Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi peribadi
( dilarang menggunakan semua image dalam entri ini tanpa kebenaran penulis)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Adakah anda seorang pengasuh, pendidik, ibu bapa yang peka pada pendidikan awal kanak-kanak....
JOM SERTAI BENGKEL INI...
BENGKEL SENI kreatif Kanak-Kanak
Apakah yang akan diperolehi melalui bengkel ini?
Sebelum itu anda perlu tahu maksud Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak.
Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak merangkumi seni visual, kraf, nyanyian, drama dan pergerakan kreatif kanak-kanak. Perkembangan ini penting untuk diterapkan pada anak-anak di
TASKA, TADIKA maupun di rumah dimana ianya bukanlah hanya tertumpu pada seni visual, kraf atau nyanyian bahkan ianya merangkumi keseluruhan aspek dalam
perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak.
Contohnya; bila seorang pendidik mengajar anak-anak di TASKA
TADIKA menggunakan warna air untuk menghasilkan pelbagai corak yang menarik,
secara tidak langsung anak-anak belajar menggunakan kemahiran moto
halusnya untuk menggerakkan berus
lukisan pada kertas, kanak-kanak mula bercerita tentang corak yang terhasil dan
kanak-kanak juga belajar mengenali pelbagai jenis warna air.
Justeru itu, supaya aktiviti kreativiti dapat menarik minat kanak-kanak,
adalah penting juga pengasuh@pendidik dan juga ibu bapa mempunyai pelbagai idea, berinovasi dan sentiasa kreatif.
Bengkel Seni kreatif Kanak-Kanak sebagai
pilihan untuk memberi peluang kepada para pendidik@pengasuh TASKA TADIKA dan juga ibu bapa yang berminat untuk mengumpul
dan mencuba pelbagai idea kreatif yang dapat menggalakkan Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak.
PERHATIAN!!! SAYA MENGUMPUL PENDAFTARAN BERMULA SEKARANG;
JOM KUMPUL PELBAGAI
IDEA kreativiti.......
BENGKEL SENI kreatif
Kanak-Kanak
TARIKH
: ikut permintaan kumpulan
MASA
: 9.00AM – 05.00
PM
TEMPAT
:
BAYARAN : RM 70
SIAPAKAH
YANG BOLEH MENGHADIRI BENGKEL INI?
PENGASUH
@PENDIDIK TASKA
GURU TADIKA
IBU BAPA
INDIVIDU YANG BERMINAT
NAK JOIN BENGKEL INI, DAFTAR...KLIK DI SINI
Kreatifnya semua;
LAGI YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN KREATIVITI;
Kreativiti
ialah kebolehan atau keupayan seseorang untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti
memerlukan daya imiginasi yang tinggi dan inovasi yang melahirkan pelbagai
hasil idea yang menarik.
Perkembangan Kreativiti dan Estetika perlu digalakkan di kalangan kanak-kanak seawal usia
kerana kreativiti dapat dilihat sebagai pemangkin kepada kecerdasan dan bakat
seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak
perlu diberi peluang untuk menunjukkan kreativitinya sendiri dari awal usia
lagi. Pengasuh@pendidik TASKA TADIKA atau pun ibu bapa berperanan untuk
menggalakkan perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak.
Bagaimana? Antara caranya ialah pengasuh@pendidik dan juga ibu bapa perlulah jadi lebih kreatif dan
mempunyai kepelbagaian idea serta inovasi baru untuk dicuba bersama kanak-kanak.
Maka, pelbagai idea
seni dan kraf yang akan dikongsi dalam
Aktiviti Bengkel :
- Contengan pensil, krayon, berus lukisan dan sebagainya
- Pelbagai corak lakaran
- Capan @ cop/tanda @ kesan dari pelbagai permukaan
- Cop tapak tangan, tapak kaki dan jari
- Tampalan bergambar
- Kreativiti sains
- Kreativiti dengan tepung
- Pelbagai kreativiti melalui alam semulajadi
- Lipatan @origami @ anyaman
- Kolaj dari pelbagai bahan
- Kolaj dari alam semulajadi
- Mewarna pelbagai bahan
- Lukisan pemandangan @ 'back ground' sesi bercerita
- Nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif kanak-kanak
- bunyi muzik untuk bayi
- Bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
- Bermain alat muzik DIY
- Meniru gaya pergerakan muzik
- Pelbagai pergerakan badan serentak mengikut irama muzik
- Menyanyi pelbagai lagu kanak-kanak
INILAH ANTARA HASILNYA;
Pelbagai idea kreativiti , muzik dan pergerakan akan dikongsikan
selama sehari hanya dalam bengkel ini.
JOM SERTAI.......
TERKINI, .... belum ada tarikh
DAFTAR
SEGERA DENGAN KLIK DI SINI
Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.
BAYARAN
BENGKEL CUMA RM 70 SAHAJA.
SEMUA BAHAN DISEDIAKAN.
PERCUMA EBOOK 50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
HUBUNGI SAYA, NOR AZURA 016 7235080 /019 2115642, untuk keterangan lanjut.
saya mohon guna gamabar untuk rujukan assigment pendidikan awal kanak-kanak saya yeaa..
ReplyDelete