI 4 : BUIH BELON BESAR




Untuk aktiviti ini, masukkan pencuci pinggan dalam besen dan campurkan dengan gula sirap dalam kuantiti yang banyak. Kacau campuran. Gunakan alat yang sesuai untuk meniup buih, mungkin boleh cuba guna straw (saya tak cuba lagi guna straw) (guna acuan biskut - plastik) CUBALAH DULU. Belon yang terhasil boleh jadi lebih besar jika dibandingkan dengan hanya guna buih sabun.


NAK DAPATKAN BANYAK IDEA BAHAN PERMAINAN KANAK-KANAK.
JANGAN LUPA !!! Dapatkan idea koleksi bahan permainan yang telah saya kumpulkan untuk kemudahan aktiviti permainan kanak-kanak.


EBOOK 50 IDEA KREATIF KOLEKSI PERMAINAN KANAK-KANAK. 
CUMA RM 25 SAHAJA. 

UNTUK TEMPAHAN, KLIK BORANG TEMPAHAN.

3 comments:

  1. Salam Puan.. Boleh cadangkan buku2 panduan yg parent boleh refer untuk aktiviti yg sesuai dilakukan di rumah dgn anak2...anak sy berumur 3 tahun dan saya xtau aktiviti ap yg sesuai..kadang2 mainan yg dirasakan sesuai tp bila beli die xmain pon... Tq Puan.

    ReplyDelete
  2. Mcm mane sy nk dptkan buku ni ye..tq

    ReplyDelete