Pages

Sunday, 20 March 2016

Idea aktiviti pendidikan seni untuk anak-anak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Salam sejahtera semua,
Lagi saya masih ingin berkongsi idea aktiviti pendidikan seni untuk anak-anak terutamanya anak-anak dibawah 6 tahun yang sememangnya sangat kreatif dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Kali ini saya ini kongsi mengenai beberapa teknik menghasikan lukisan seni yang mudah dan menarik. Sangatlah sesuai diprakktikkan kepada anak-anak awal usia, sekitar umur 4 hingga 6 tahun.

Berikut adalah antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan:


Tajuk : Menghasilkan gambar secara resis

Objektif :

1. Kanak-kanak boleh menghasilkan corak  melalui cara resis mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri ( Perkembangan Kreativiti & Estetika)

2. Kanak-kanak boleh menghargai hasil aktiviti mereka  sendiri. (Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian)

3. Kanak-kanak boleh memegang lilin dengan betul (Perkembangan Fizikal)



Bahan -bahan yang digunakan sangat mudah dan senang diperolehi.

Lilin atau boleh guna krayon warna putih
Warna air
Kertas Lukisan
Berus lukisan@span

Di bawah ini saya kongsikan juga cara bagaimana aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak.

Langkah aktiviti.

1. Ambil kertas lukisan warna putih dan sebatang lilin@krayon warna putih.
2. Dengan menggunakan lilin, minta kanak-kanak samada menconteng , melakar atau melukis objek tertentu pada kertas lukisan tersebut. ( ikut umur dan kebolehan kanak-kanak)
3. Minta kanak-kanak lihat pada kertas lukisan tersebut, tiada terdapat sebarang corak ataupun bentuk.
3. Beitahu pada anak-anak yang sebentar lagi mereka akan dapat melihat dengan jelas apa yang telah mereka conteng, lakar atau lukis tadi.
4. Minta kanak-kanak celup warna yang  gelap dengan menggunakan span dan kemudian gosok lembut di atas lukisan tadi. Boleh juga menggunakan berus lukisan.
5. Beri bimbingan dan galakan pada kanak-kanak
6. Tanya pada kanak-kanak apa yang mereka lihat pada kertas tulisan tersebut. 
7. Minta mereka ceritakan hasil yang mereka lihat pada kertas lukisan.
8. Untuk mendidik kanak-kanak hargai hasil kretaiviti mereka, tampal kertas aktiviti tersebut di dinding.



Sekiranya anda ingin dapatkan lebih banyak idea kreativiti lagi jom dapatkan melalui EBOOK saya



Apa yang istimewa dalam EBOOK ini:

- koleksi idea bahan permainan kanak-kanak yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber
- koleksi tambahan idea aktiviti dan bahan permainan yang saya skumpul melalui bengkel2 yang saya kendalikan.
contoh-contoh RPA aktiviti.



Atau saya beri EBOOK ini secara percuma jika anda sertai bengkel saya di bawah.

Datang berkumpulan untuk dapatkan harga diskaun.
Tempat terhad.
Hubungi saya 0167235080 / 0192115642
pnnorazuraismail@gmail.com

Anak ramai , rezeki atau beban?

Catatan oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Beberapa hari lepas, hari itu hari Sabtu, saya dan suami pergi makan tengahari di luar. Jarang dapat makan tengahari di luar bersama kerana pada hari biasa , masing-masing sibuk dengan kerja. Kami berdua sahaja tanpa anak-anak,  kesempatan ini digunakan untuk berbual-bual mesra sambil makan tengahari. (nak romantik di usia –usia 40 an ini)

Ketika sedang makan,  saya terlihat seorang ibu muda yang sedang sarat mengandung memegang tangan anaknya yang berusia lebih kurang setahun lebih. Disekeliling ibu muda itu juga kelihatan anak-anaknya yang lain seramai 3 orang yang mungkin berumur antara 3 ke 6 tahun. Semuanya berpimpinan tangan antara satu sama lain menuju ke meja makan. Mana pula  ayah kepada anak-anak tersebut,  tanya saya di dalam hati.  Oh rupanya si ayah sedang memesan makanan di kaunter makanan. Mata saya terus memandang gelagat ibu  tersebut dan juga anak-anaknya. Dia kelihatan begitu sabar melayan anak-anaknya.  Kelihatan sebelah tangan memegang perutnya yang memboyot manakala sebelah lagi  tangannya  lagi memimpin tangan si anak kecil, wanita tersebut  terus mengarahkan anak-anak yang lain duduk di meja yang telah dipilhnya.

Semua anak-anak kecil itu patuh mengikut  arahan ibunya. Si kakak yang paling tua membantu mendudukkan adik yang mungkin berumur hampir  3 tahun itu di kerusi yang disediakan. Yang lain-lain telah pun duduk sendiri.  Tiada pun kelihatan mereka berlari-lari sementara menunggu si ayah membawa makanan. Aduhai pandai sungguh si ibu mendidik anak-anaknya yang ramai itu berdisplin di tempat awam, detik saya di dalam hati.. Tidak terdengar sekali bunyi si ibu marah atau bersuara tinggi.

Kemudian kelihatan pula si ayah datang berturut – turut  dua  ke  tiga  kali sambil membawa dulang berisi makanan yang telah dibeli. Setelah selesai membahagi- bahagikan makanan kepada semua anak-anak, lalu si ayah dengan tenangnya pula duduk makan. Anak-anak yang lain juga makan dengan sendirinya. . Hanya anak yang paling kecil didudukkan dalam troli pasaraya dan  disuap makan oleh ibunya. Peliknya tiada kedengaran anak-anak membuat kerenah ketika makan. Maka si ibu dengan tenang dan sabar terus menyuap anak yang  bongsu  manakala si ayah terus menjamah makanannya dengan berseleranya. Terkedu melihat situasi seterusnya, setelah selesai semua makan barulah si ibu yang sarat mengandung itu terakhir sekali makan.

Saya sempat menjeling ke wajah wanita tersebut. Penuh wajah keibuan dan penuh dengan riak ketenangan dan kesabaran.  Si ibu dan si ayah kelihatan masih muda persis seperti umur di awal 30an telah mempunyai empat orang anak –anak yang kecil2 dan bakal mendapat anak yang ke lima pula.
Sukarnya hari ini melihat keluarga orang muda mempunyai anak yang ramai. Kebiasaannya bilangan anak-anak mereka cuma dalam satu, dua dan paling ramai tiga orang, masuk sahaja yang keempat , dah dikata ramai.

Pernah serorang kawan sekerja saya berkata, bahawa jika dia berkahwin nanti, dia tidak mahu mempunyai mempunyai anak. Katanya mempunyai anak menyusahkan dan sukar baginya nanti untuk mengejar kejayaan dalam kerjayanya nanti.  Benarkah kenyataan itu? Agak-agaknya kalau semua orang berpandangan begitu, tiadalah kesinambungan generasi dan keturunan. Bukahkah salah satu hikmah dari perkahwinan itu ialah  untuk melahirkan zuriat keturunan yang bakal mewarisi kehidupan seterusnya di atas muka bumi ini.

Berbalik kisah ibu, ayah dan anak-anak nya tadi, saya sempat  mencuit lengan suami saya dan menyuruhnya melihat ke arah keluarga tersebut. Hmmm seperti apa yang ada dalam minda saya, suami saya terus berkata, “ sama macam kita dulu”
Bila melihat keluarga tersebut, memang sangatlah persisi saya dan suami suatu ketika dulu membesarkan anak-anak. Ketika saya berumur 30 tahun, anak-anak sudah pun seramai 5 orang. Ya, memang  betul, itulah saya dan suami suatu ketika dulu ketika anak-anak masih kecil dan semuanya memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi. Saya mempunyai lapan orang anak yang berusia antara 6 tahun lebih  hingga 21 tahun.Suatu masa dahulu , memang letih dan penat menguruskan anak-anak yang kecil dan rapat antara satu sama lain. Seingat saya dulu, sepanjang tempoh kelahiran dan membesarkan  mereka semua, saya sentiasa berada dalam dua keadaan samada sedang mengandungkan anak ataupun sedang menyusukan anak. Setiap tahun bila  bulan Ramadhan , saya sentiasa berada dalam kategori wanita uzur, boleh berbuka puasa jika keadaan memudharatkan. Tapi, selalunya saya gagahi juga untuk berpuasa penuh.

Teringat dulu dulu, memang bersusah payah menjaga dan memantau anak-anak yang kecil. Masih saya ingat lagi, ketika anak saya yang sulung berumur 7 tahun, dia sudah pun mempunyai adik seramai 4 orang . Semuanya masih kecil. Waktu itu saya mengusahakan TADIKA sendiri. Disamping ingin meraih pendapatan daripada perniagaan TADIKA ( ketika itu saya bekerja sendiri sebab ramai anak yang masih kecil), di TADIKA yang saya usahakan sendirilah anak-anak mendapat pendidikan awal. Bila saya ke TADIKA , saya bawa anak-anak bersama termasuk yang masih menyusu hingga adalah yang mengatakan saya tak professional dalam mengendalikan TADIKA sebab saya bawak anak bersama. Kalau di rumah pula, jiran-jiran kata anak saya bising sebab biasalah anak-anak, mana reti duduk diam, keluar masuk longkang depan rumah dah jadi rutin mereka.

His, memang susah mata yang melihat sebab mungkin mereka tidak memahami orang-orang yang mempunyai anak yang ramai.  Akhir sekali, bila nak beli rumah, saya dan suami rancang beli tanah di kawasan kampong dan bina rumah. Biar anak-anak yang ramai ini dapat meneroka persekitaran dengan bebas dalam kawasan yang selamat. Hem,  kalau nak kata anak-anak saya sewaktu kecil, kalau tak jatuh memang tak sah namanya. Biasalah, kanak-kanak belajar dari sesuatu pengalaman.

Saya juga masih ingat lagi ada seketika , ketika saya dan suami membawa anak-anak keluar berjalan-jalan ke pasaraya atau pergi bercuti, saya memegang tangan 2 orang anak, manakala suami pula mendukung yang paling kecil ( tentunya masih bayi) . Anak yang besar sedikit saya suruh pimpin tangan adiknya dan jalan berdekatan dengan kami. Bimbang betul  jika bawa anak-anak ke  tempat awam , takut hilang dari pandangan. Terasa agak sukar juga waktu itu mengawal semua anak-anak.

Sewaktu sudah memasuki fasa anak ke 7, ketika itu anak yang sulung baru masuk tingkatan 1, jika bawa mereka ke tempat ramai orang, saya selalu secara tiba-tiba akan mengira bilangan anak , khuatir  ada yang tercicir pula. Memang pernahlah saya dan suami melalui pengalaman anak hilang di pasaraya dan dijumpai semula di kaunter pertanyaan pasaraya setelah pengumuman dibuat di corong pembesar suara.
Kini, jika terdengar pengumuman seperti itu di pasaraya, saya akan tersenyum teringat pengalaman saya sendiri. Tapi bila difikirkan di zaman sekarang ini, memang bahaya anak-anak hilang di tempat awam apatah lagi ada  manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengasihani anak-anak, menculik anak untuk cepat kaya.

Berbalik lagi kisah tadi, saya meneruskan perbualan bersama suami. Kata suami saya,  sekarang ini zaman orang itu ( ibu dan ayah tadi), zaman kita telah pun berlalu.

Anak saya memang lapan orang tetapi sekarang ini kalau kemana-mana, sukar orang percaya jika saya sebut anak saya lapan orang. Bila keluar makan bersama-sama sekeluarga, ada yang kata anak saya yang no 1, 2 dan 3 itu adalah adik beradik saya atau suami.

Kini, anak-anak dah semakin remaja. Anak-anak saya terdiri dari dua generasi iaitu Y dan Z. Generasi Y yang telah meningkat remaja sedang sibuk dangan dunia mereka mengharungi tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Manakala si generasi Z , yang berumur antara 6 hingga 10 tahun sedang sibuk meneroka dan terus dengan dunia bermain mereka.
Sekarang, semua anak-anak saya sedang belajar. Baru-baru ini setelah keputusan SPM dan STPM dikeluarkan ( anak no  2 dan no 3 antara calonnya), banyak hari jugaah suami saya, sambil saya mencelah-celah sibuk sama-sama mengisi borang UPU anak. Ada masanya seperti kami pula yang beria-ria hendak  masuk universiti. Anak-anak saya kelihatan rilek saja. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit , belum lagi dikira keperluan harian kami sekeluarga. Tapi, sesungguhnya saya bahagia dan bangga  mempunyai anak-anak yang ramai  Rupanya bila anak-anak sudah remaja, mereka persis seperti kawan-kawan pula terutamanya suami saya sangatlah prihatin dengan perkembangan semasa anak-anaknya. Oh ya , lupa nak cerita, anak-anak saya kebanyakannya lelaki.

Anak-anak  semua tidak banyak kerenah samada yang telah remaja maupun si adik yang bersekolah rendah itu. Tidak sukar pun menguruskan mereka semua. Cuma, memanglah tidak saya nafikan seperti yang saya katakan tadi,   keluarga besar belanja pun besar juga. Namun saya yakin dan saya pernah dengar bahawasanya Allah akan mencukupkan keperluan hambaNYa mengikut keperluan hambaNYA samada sedikit ataupun banyak.
Sudahpun tamat zaman  membesarkan anak-anak yang kecil dulu.  Walau masih ada yang kecil tapi anak-anak saya sangat berdikari. Manakala si abang dan si kakak sangat membantu dan ringan tangan dalam urusan rumah maupun menjaga adik-adiknya.

Saya selalu  bersyukur kepada Allah, anak-anak kurniaan dariNya yang tidak ternilai dan sangat berharga. Biar mungkin pada pandangan sesetengah orang tidak relevan lagi  untuk mempunyai anak-anak yang ramai antaranya kerana faktor terbesar ialah dari segi kemampuan keperluan  kewangan yang diperlukan. Tapi sekali lagi bagi saya, rezeki itu Allah yang tentukan. Walaupun tidak kaya,  rezeki saya dan suami tidak pernah putus untuk anak-anak. Walau tidak banyak tetapi anak-anak sendiri sentiasa belajar untuk hidup secara sederhana dan tidak bermewah dalam perbelanjaan harian mereka sendiri. Insyallah rezeki anak-anak tetap ada.

Bersyukur memiliki anak-anak yang ramai kerana merekalah penghibur hati. Manakan tidak jika selalunya ada  beberapa orang  anak-anak bersekolah dan tinggal di asrama, saya seolah seperti terasa ada kekurangan di rumah saya.

Pada saya dan suami, yang penting pendidikan yang diberi kepada mereka perlulah betul dan sesuai dengan potensi anak-anak. Hanya doa yang terbaik sentiasa mengiringi mereka. Biar kuatiti dan kualiti sama hebatnya.  Paling tidak boleh dinafikan ialah memberi   keutamaan kepada pendidikan akhirat, ajar, bimbing dan pantau anak-anak  supaya mereka jadi orang-orang yang sentiasa menjaga solat, puasa dan sentiasa memperelokkan akhlak.  Mudahan  kelak  apabila mereka dewasa , mereka tidak akan lupa pada saya dan suami dan akan jadi anak-anak yang beriman, soleh dan  solehah yang bakal menyelamatkan saya dan suami  di negeri abadi kelak.  InsyAllah.

Doa dari saya untuk anak-anak setiap masa....
Wahai Tuhan, jadikanlajh anak-anak ku yang ramai ini anak-anak yang soleh solehah,  bukan sekadar untuk disebut  tetapi jadilkanlah ianya realiti dalam kehidupan mereka. Kurniakan kejayaan hidup duna akhirat kepada mereka. Permudahkanlah segala  urusan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
Wahai Tuhan, jadikanlah anak-anakku  ini sebagai anak-anak yang mampu mendoakan aku ketika aku telah tidak  mampu lagi dan akhirnya  ketika aku berada di alam barzakh nanti. Hanya doa dari merekalah yang akan menyelamatkan diriku.
Amin

***********************************************************************************************



Siapa saya?


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak

Jika anda merupakan pendidik awal kanak-kanak, jom berbengkel bersama saya.


Datang berkumpulan untuk dapatkan bayaran diskaun.
PERCUMA, EBOOK tulisan saya.


Sunday, 13 March 2016

AKTIVITI KREATIVITI TASKA TADIKA


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com


Kanak-kanak dan kreativiti adalah 2 perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak awal usia secara semulajadinya merupakan individu yang penuh dengan imiginasi dan sangat kreatif. Ada sahaja perkara yang boleh dilakukannya sekiranya kita sebagai pengasuh, pendidik atau ibu bapa memberi kanak-kanak ini peluang untuk mencuba.

Aktiviti kreatif TASKA TADIKA  pula adalah antara salah  satu aktiviti utama yang perlu dijalankan di TASKA TADIKA disamping aktiviti-aktiviti lain.

Anda mungkin  merupakan pengasuh@pendidik di TASKA.
Anda juga mungkin seorang guru di TADIKA.
Dah banyak aktiviti kreatif yang anda jalankan kepada kanak-kanak di TASKA TADIKA dan kini anda sedang mencari pelbagai idea baru.
Anda sedang berfikir, apakah aktiviti menarik lain  yang ingin anda jalankan dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA.

Aktiviti Kreativiti TASKA TADIKA, disini saya kongsikan satu idea aktiviti yang ringkas dengan penggunaan bahan yang minima serta mudah didapati. JOM CUBA BUAT







TAJUK AKTIVITI : CORAK WARNA BERMINYAK

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas Putih A4 atau kertas lukisan
Minyak masak
Warna air
Straw





CARA BUAT :
i. Dengan menggunakan straw, titikkan warna air pelbagai warana sebanyak yang diingini di atas kertas putih.



ii. Dengan menggunakan straw yang berlainan pula, titikkan minyak masak di atas setiap titik air warna air  tadi.


iii. Tekap titik airdan minyak tadi dengan sehelai kertas putih lain dan gosok di atasnya.



iv. Beginilah corak yang akan terhasil






Hah, cuba buat dengan kanak-kanak di TASKA TADIKA, tentu mereka akan teruja.

Dah siap aktiviti ini, cuba pula aktiviti di bawah ini.



Senang sahaja, lukis gambar muka dan dengan menggunakan straw tiup warna untuk menghasilkan corak rambut yang kreatif.


LAIN-LAIN AKTIVITI KREATIVITI  TASKA TADIKA

Biar kanak-kanak menunjukkan hasil kreativiti mereka sendiri, siapkan doh buat sendiri dan mula buat PELBAGAI OBJEK DARIPADA DOH





UNTUK MENGETAHUI LEBIH BANYAK LAGI AKTIVITI KREATIF TASKA TADIKA, JOM IKUTI BENGKEL DI BAWAH:





Sunday, 6 March 2016

Anak-anak cemerlang dan berjaya


OLEH : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com




STPM , dapat  3.50 ++
SPM  dapat 7 A, 8 A, 9 A +++
Adakah anak-anak anda antara yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini?
Tahniah anak-anak. Anda memang genius, bijak dan cemerlang.

Memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan suatu ganjaran dan kelebihan untuk anak-anak yang bijak, cerdik dan rajin berusaha. Rasa syukur diiringi segunung kegembiraan menjadikan hari kecemerlangan anak-anak sebagai lakaran sejarah indah dalam kehidupan mereka. Tidak sia-sia usaha dan doa sepanjang tahun, inilah hasilnya.

Lalu, semua ibu bapa berkaitan,  pasti akan turut  menzahirkan kesyukuran, kegembiraan, rasa bangga dan teruja dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh anak-anak cemerlang ini. Anak-anak ini akan dipuji, diberi penghargaan dan diberi ganjaran atas kecemerlangan mereka. Hasil usaha dan kerajinan, anak-anak ini berjaya membuktikan kecemerlangan mereka melalui peperiksaan. Itulah hakikat anak-anak yang cemerlang dalam STPM dan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Sekali lagi, tahniah buat anak-anak.


Antara yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM baru-baru ini ialah dua daripada lapan orang anak-anak saya.
Si kakak dengan STPM nya dan si adik dengan keputusan SPM nya. Keduanya , alhamdullillah berjaya dengan cemerlang. Dan seperti anak-anak lain yang beroleh kecemerlangan , mereka berdua turut dirai oleh kami sekeluarga. Saya menjadikan mereka berdua contoh kepada adik-adik lain yang masih belajar.

Namun sesekali saya terfikir dan berfikir........
Hakikatnya, kejayaan yang terzahir sekadar kejayaan akademik.
Bagaimana pula dengan anak-anak lain yang kurang berjaya?
Adakah mereka perlu dikategorikan sebagai anak-anak yang malas atau tidak rajin berusaha atau pelbagai kriteria negatif dilabelkan kepada mereka.
Apakah mereka tidak boleh berjaya juga kelak?
Dan adakah cemerlang akademik membuktikan anak-anak ini telah berjaya dididik menjadi  insan sempurna di atas muka bumi ini?

Saya tidak sama sekali berpandangan sedemikian.

Pada saya setiap anak-anak ada kelebihan dan potensi serta kelebihan mereka masing-masing. Semua anak-anak tidak sama. Semua anak-anak mempunyai minat dan kecenderungan yang tentunya tidak  sama dan paling penting kita sedari, tidak semua anak-anak dilahirkan dengan IQ dan kecerdikan yang sangat baik.
Tidak semua yang cerdik itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya kelak.

Cerdik dan pandai sahaja tidak cukup untuk anak-anak. Mereka perlu diterapkan juga dengan nilai-nilai kemahiran kehidupan dan pengurusan diri serta pengamalan nilai-nilai ketuhanan  dan kerohanian dalam diri. Mereka juga perlu diterapkan dengan sikap, azam , matlamat untuk berjaya dalam kehidupan walaupun bukan melalui jalan kecemerlangan dalam akademik. Mereka perlu sentiasa bersikap positif dalam kehidupan dan tidak boleh sama sekali merasa selesa sekadar dengan keputusan akademik yang baik.

Saya sendiri mempunyai lapan orang anak yang mempunyai pelbagai kecenderungan dan minat yang berbeza. tak semua pun antara mereka sangat bijak dalam akademiknya. Saya mengikuti , menilai, mencari dan mengenalpasti potensi-potensi yang ada dalam diri mereka, anak-anak saya sendiri.


Lalu kesimplanya, pada anak-anak yang tidak berjaya atau yang kurang cemerlang, usah sesekali berputus asa. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka dan jangan sesekali merendahkan kemampuan anak-anak ini.  Ibubapa sekalian, belajar melihat potensi lain dalam diri anak-anak. tentu mereka juga ada keistimewaan dan kelebihan kurniaan Tuhan.

Perlu sangat diketahui bahawa,  akademik cuma satu cabang ilmu. Banyak lagi ilmu lain antaranya melalui bidang kemahiran yang boleh diikuti oleh anak-anak.
Atau mungkin anak-anak ada bakat yang anda sebagai ibu bapa tidak menyedari. Lalu, perhatikan mereka, Beri galakan  dan bimbingan serta sokongan terhadap minat , bakat serta kecenderungan mereka.

Sekali lagi saya sangat yakin, untuk berjaya , tidak  semestinya melalui pencapaian akademik yang cemerlang,  tapi paling penting sikap untuk ingin berjaya itulah yang paling penting.


Buat anak-anak saya..

Nabil, teruskan minat mendalam mu dalam bidang lukisan animasi
Siti Sarah dan Tsaqif,  teruskan kecemerlangan akademikmu dan jadilah insan berguna satu hari nanti.
Naqib,  mudahan menjadi anak yang perlu dengan ilmu dan amalan agama.
Naufal, kemahiran yang diminati bakal membawa dirimu cemerlang jua nanti
Wafiah, anak istimewa saya, mudahan menjadi anak yang solehah dan sejuk mata memandang
Salman dan aqil , mereka sedang belajar melalui bermain kerana bermain masih lagi menjadi kerja hakiki dan rutin utama mereka.


Untuk anak-anak ku, apapun samada bakat, minat, akademik dan kemahiran, jangan lupa satu perkara, jadilah anak-anak cemerlang berjaya yang soleh dan solehah serta jangan lupa untuk  sentiasa mendoakan kedua ibu dan bapa kalian nanti.

Sekian.

******************************************************************


JOM SERTAI.......


Bengkel Seni kreatif  Kanak-Kanak

24 APRIL 2016,  ( 09.30 AM - 04.30 PM) 
di TAMAN MELAWATI, KUALA LUMPUR


Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian  TASKA
#Bengkel Seni Kreatif Kanak-Kanak





Nak jemput saya memberi  ceramah/bengkel  keibubapaan @sebarang  Training/bengkel  untuk guru@pengasuh TASKA TADIKA, hubungi saya;

TEL : 016 7235080 / 019 2115642

Thursday, 3 March 2016

Kursus Asuhan PERMATA

Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail.blogspot.com



Kursus Asuhan PERMATA atau dalam nama penuhnya ialah Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA adalah kursus asas yang wajib dihadiri oleh semua bakal pengusaha TASKA dan juga semua individu yang bekerja sebagai pengasuh@pendidik di TASKA yang berdaftar.

Dengan kata lain, kepada sesiapa yang igin membuka TASKA atau sedang dalam proses pendaftaran TASKA, anda wajib untuk mengikuti Kursus Asuhan PERMATA ini.

Bagi saya, mengikuti Kursus Asuhan PERMATA bukan sekadar kerana ia merupakan syarat pendaftaran TASKA bahkan pada pandangan saya kursus ini sangat baik untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran seseorang  dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Misalnya, memang benar, ramai orang tahu untuk mengasuh anak, tetapi bagaimanakah cara untuk mengasuh anak mengikut cara dan pendekatan yang betul dan berkesan. Jadi, jom ikuti Kursus Asuhan PERMATA ini dan anda akan mendapat jawapannya.

Bagi ibubapa, yang mempunyai masa dan peluang, cubalah untuk hadiri kursus ini,saya jamin  begitu banyak ilmu keibubapaan yang bakal diperolehi melalui hanya kursus ini.

Secara umumnya, berikut adalah modul-modul yang terdapat dalam kursus ini.   


BUTIR -BUTIR PELAKSANAAN KURSUS:

Tempoh Kursus : 


23 hari  di kelas dan 5 hari praktikum di TASKA terpilih dan 1 hari sesi ujian bertulis

Pelaksanaan : 
                       Kursus Hujung Minggu ( Setiap Sabtu dan Ahad)


Bayaran : RM 1000.00  termasuk Buku Modul PERMATA berharga RM 100.00



Tempat : BANDAR BARU NILAI, N. SEMBILAN  &  CYBERJAYA



Modul dalam KURSUS ASUHAN PERMATA.

  • Pengenalan Kurikulum PERMATA NEGARA
  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 9Pindaan 2007)
  • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
  • Konvebsyen Hak Kanak-Kanak
  • Perlindungan Kanak-Kanak
  • Amalan Asuhan dan Interaksi dengan Kanak-Kanak
  • Kemahiran Urus Diri Kanak-Kanak
  • Pemakanan Seimbang dan Perancangan Menu
  • Pedagogi PERMATA 
  • PerkembanagnSahsiah, Sosioemosi dan kerohanian
  • Perkembanagn Awal matematik dan Pemikiran Logik
  • Perkembanagan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran
  • Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
  • Perkembangan Fizikal
  • Perkembangan Kreativiti dan Estetika
  • Memahami tingkahlaku Kanak-Kanak
  • Patriotisme dan Kesedaran Pelbagai Budaya
  • Perancangan Tahunan, Jadual Mingguan dan Harian 
  • rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)
  • Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA
  • Pemerhatian, Penaksiran Perkembangan  Kanak-Kanak dan Log Harian Anak PERMATA
  • Pengesanan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
  • Pengurusan Rekod TASKA
  • Pengurusan Ruang Pembelajaran
  • Menyediakan Alat Permainan Bayi dan Kanak-Kanak
  • Kolaborasi dengan Ibubapa dan Komuniti
  • Etika dan Professionalisme Pendidik/pengasuh
  • Kesihatan, Kebersihan Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA
  • Keselamatan Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA
  • Pertolongan Cemas dan Pencegahan Kemalangan
  • Teknik Penyusuan Bayi
  • Pergigian dan Kesihatan Oral Kanak-Kanak
  • Langkah-Langkah Pencegahan Kebakaran
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Lengkap untuk semua modul bagi menjadikan anda seorang pengusaha dan pekerja TASKA yang beretika, professional dan berdaya maju serta komited dalam industri pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.


JOM DAFTAR AWAL.
KERANA, TEMPAT SANGAT TERHAD.

UNTUK MENDAFTAR SEGERA,

HUBUNGI SAYA 
WHATSAPP@ SMS NAMA, KP, ALAMAT & NO. TEL ANDA

NO. TEL : 0167235080 / 019 2115642


Norazura Childcare Practitioner