Pages

Wednesday, 8 March 2017

REZEKI dalam pendidikan awal kanak-kanak


Oleh : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com



Saya telah ditakdirkan mempunyai REZEKI dalam pendidikan awal kanak-kanak. Namun sesungguhnya, rezeki tidak akan hadir tanpa bertawakal terlebih dahulu yakni usaha yang diiringi dengan doa yang berterusan.
Telah sekian lama berada dalam industri pendidikan awal kanak-kanak ini, Alhamdullillah ALLAH memudahkan segala urusan. Namun sekali lagi, sebelum ia menjadi mudah, pelbagai cabaran dan dugaan telah saya harungi.

Mungkin ada di antara anda di luar sana sangat berhasrat untuk mula menceburi industri pendidikan awal kanak-kanak. Mungkin sekelumit kisah saya mengharungi pintu rezeki dalam pendidikan awal kanak-kanak ini dapat dijadikan sumber semangat permulaan buat anda.

Semenjak dari tahun 2000, sejak mula-mula saya menceburi industri ini , tak terhitunglah cabarannya. Dari seorang yang 'o' pengetahuan dan kurang kemahiran dalam penggendalian pendidikan kanak-kanak secara formal sehinggalah saya menjadi semakin berilmu dan berkemahiran kini hingga telah diiktiraf sebagai Pakar Pengajar pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak. Saya tidaklah mendapat pendidikan akademik yang tinggi dalam bidang ini. Tapi, saya banyak belajar dari pengalaman melalui sendiri selok belok industri ini.

- Mengendalikan TADIKA
- Mengusahakan TASKA
- Mengajar Sijil Kemahiran Malaysia
- Menjadi Jurulatih dan Fasilitator Kursus PERMATA
- Mengendalikan bengkel-bengkel latihan
dan akhirnya menghasilkan EBOOK sendiri berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. InsyALLAh yaya tekad untuk menghasilkan piula buku berbentuk fizikal . Doakan saya.

Menyentuh sedikit cabaran saya di peringkat awal penglibatan dalam industri ini, ketika itu ilmu dan pengalaman masih terlalu sedikit;

- ada yang kurang yakin pada kemampuan saya
- ibu bapa ada yang memandang sinis terhadap saya lantaran kehidupan saya bergelumang dengan anak-anak yang masih kecil. ( Saya mempunyai anak-anak yang rapat -rapat umurnya)
- saya kurang ilmu untuk mendidik pengetahuan ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak.
- saya gagal mempromosi perniagaan saya dengan baik seterusnya menyebabkan saya menghadapai masalah dalam perniagaan TADIKA yang saya usahakan.
- saya selalu merasa rendah diri dan seterusnya kurang yakin juga kepada kemampuan diri.

Alhamdullillah, saya bangkit semula perlahan-lahan dari dalam kepompong yang menghimpit diri sendiri. Kata SIfu, kegagalan adalah guru yang terbaik buat kita. Rupa telah tertulis  takdir saya meneruskan rezeki dalam pendidikan awal kanak-kanak ini.

Saya kini berjaya menjenamakan diri saya sendiri dengan izin dan kehendak dari ALLAH jua. Terima kasih pada keluarga yang sentiasa menyokong saya.
Kerana kejayaan hari ini, saya suka berkongsi pengalaman dengan anda semua tertama dengan anda yang berniat memulakan erniagaan TASKA ini.

Jom hadir ke bengkel saya.

Tarikh : 26 Mac 2017
Tempat :


Sesi 1 : Bengkel Memulakan Perniagaan TASKA
             09.00 pagi - 01.00 petang ( Sarapan pagi disediakan)
             Yuran : RM 100.00
(PERCUMA : EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN TASKA & PANDUAN SOP TASKA)




Sesi 2 : Bengkel Pendidik Kreatif
             02.00 petang - 06.00 petang ( Minum petang disediakan)
             Yuran : RM 70.00
( PERCUMA : EBOOK 50 IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK)



JOm gali REZEKI dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Satu tip yang selalu saya pegang ialah kita mesti selalu bersikap positif. Sentiasa katakan boleh lakukan . Selalu melihat kelebihan dan potensi dalam diri sendiri dan jangan asyik mencari alasan. InsyALLAH,  ALLAH sentiasa bersama mereka yang berusaha. Usah lupa iringi doa dan harapan. Mesti ada niat dan tekad yang bailk.

Jom cuba tip di bawah pula sebab saya telah amalkan .
Tips menarik wang dengan mudah. Tips dari sifu. Jika bersetuju, amalkan lah.
1. Berilah 10% daripada pendapatan kita kepada yang memerlukan
Kerana, insyAllah setiap pemberian itu akan mendapat balasan berkali-kali ganda. Kena yakin.
2. Syukur selalu dengan wang yang ada dalam poket kita. Dengan rasa bersyukur, insyAllah akan meningkatkan aliran perkara-perkara yang baik.
3. Bayangkan kita dengan wang yang banyak. Imiginasi kita akan menjangkakan masa hadapan kita. InsyAllah juga.
Jadi, tak susah pun nak menarik wang ni. So, positif selalu dan jangan  merunggut-runggut. Yakin dengan Allah. Katakan boleh.




Siapa saya?
Norazura Childcare Practitioner
#Pakar Pengajar  Sijil Kemahiran Malaysia Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak
#Jurulatih/Fasilitator Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
#Coaching Penubuhan TASKA/TADIKA
#Coaching Persijilan Kemahiran Malaysia
#Penulis EBOOK;
- Panduan Perniagaan TASKA
- 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
- Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di  TASKA
#Bengkel@ Kursus pendidikan awal kanak-kanak

LAIN-LAIN EBOOK:


RM 20                                          RM30



RM40


NOR AZURA
016 7235080 / 019  2115642







No comments:

Post a Comment