pnnorazuraismail@gmail.com
Image : Koleksi peribadi
Aktiviti Kanak-Kanak - Kreativiti Tepung Jagung
Anak-anak memang sukakan aktiviti yang menyeronokkan. Sambil buat aktiviti, anak-anak akan mencuba, meneroka dan akhirnya merasai pengalaman sendiri yang tentu sekali dapat mengalakkan pelbagai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Jom buat aktiviti menggunakan tepung jagung. Sangat sesuai dibuat di TASKA TADIKA bersama kanak-kanak, tentu sekali menyeronokkan.
Aktiviti Kanak-Kanak- Kreativiti Tepung Jagng ini saya telah cuba bersama dengan pelatih Sijil kemahiran Malaysia, bidang Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Aktiviti Tepung Jagung ini boleh dibuat bersama dengan kanak-kanak berumur dari 2 -6 tahun. Untuk anak-anak yang kecil, anda boleh bancuhkan tepung jagung. manakala anak-anak yang agak besar, beri mereka peluang membancuh sendiri. jangan pakaikan anak dengan apron sebelum aktiviti dimulakan.
1. Ambil sepeket tepung jagung dan tuang di dalam beberapa bekas.
2. Bancuh tepung jagung bersama air dan sedikit pewarna makanan, kacau hingga sebati. Sediakan bancuhan beberapa warna yang berlainan. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Bentang sehelai kertas mahjong dan dengan menggunakan tangan ceduk bancuhan tepung jagung berwarna tadi dan bersama-sama buat apa sahaja corak, contoh; tebarkan di atas kertas mahjong tadi. (seperti buat roti jala)
Dah siap - Kreativiti Tepung jagung
Pelatih SKM sedang buat aktiviti menggunakan tepung jagung
Kepada anda, pengasuh@pendidi di TASKA TADIKA yang sedang mencari idea aktiviti kreativiti, jom cuba aktiviti ini bersama kanak-kanak.
Apa yang kanak-kanak dapat belajar?
1. Kanak-kanak boleh kenal warna
2. Kanak-kanak boleh tahu tekstur tepung jagung ketika kering dan setelah dibancuh
3, Kanak-kanak boleh belajar mengenali warna
4. Kanak-kanak belajar menghasilkan pelbagai corak tepung jagung mengikut kreativitinya sendiri.
5. Kanak-kanak belajar bekerjasama buat aktiviti ini.
6. Kanak-kanakakan berasa teruja dengan corak yang terhasil.
7. Kanak-kanak boleh bercerita mngenai kreativiti yang dihasilkan.
Banyaknya aspek perkembangan yang dipelajari oleh kanak-kanak.
Memang kanak-kanak belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan.
Jadi, jom cuba,
Kepada para pengasuh@pendidik, jangan lupa sediakan rancangan mengajar dulu ya.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
Terima kasih share ilmu yang berguna.. Saya mohon share ye.. Trksh🥰
ReplyDelete