Pages

Wednesday, 22 July 2015

Kesan menggoncang atau menghayun bayi

Teks : Nor Azura Ismail
Foto : carian google


Tahukah anda bahawa bayi mempunyai kepala yang besar dan berat, otot leher yang lemah dan otak yang sedang berkembang. 
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi? 
Mengoncang, melambung, menghayun dan memusing bayi dengan laju boleh mengakibatkan kerosakan otak dan seterusnya boleh juga menyebabkan kematian pada bayi.


Pernahkah anda mendengar mengenai Shaken Baby Syndrome (SBS)
Menurut maklumat yang saya perolehi melalui carian di google,  SBS merupakankecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan yang serius yang boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Cuba lihat keratan akhbar Kosmo  di bawah berkaitan kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan otak pada bayi.

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.




Kesemua kemalangan dalam keratan akhbar di atas  telah mengakibatkan  kecederaan pada otak bayi yang disebabkan telah berlaku sesuatu gegaran, hentakan atau goncangan yang kuat  pada bayi.
Apakah kesan menggoncang atau menghayun bayi menurut kata pakar? 

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, beliau menjelaskan mengapa seorang bayi mudah mendapat kecederaan di kepala. 
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku pada orang dewasa kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.
Berbeza dengan bayi, kecederaan otak akibat hentakan atau goncangan mudah berlaku dan boleh menjadi  parah jika bayi berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut dimana  risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli lagi,  keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana kebiasaannya  tidak dapat mengimbangi badan.
Sejauh mana tahap kecederaan pada otak bayi juga banyak bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian tempat bayi tersebut jatuh.

Pengalaman saya sendiri menjaga anak saya  ketika bayi, mereka memang kerap jatuh dan terhentak antaranya disebabkan perkara berikut :
FAKTOR PERKEMBANGAN BAYI :
Bayi sudah boleh berguling – Bayi akan berguling bila-bila masa tanpa menyedari tempat mereka berguling itu sesuai dan selamat  atau tidak. Selalunya bila bayi berguling di atas tilam bayi, tanpa disedari bayi telah terkeluar dari tilam, akibatnya bila bayi berguling, kepalanya akan terhempas pada lantai.  
Cara elak ,  letakkan alas alas tikar@ soft mat yang besar di pada permukaan lantai tempat membentang tilam bayi.
Bayi baru  belajar untuk duduk – Bila bayi sudah mula belajar untuk duduk sekitar umur 6 bulan ke atas, mereka akan cuba untuk duduk dengan sendiri. Kadang kala bayi belum boleh duduk dengan betul dan belum mampu mengimbangi badannya.  Dalam situasi ini,  bayi boleh terjatuh ke belakang dan mengakibatkan kepalanya terhentak pada lantai.
Cara elak,  sentiasa peka dan berada bersama bayi. Untuk langkah berjaga,  letakkan bantal atau tilam atau soft mat di  belakang  badan bayi atau sekeliling tempat bayi bermain.
Bayi semakin aktif dan ingin mencuba sesuatu – Antara usia bayi  6 – 18 bulan bayi  memang sangat aktif tanpa memahami sebarang risiko yang ada.  Apa yang anda perlu buat ialah sentiasa peka pada setiapa apa yang bayi anda lakukan.
Bayi jatuh ketika mula bertatih – Sama seperti mula belajar duduk tadi, bayi akan mudah jatuh kerana mereka terlalu teruja untuk mencuba untuk berdiri sendiri disamping belum mampu mengimbangi badan mereka. Berikan perhatian lebih pada bayi anda ketika ini.
FAKTOR KECUAIAN IBUBAPA @PENJAGA BAYI :
Menimang bayi tinggi-tinggi – Yang ini biasa dilakukan oleh kita sebab kelihatan bayi seperti seronok atau suka hati bila di timang tinggi-tinggi. Amalan menimang anak tinggi-tinggi seperti menhadi suatu perkara biasa sehingga ada lagu yang liriknya kalau tak salah saya lebih kurang seperti berikut.
Timang tinggi tinggi/buai laju-laju
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab

Jadi, selepas ini perlu lah elakkan menimang anak tingi-tinggi sebab boeh menyebabkan otak bayi yang masih lembut itu bergegar. Kesannya tentu tak nampak pada waktu itu tapi mungkin pada waktu akan datang.
Bayi jatuh dari katil seringkali ibubapa suka meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil . Bayi yang sudah boleh berguling sering jatuh dari katil. Risiko kecederaan  otak akibat jatuh dari katil memang tinggi. Bukan sekadar kecederaan otak malah tangan atau kaki bayi boleh patah kerana jatuh dari katil.
Eakkan daripada meninggalkan bayi tidur bersendirian di atas katil lebih-lebih lagi bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Menidurkan dan menghayun bayi dalam buaian – sindrom gegaran akibat ayunan kuat
Terjatuh dari buaian

Pakar kanak-kanak sangat menyarankan supaya ibubapa tidak menidurkan anak di dalam buaian.  Menurut satu sumber, benyak kecederaan otak yang mendapatkan rawatan di hospital berlaku akibat dari penggunaan buaian. Kesimpulannya memang banyak risiko kecederaan boleh berlaku pada bayi akibat penggunaan buaian yang tidak betul. Antaranya;
Cara henjutan atau ayunan laju yang menyebabakan bayi pening dan seterusnya menganggu atau boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi yang masih lembut.
Buaian elektrik yang terdapat di pasaran sangat berisiko menyebabkan gegaran pada otak bayi akibat henjutan yang laju dan berterusan.
Kadang-kadang ayunan pada buaian tanpa anda sedari sampai ke dinding yang menyebabkan kepala bayi akan terhantuk pada dinding atau henjutan yang laju sehingga mencecah ke lantai.
Begitu juga jika bayi terjatuh dari buiaan akibat bayi cuba untuk berpusing atau bangun sendiri dari buaian atau mungkin kain buaian tertanggal atau spring pada buaian putus. Semua ini boleh menyebabkan risiko kepala bayi terhempas ke lantai.
Bayi jatuh tersembam dari walker Sama seperti buaian tadi penggunaan walker banyak memberi kesan buruk pada bayi. Antaranya keadan walker yang ringan dan tidak diletakkan pada permukaan yang stabil menyebabkan bayi boleh jatuh dari walker dan kepalanya tersemban ke lantai.

Cara pencegahan di atas, senang sahaja, elakkan penggunaann buaian dan juga walker pada bayi anda. Anda boleh tidurkan bayi kecil dalam kot bayi atau ajar bayi tidur di tilam bayi saja.
Haramkan terus penggunaan walker . Ibubapa biasanya suka menggunakan walker  dengan tujuan untuk bayi cepat pandai berjalan dan mudah untuk  bayi bergerak. Percayalah bayi boleh berjalan secara semulajadi tanpa bantuan dari walker.
Menggoncang bayi ketika marah – Ada masanya ibubapa @ penjaga kelihatan stress ketika menjaga bayi. Misalnya apabila bayi menangis tanpa henti atau apabila mereka cuba menidurkan bayi dalam masa yang lama. Kerana marah dengan kerenah dan ragam  bayi, tanpa disedari mereka mengoncang bayi dengan agak kuat. Risikonya menyebabkan berlaku gegaran  pada otak bayi.

Elakkan menggendali bayi ketika sedang marah. Cuba tenangkan diri anda.
Aktiviti bermain yang melibatkan ayunan atau melambung bayiElakkan sebarang aktiviti yang perlu menghayun atau melambung bayi anda.
Ibubapa@penjaga tak peka pada keselamatan bayi – dalam apa jua keadaan sepanjang tempoh pembesaran dan perkembangan bayi , ibubapa atau penjaga perlu sentiasa peka mengenai aspek keselamatan dalam pengasuhan bayi. Amalan asuhan yang betul perlu dipelajari dalam dipraktikkan ketika menggendalikan bayi .
Persekitaran yang tidak kondusif untuk bayibermain – Sediakan persekitaran yang sesuai, selamat dan selesa untuk bayi melakukan pelbagai aktiivit nya.  Sebagai ibubapa atau penjaga bayi, perkembangan bayi perlu digalakkan dengan mendedahkan bayi kepada pelbagai aktiviti yang sesuai.
Apa yang berlaku apabila bayi digoncang, dihenjut, diayun laju atau terjatuh?
Selalunya bila berlaku perkara di atas jika  tiada kecederaan fizikal atau mental yang berlaku pada masa itu,  mungkin boleh   berlaku pendarahan dalam otak yang tidak disedari.
Sekiranya terdapat benjolan, bengkak atau lebam  yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
Bawa bayi mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat simpton-simpton tersebut kerana dikhuatiri kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak.
 Kesimpulannya , dapatkan rawatan segera  jika terdapat tanda-tanda berikut :
Muntah-muntah
Tidur yang lama dari kebiasaan
Berlaku sawan
Kelaianan pada ubun-ubun bayi
Terdapat benjolan luar biasa
Pucat selepas beberapa jam

Jika dilihat di atas, banyak punca kecederaan otak bayi berpunca dari kita sebagai ibubapa, penjaga atau pengasuh kepada bayi.  kesan menggoncang atau menghayun bayi boleh memberi impak yang berpanjangan pada bayi di masa hadapan. 
Jom, tingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan atau amalan asuhan yang betul untuk bayi kita. Kita boleh mengubahnya.
Saranan saya kepada ibubapa yang muda atau kepada para pengasuh di TASKA dapatkan

EBOOK PANDUAN MENDIDIK ANAK ini sebagai panduan anda.

HARGA RM30


No comments:

Post a Comment