Oleh :Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Sumber rujukan : Buku Modul Asuhan PERMATA
image : carian google
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan pantulan pada bayi?
Pantulan merupakan satu tindakbalas semulajadi yang dilakukan oleh bayi sejak dari lahir lagi. Pantulan terjadi dalam bentuk beberapa pergerakan yang ditunjukkan oleh bayi secara otomatik tanpa berfikir.
Pelbagai tindakbalas pantulan akan ditunjuk oleh bayi apabila terdapat ransangan tertentu di persekitarannya.
Anda akan lebih faham maksud pantulan dengan melihat contoh jenis pantulan
semulajadi yang saya kongsikan di bawah ini;
PANTULAN
|
TINDAKBALAS
|
Mengelip mata
|
Bayi pejamkan mata seketika
|
Mencari pangkal
|
Kepala pusing menghala stimulasi seperti
sentuhan
|
Menghisap
|
Bayi menghisap bila dimasukkan sesuatu ke
dalam mulut
|
Berenang
|
Tangan menghayun dan kaki menendang apabila
di dalam air.
|
Moro
|
Bila terkejut, bagi kembangkan tangan dan
seterusnya memeluk orang di sisinya.
|
Menggenggam
|
Genggam tangan secara spontan apabla sesuatu
menyentuh tapak tangannya
|
Menguatkan leher
|
Bila meniarap, bayi akan mengangkatkan
kepala, memanjangkan leher dan mengangkat dada
|
Melangkah
|
Bayi mengangkat kaki bergilir-gilir
|
Babinski
|
Jari kaki akan kembang dan meringkuk
apabila digisikkan di bahagian tapak kaki.
|
Pantulan semulajadi
selalunya akan hilang selepas usia tiga ke empat bulan dan ada juga selepas
satu tahun.
Yang terus kekal ialah
mengelip mata dan menelan.
Jadi, anda dah tahu mengenai pantulan ini? Kepada yang ada mempunyai bayi kecil, cuba cari dan perhatikan jenis-jenis pantulan yang dilakukan oleh bayi anda sepanjang hari.
************************************************************************
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian TASKA
Nak jemput saya memberi ceramah/bengkel keibubapaan @sebarang Training/bengkel untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;
TEL : 016 7235080 / 019 2115642
EMEL : pnnorazuraismail@gmail.com
No comments:
Post a Comment