Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com
Antara sifat semulajadi dan
tabiat anak-anak ialah suka meniru. Anak-anak suka meniru dan akan ikut apa sahaja yang dilihat
atau diperhatikannya tanpa memahami samada sesuatu itu perkara baik atau
sebaliknya. Kerana sifat anak-anak suka meniru ini lah, maka kanak-kanak harus dibesarkan
dalam persekitaran yang sihat, baik dan positif. Maka, sangatlah juga penting
peranan orang dewasa dalam menunjukkan contoh yang baik dan dalam menyediakan
persekitaran yang dapat menyuburkan jiwa anak-anak ini.
Anak-anak tentunya merupakan
anugerah terindah yang tidak ternilai buat mereka pasangan yang bergelar ibu
dan ayah. Kerana anak-anak adalah amanah besar dalam kehidupan, maka peranan
kedua ibu bapa juga sangat besar bagi memastikan kesejahteraan kehidupan anak-anak
di dunia maupun di akhirat kelak.
Semua ibu bapa inginkan yang
terbaik untuk anak-anak. Semua ibu bapa ingin anak menjadi anak yang soleh,
berilmu dan beramal.
Hakikatnya, anak-anak suka meniru.
Saya merasa terkesan
seketika apabila melihat sekeping gambar seorang kanak-kanak berumur dalam umur
3 ke 4 tahun sedang mngikuti datuknya solat. Sejuk sekali mata memandang
melihat si anak begitiu khusyuk mengikut gerak geri dalam solat tersebut apatah
lagi ketika di TASKA, anak tersebut telah mula di dedahkan dengan praktikal
solat. Alhamdullillah, yang baik sangat mudah diikuti oleh si anak. Kerana
jiwanya yang suci dan bersih, bersungguh-sugguh sekali si anak solat walau
belum memahami keperluan kewajipan
bersolat tersebut. Menunjukkan tingkah dan perkatra yang baik buat anak, adalah satu
langkah awal membentuk iman dalam diri anak-anak.
Terkedu sekali, bila saya
sedar, ketika di rumah, anak tersebut jarang sekali melihat si ibu maupun si ayah
mendirikan solat. Si anak mungkin ingin tahu kenapa, tetapi si anak sendiri
tidak jelas untuk bertanya. Lalu, bila bersama
ibu bapa, si anak jarang dapat mengikut gerakan solat dan tidak dapat lagi
menanam sesuatu yang baik dalam jiwa kecilnya. Amat jarang sekali dia dapat
memerhatikan kedua ibu bapa melakukan gerakan solat.
Sebaliknya, Ibu dan ayah
tersebut sanggatlah bangga melihat anak solat di belakang datuknya tanpa mereka
sendiri sedar bahawa merekalah sepatutnya
guru dan contoh teladan paling dekat buat anak-anak sendiri.
Mungkin si ibu dan si bapa
merasakan telah memberikan segalanya kepada anak-anak. Apa lagi yang anak
inginkan, kesenangan hidup, pendidikan awal terbaik, melancong ke sana ke mari,
permainan dan pakaian yang mahal-mahal, semua telah dirasai. Hanya satu si anak
dambakah, bila kah dapat melihat ibu dan ayahnya mendirikan solat
Lalu, pesan pada diri
sendiri, pesanan kepada yang bergelar ibu bapa, jangan biarkan masa kecil
anak-anak ini berlalu begitu sahaja tanpa ditaburkan dengan titipan iman.
Anak-anak suka meniru, ajar mereka meniru anda soalat sebelum ajar mereka
perkara-perkara baik yang lain.
Wahai yang bergelar ibu dan
bapa. Belajarlah.
Dan ajarlah anak-anak tentang kewajipan kita
kepada Tuhan.
Kerana anak-anak itulah juga
harta yang bakal membantu kita kelak atau mungkin mereka sebaliknya . Tika
itu, jangan salahkan anak-anak kerana salah kita juga, tidak menunjukkan contoh
terbaik buat mereka.
Segalanya Milik ALLAH,
termasuklah anak-anak. Berikan hak mereka.
Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak
LAIN-LAIN EBOOK:
RM40
NOR AZURA
016 7235080 / 019 2115642